Nov 26, 2010

Malaysia ada Black Friday?

Bestnye..Malaysia ada Black Friday!!!


Black Friday ni hari yang paling best untuk semua orang yang ade kat United State!!!
Nak tahu sebab ape?
Time ni memang sale dan promotion yang melampau-lampau tahap gaban boleh dikatakan semua shopping mall kat sane !
Bayangkan ipad cume $99, Samsung TV LCD 32" pulak cume $32, ..
hello?siapa yang tak gile kan?
Selalunya Black Friday dibuat setiap hari Khamis minggu ke 4 dalam bulan November tiap-tiap tahun, so sale akan start pukul 5 pagi
For sure orang tak tidur malam sebab nak tunggu Black Friday ni!!
Malang sekali Malaysia tak ade..(-_-)
Tapi tak pe, MEGA SALE ade!!
Hoooyeaaaayyyyyy!!

Nov 24, 2010

Pelakon bunuh ibu guna PEDANG SAMURAI!!

 
Sesiapa peminat UGLY BETTY dan STEP UP 3D mesti tahu siapa Michael Brea kan?
 Kalau nak tahu Michael Brea ni dah kena tangkap sebab mengurung dan membunuh mak dia, Yannick Brea.
Adoyyaii, apa lah nak jadi dengan dunia sekarang ni.
Dah la kurung mak dia, pastu pancung dan cincang guna Pedang Samurai yang panjang lebih kurang 3kaki!!
Astaghfirullah al azim....Nauzubillah min zalik.. 
dan yang peliknya jiran-jiran dia beritahu yang dia ni sempat suruh mak dia tu bertaubat 
Apa-apa pun, buat masa sekarang dia kat Kings County Hospital untuk rawatan psychiatric.
Nampaknya dah tak de masa depan lah untuk Mamat ni. 
Untuk tahu lebih lanjut, korang baca lah di The New York Daily.

 

Nov 23, 2010

10 Tips tidur nyenyak dan best seperti saya!

 Hari ini I nak tunaikan janji *seperti lagu Janji ManisMu* sebelum ni kat entri overdose sleeping pills.
I tak nak nanti ade yang makan ubat tidur sebab susah nak tidur."tak mo..tak mo..tak mo ok?"
Lagipun I memang ratu tidur sedunia so apa salahnya I bagi tips macam mana I boleh tidur dengan nyenyaknya ala-ala Sleeping Beauty.
Saya dengan ini mematraikan janji *wah,mentang-mentang kerja goment ayat pun ayat gomen..tapi I memang sukakan bahasa goment dan skema* (^_*)


tidur senyenyak irfan!!

1. Bilik tidur wangi
Bilik tidur haruslah diletakkan room fragrance, sekarang dah macam-macam bau dan macam-macam jenis ada pilih je. Kalau boleh pilih lah yang aromtherapy,santai sikit tapi tak kisah lah janji wangi dan tak memeningkan. Paling penting jangan lah pulak letak benda-benda yang berbau kepam dalam bilik tidur contohnya stoking yang dah pakai 3 bulan tak berbasuh tu. Kalau ada confirm bukan takat tak boleh tidur, boleh pengsan terus. Eh, satu lagi kalau sesiapa yang smoking, jangan berasap dalam bilik tidur yang indah tu, nanti dari wangi terus jadi hapak. Siapa yang susah? Mereka dan Keluarga Mereka Lah yang susah sebab BUSUK!!

2. Situasi bilik ala-ala candle light dinner
Maksud I ala-ala candle dinner tu tak de lah lampu tu terang sangat dan tak de lah gelap gelita lepas tu senyap je. Lampu tu suram je. Lagi best kalau sejuk, selalunya kalau sejuk lagi senang kita nak tidur. Jangan pulak kalau rumah tak de air cond, nangis-nangis kat mak suro beli air cond. Pakai kipas pun okey. Ni lagi satu, sila elak daripada tidur dengan orang yang suka snore ataupun dengkur. Kalau terpaksa gak sila tidur sebelum mereka tidur ok?dan you pakai lah ear plug time tidur. Tak de lah terganggu sangat tidur nanti. Untuk pendengkur pulak pakai lah  'Breathe Right' ala..yang pakai kat hidung tu untuk anti-snore. Bagus untuk pernafasan semasa tidur. Kurang lah sikit dengkuran tu. 
 
