Sep 21, 2012

Rahsia Susu Ibu untuk Bayi


Wahhhh!! Selama I hidup I tak pernah tahu pun betapa bagus nya SUSU IBU kita sebenarnya. Memang la semua orang tahu susu ibu tu bagus cuma I tahu susu ibu tu bagus untuk baby membesar. Itu je.
Jangan tak tahu ye, walaupun I tak kahwin dan tak ada baby tak semestinya I tak boleh ambil tahu pasal susu ibu ni. I pernah tau attend class untuk bagi info kat kakak I(mummy Nieddal ). 
Tapi I ada dapat serba sikit FAKTA KEBAIKAN Susu Ibu ni.

UNTUK BABY
1. Mengandungi antibodi yang boleh melawan segala penyakit dan mengelakkan dari kurang zat makanan. Contohnya cirit birit, penyakit saluran pernafasan, kencing manis, pneumonia, jangkitan telinga (Otitis Media) serta mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik pada masa akan datang. Hebat kan?
2. Mengalakkan tumbesaran baby dan memudahkan penghadaman baby dimana ia mengandungi enzim penghadaman. Memang baby akan cepat membesar kalau minum susu ibu, terbukti pada Addlan Niedal. Tambah lagi cepat bijak. Susu ibu memang mempercepatkan perkembangan IQ baby. Woahhh!!


Budak ni memang membesar dengan sihat. Bila orang tengok ingat dah 7-8 bulan, padahal baru je masuk 3 bulan. Amazing!

UNTUK MUMMY
1. Mempercepatkan pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin, risiko barah payudara & ovari.
2. Cepat dapat kurus kembali. Woot!Woot!Tiada lagi kembangan di perut Mummy. Time ni lah nak jadi slim cepat.
3. Mummy dan baby akan lebih rapat dan berkasih sayang
4. Senang, kalau baby bangun tengah malam tak payah susah pergi dapur buat susu. Hulur je breastfeeding, time mata lelap pun boleh. Angah paling seronok bab ni, sebab dia memang malas bangun kalau tengah malam tu.

WARNING! Tengok gambar kat atas sekali Baby kurang 6 bulan TAK BOLEH MINUM AIR KOSONG. Kita ni punyalah ingat air kosong untuk baby bagus kan. Rupanya tidak, tahu tak sebab apa?

1. Menambah risiko kurang zat makanan pada baby dan baby akan kurang nak menyusu.
2. Tiada istilah nak cuci lidah baby ke mulut baby ke. Air kosong akan menghakis pelindung penyakit yang ada dalam susu ibu dan menambah kuman. Hasilnya baby terdedah kepada risiko penyakit dan jangkitan. Awwww..takutnya. 
3. Risiko keracunan air kepada baby.  Baby yang kurang umur 1 bulan lebih, air yang banyak boleh mencairkan garam dalam darah dan boleh menyebabkan suhu badan baby low, baby kembung dan potensi sawan tarik. Lagi menakutkan!!

Ada juga cara nak make sure susu ibu sentiasa CUKUP dan tidak mengandungi bakteria degil yang boleh terkena kepada baby.
1. Satu jam lepas baby lahir kena bagi susu terus.
2. Mummy kena selalu relax (rest) dan tak stress. 
3. Mummy kena makan makan berkhasiat dan menambah susu. Contohnya kurma, kacang tanah, longan kering, lobak putih, jantung pisang dan makanan yang mengandungi Conjugated Linoleic Acid (CLA) -susu, ayam,daging dan cheese.
4. Selalu menyusu di waktu malam sebab waktu malam lah susu ibu dihasilkan dengan banyak.
5. Jangan makan telur setengah masak/mentah dan elakkan makan aiskrim yang tidak berpasteur.

Itu je kot yang I ingat, nanti kalau tiba-tiba teringat I update kemudian lah,




Babies ni bila tengok dan pegang rasa sangat real, cuma tak bernyawa je. Comel pulak tu.

Bye!


