Aug 30, 2010

I love STEAMBOAT 2!!


Yang kali ke-2 pula, saya makan steamboat di Flaming Steamboat, Setapak dekat dengan Uptown Danau Kota. Ni cawangan baru, main restaurant di Bandar Sunway. Sesiapa yang duduk di Wangsa Maju ke Setiawangsa ke tak payah lah susah-susah nak pergi Bandar Sunway ye.


Kali ini saya makan steamboat jenis buffet. RM22.80+ seorang bagi dewasa dan kanak-kanak cuma RM9.90+


Kami sampai kat sini dalam pukul 6.30 tapi orang dah ramai. Berebut-rebut nak ambil makanan.


Sangat berbaloi-baloi makan kat sini sebab kita boleh apa sahaja dishes kat sini, macam-macam jenis seafood sampai kan ada seafood yang saya tak pernah jumpa pun saya boleh dapat kan kat sini.Seafood yang kami makan semua fresh kecuali ketam je. Agak berbau dan tidak enak sikit untuk dimakan. 


Tengok lah meja kami yang penuh ni. Makan 4 orang tapi ambil makanan macam untuk 10 orang.Biasa lah, orang puasa kan?


Makanan ini dapat dihabiskan pada jam 8.30 malam. Huwaaa, kuat betul kami makan!
Sesiapa kuat makan seperti saya syorkan sini lah tempatnya.(^_*)
Kalau nak makan sini kena booking dulu la kot supaya ada la tempat direserve untuk you all, no.: 03-5633 6820

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!