3.  Bantal dan tilam yang bersih dan selesa.
Bantal dan tilam yang nak gunakan tu jangan lah keras atau lembik sangat, ikut yang rasa-rasa selesa dan empuk. Tapi tu tak kisah sangat, yang perlu dikisahkan kebersihan sarung bantal dan cadar, haruslah ganti setiap 2 minggu cuma kalau sesiapa yang memang jenis buat world map kat bantal dan tilam seharusnya tukar lah setiap kali anda buat map tu ye. Nanti anda juga yang nak tidur kan?
 
4. Makanan teratur
Pastikan kalau nak makan 2 jam sebelum tidur tau?Selain daripada nak elak perut buncit macam belon, badan dan perut akan jadi lebih selesa. Tak de lah senak bila kita baring tu kan.

5. Exercise!
Badan kalau penat, sangat senang untuk tidur. So kalau waktu siang kita tak buat apa-apa kita kena exercise sebelum masuk tidur. Tapi kalau balik kerja, badan memang penat so terpulang lah exercise lagi bagus!

6. Minum hot milk!
Minum lah susu sebelum tidur. Ni yang selalu I buat, dan selalunya menjadi. Tapi jangan minum air berkafein macam coffee, tea dan air bergas macam coca cola, pepsi sebelum pukul 6 petang ok?kandungan kafein dan karbonat boleh buat anda susah nak tidur.

7. Bersihkan diri
Sebelum nak tidur tu jangan lupa gosok gigi, cuci muka dan cuci. Kalau perlu mandi, mandi  dengan air panas eh bukan air suam je. Kalau air panas takut kulit kering pulak. Supaya badan kita selesa sikit.

8. Tidur bila sampai masa.
Maksudnya kalau you memang selalunya tidur pukul10 , tidur lah pukul10. Jangan ngada-ngada nak tidur pukul11 malam pulak. Sebab kalau you tidur lebih daripada masa yang patut tidur confirm potensi mata nak tidur dah kurang. Jangan time tu bising-bising mata tak boleh tidur. Orang dah ingatkan dah ni.
 
9. Baca doa
   Ini yang selalu I ingat kan dan beritahu kat kawan-kawan yang susah tidur. Baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali dan surah 3 Qul selain daripada memudahkan kita tidur ia juga boleh mengelakkan rumah kita dimasuki pencuri. Selalunya lepas je I baca ayat terakhir bismillah confirm I dah selamat belayar ke lalala land..

10. Baca buku
Ni kalau you tak boleh tidur jugak, sila ambik buku Kajian Tempatan Darjah 5 (eh,ada lagi tak subjek tu?) yang adik-adik anda punya atau buku Sejarah Malaysia Tingkatan 5 baca tanpa henti. Confirm ngantuk! Tak tipu!


I memang kuat tidur sejak azali lagi. dalam kelas pun tidur (-_-)

Nov 20, 2010

Dr. Muhammad Afifi al-Akiti hebat!


Mesti ramai tak kenal kan dengan Dr. Muhammad Afifi al-Akiti ni?
Buat yang tak tahu, Dr. Afifi ni anak Melayu pertama yang jadi Fellow di Universiti Oxford, Universiti kedua tertua di dunia!
Hebat kan? I pun sangat berbangga dengan kehebatan Dr. Afifi ni.
Selalunya orang bercita-cita nak belajar kat Oxford tu, tapi dia bukan takat belajar siap jadi lecturer kat situ.
Alhamdulillah..dan tahniah Dr. Afifi!

Everyone on the right path is sincere, but not everyone who is sincere is on the right path.
- Dr. Muhammad Afifi al-Akiti 


Nov 19, 2010

Overdose Sleeping Pills?

 Pernah tak you tak boleh tidur pastu makan ubat tidur? tak pun makan ubat tidur untuk kurangkan stress?
Hah???JANGAN ok!
kalau stress macam mana pun jangan sekali-sekali try apa je jenis ubat tidur ok?tolong lah.. ELAKKAN!
Baik pergi sembahyang sunat tengah malam dan baca al-Quran lagi baik!
Once we take sleeping pill, for sure we will addicted and overdose teruk! 
Kesan dia? Tengok lah sendiri;







 Jadi fikir-fikir kan dan selamat beramal~


p/s:Sesiapa yang tak boleh tidur nanti I bagi tips untuk boleh tidur dan tidur nyenyak ok?
Janji ni!

Nov 17, 2010

Lembu itu kacak kan?