Sep 19, 2012

Al Fatihah buat Aldy Hasmi


Ya Allah, tak sanggup sebenarnya nak baca pasal kematian rakan seperjuangan Aldy Hasmi. Tak sangka dan macam tak percaya. Macam mimpi. Tapi semua tu ketentuan Allah. Itu yang dinamakan mati itu rahsia Allah.
Salam Takziah buat isteri Aldy dan dua baby kembar diorang. Semoga tabah menghadapi segala ujian dari yang Esa. Orang yang baik sentiasa disayangi Allah.


Aldy, semoga Allah kurniakan ketenanganmu di sana.
Al Fatihah




Sep 18, 2012

6 Tips untuk Kempiskan Perut ( Flat Stomach)

Ini sebenarnya bukan tips kurus sangat,cuma bila orang tanya macam mana I boleh kurus maintain perut flat. So ini lah jawapannya, harap dapat membantu kalian semua ye. Ewahh!


Ok, ini bukan I ye. Tapi seakan-akan. Bluweeeek! Muntah jom!

1. Sterika Perut
Benda ni macam pelik tapi ini yang selalu I buat, setiap kali 1st period I mesti ambil strerika then gosok kat perut. Ehh, jangan la iron tengah pasang kat elektrik tu. Memang hangus la perut u olzz. Ala-ala bertungku sebenarnya, cuma zaman sekarang memang payah la kan nak bertungku. Macam ni, panas kan iron @ sterika tu dulu. Lepas dah rasa panas dan lampu kat iron tu dah padam, off suis dan sapu la kat perut. Kat seluruh kawasan perut dengan beralaskan towel atau blanket, asalkan kain tu tebal sikit dan dapat seram kepanasan ke perut. Tapi I guna je kain batik, depends la ketahanan perut uolz macam mana. Kalau first time nak try, memang rasa terkejut sikit. Lama-lama dah biasa ok lah. Sebenarnya tu untuk lega kan period cramps tiap-tiap bulan. Boleh jugak jadi tips kempiskan perut sebab kalau tak period cramps pun I amalkan jugak.

2. Minum air suam
Ini semua orang di sekeliling ku sangat mengetahui, I memang suka sangat minum air kosong. Kadang-kadang kalau keluar makan, air kosong lah jugak yang menambat hati. Apa yang penting, kena amal air kosong or air suam minum pagi sebelum breakfast dan malam sebelum tidur. Minum lah banyak 2-3 gelas kalau 1 teguk je macam mana nak cuci perut dari sisa-sisa yang kurang sihat tu.

3.  Makan perlahan-lahan
Disebabkan I pakai braces,jadi memang sangat terhad pemakanan yang akan dimakan. Makan pun memang sangat slow motion kadang-kadang orang dah habis makan siap makan dessert, I tak habis-habis lagi. Kalau perli-perli cakap lah sunah Nabi kunyah 44 kali. Padahal, nak kunyah makan ni stress je rasa. Makan kunyah 44 kali memang berkesan. Sila amalkan, biar lambat asal perut maintain.

4.  Makan tak bersulam air
Time makan sila jauhkan diri anda dari air. Itu memang selalu I praktis, kalau ada pun lepas habis makan baru sedut air tak pun kalau dah tersedak. Tu pun sedikit je. I memang kalau order air kat kedai makan, selalu je kena marah sebab tak habis. Ngeeeeeee~

5. Minum air masam
Tips yang ni agak kurang sihat sedikit, selain air kosong I selalu minum air limau suam. Ye, I memang sangat suka sangat benda masam. Air jus kedondong, air limau, air apple dan semua air yang masam lah. Tapi kalau perut you olz tak tahan jangan cuba tau. Air berasid akan buat perut u olz sakit kalau tak tahan dan benda berasid ni jugak boleh membakar lemak kita. wink~




6. Genetik
Ya, ini adalah jawapan paling tepat. Mungkin sebab genetik I memang kurus, sebab mostly my sisters pun kurus jugak dan mungkin juga sebab I muda lagi lepas kahwin tak tahu macam mana kan? Tapi tips kat atas tu memang selalu I amalkan.

Selamat mencuba!! (^_*)

Sep 10, 2012

Braces Update

Setelah 1 tahun 9 bulan gigi ini dipagar besi, nak tahu progress terkini braces ni?


Tu dia budak gigi besi!! Tengok gambar atas ni dan compare dengan gambar kat entri yang dulu ni. Beza kan gigi dengan tahun lepas? Gigi dah bergerak dan tiada ronggak!! Hooyeayyy!

Appointment dengan dentist hari ini macam setiap bulan sebelum ni, gigi diketatkan dan di tukar besi. Kelainannya cuma dentist bagi I bekal bawa balik. Eh, bukan bekal makanan la. Asyik pasal makanan je..tahu la I memang kuat makan. Bekal rubber band. Dentist beritahu gigi I cepat bergerak, banyak improve. Alhamdulillah..


Rubber band yang dibekalkan ni bukan untuk ikat rambut tau, ini untuk tarik gigi supaya duduk di alignment yang betul dan cantik.


Source : Google

Ikatan rubber band tu akan jadi macam kat atas ini tapi bersilang sikit. Kena tukar dan pakai setiap hari tanpa GAGAL. Erkkk..yang penting sakit!!grrrrr...


Tunjuk gigi lagi dengan Adlan Nieddal. Dia pun dah menyampah Aunty dia ni asyik ambil gambar je. Sorry darling!

Sep 4, 2012

I Found LOVE

Assalamualaikum,hi!!
Pinjam tajuk cyanamoose sekejap boleh? Ehh, tapi I'm not falling love with Electrical Substation tau. 
(^_*)

Alhamdulillah..Subhanallah..semua yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah yang baik atau buruk semuanya mengajar kita erti kehidupan untuk memperingati Dia. Yup, I'm not the best person dan tak layak pun nak cerita pasal religious. Cuma I want to share apa yang I rasa dan alami. Maybe boleh menjadi pengajaran untuk kita semua. Cheewah! Macam Ustazah Siti Nor Bahyah la pulak rasanya. Ok main petik je nama ustazah.

 Kesedihan dan kegembiraan kesemuaanya berlaku semuanya mengajar apa itu hidup. Dalam hidup yang penuh gembira sampai leka dan tak reti menghargai apa yang ada di sekeliling. Sentiasa rasa bahagia dan terlupa dengan Pengwujud alam semesta. Tapi bila diuji musibah yang sendiri rasa tertampar dan lebih tepat lagi rasa macam kena tendang tepat masuk gol kat padang bola tu, baru lah tersedar dan terasa sakit yang melampau. Baru perasan yang diri ni memang dah banyak sangat meninggalkan kewajiban dan terlalu banyak mendekati yang terlarang. Nauzubilah..
Bila dah dalam keadaan sedih memang tak ada tempat lain selain Dia tempat kita menagih ehsan simpati, merayu dan berharap. Betul lah kita ni bila dah susah baru nak ingat kat Dia macam dalam al Quran surah Yunus ayat 12. Astaghafirulahalazim.
Apa yang tak tahu entah kenapa bila musibah, kesedihan dan kekecewaan ni datang dalam keadaan sakit, perit dan terseksa tiba-tiba satu perasaan yang susah nak cakap datang. Rasa yang tak pernah rasa. Rasa aman kot? Tenang kot? Sebak kot? Entah lah..I sendiri tak tahu rasa ni macam mana, tapi mungkin satu petanda yang baik? Mungkin Dia nak tunjukkan sesuatu, tapi itu semua ketentuan Dia yang Maha Berkuasa. 

 InsyaAllah setelah apa yang terjadi, apa yang diharapkan hanya untuk terus mencari jalan menuju cinta sejati dan hakiki. Bak kata kawanku "Cinta yang CONFIRM tak kan tinggalkan kita" InsyaAllah..


“Our Lord!” (they say), “Let not our hearts deviate now after Thou hast guided us, but grant us mercy from Thine own Presence; for Thou art the Grantor of bounties without measure. (8) “Our Lord! Thou art He that will gather mankind Together against a day about which there is no doubt; for God never fails in His promise.” (9) (3:8-9)