Betul kan dia kacak?comel sangat!
Siap pandang kamera lak tu, macam tahu-tahu je orang nak ambil gambar dia.
Memandangkan rumah saya berdepan dengan masjid so tiap-tiap raya korban mesti saya sangat excited dan menjadi jakun tengok lembu kat masjid. Semalam balik kerja tengok lembu dah ada, tiba-tiba rasa tak sabar nak tunggu hari ini.


Ohh, ye ini pun peminat setia lembu sama seperti aunty nya yang comel ini. Opss,sila jangan muntah.
Kami memang terpukau dan terpesona bila nampak lembu seakan mahu terkam je.
 Setelah dikira satu persatu ada 7 ekor lembu yang berwajah suci ditambat kat pokok-pokok dalam masjid.
Akibat excited yang melampau 200 lebih gambar telah dihasilkan tadi. Fuyyooo! Sudah-sudah! cukup! Nama pun si jakun.. (-_-)
Apa-apa pun nak show off jugak gambar-gambar tu;

Lembu ni kena ikat dulu baru disembelih.

Mereka bertakbir dulu sebelum sembelih.

Selamat disembelih darah mengalir. Wahh,bestnya lembu itu sudah ada bau syurga untuk mereka.


Ini proses melapah daging pulak. Buang kulit dan potong-potong daging. 
Eh,sekejap macam kenal je si baju peach itu.


Zoom in please!
Ohh, itu abang saya, sejak bila dia pandai melapah daging lembu ni. Tapi percaya lah selepas 5 minit ambil gambar ni,dia balik rumah dan mengomel "Pisau tu sekejap je dah tumpul, Parang pulak tak de camna nak lapah" lebih kurang macam tu lah dia bising-bising tadi.
Ok,tak pe Abang Lan alasan anda diterima. (^_*) Kamu tetap rajin di mata kami.

Ermm,sudah la tu ye, tak kan nak upload semua. Banyak sangat nanti lambat pulak you nak tunggu gambar loading.
Eleh, padahal malas sebenarnya. 
Sengih seperti kerang busuk di sini.

Salam AIDILADHA Semua!!

p/s: I ada minta seseorang untuk record video tapi rupanya dia lebih excited daripada I sampaikan I tak tahu apa sebenarnya dia record. Tak apa lah, diriku memang memahami dirimu.

Nov 12, 2010

Spa & Saloon Penjara Kajang Best!!!

Sumpah, tak tipu!


I pun mulanya ingat tempat ni cam cikai-cikai, tapi bila sampai je, terkejut jugak Wow!design dalam spa ni memang ala-ala Bali la. Macam standard spa kat KL tu.
Service dia pun best! My mom choosed body massage and body scrub for me.
Memang best. Dah habis buat tu my mom siap nak tambah buat resdung treatment.
Mesti you tertanya-tanya kan harga dia pulak?
Harga dia jangan cakap la, murah gila ok!
Mostly harga treatment kat spa around RM20 hingga RM40, untuk treatment kat saloon pulak RM7-RM80. Special kat sini diorang buat pakej2.
Pakej yang diorang sediakan pun murah. Tengoklah you nak buat treatment apa.
Kalau nak compare kan harga dengan spa and saloon kat luar tu memang jauh lagi murah.
Bayangkan kat Spa Penjara Kajang harga bagi full body massage RM30, kat luar confirm dah RM200++ betul tak?
Banduan-banduan yang bagi service tu pun bagus. Diorang memang dah di traine dulu before buat service untuk customer.
Patutlah Fly FM Pagi Show bagitahu orang kena queue booking untuk dapatkan service kat sini sampai kena tunggu sebulan baru sampai turn rupanya best dan murah!

Lepas buat full body massage, mama buat rawatan resdung pulak.

Wahh,siap carta organisasi lak tu.

Apa-apa pun pergi lah tengok sendiri murah ke tak, best ke tak baru tahu, ok?

Nov 8, 2010

Be Part of ChurpChurp Today!!


Siapa ada account Twitter?Siapa ada account Facebook?
Tipu sangat lah kan, kalau tak de dua-dua social networks tu.
Dania yang umur 2 tahun tu pun sibuk nak berFacebook ape ntah lagi kalian yang sudah besar panjang ni kan.
Tapi selalunya kita ada Facebook or Twitter pun sebab kita nak contact dengan kawan-kawan baru dan lama kan?


You tahu tak sebenarnya dengan Facebook dan Twitter ni bolehkan kita dapat banyak duit. Sambil kita main game, comment gambar orang dan status, tweet kat orang dalam Facebook atau Twitter apa kata kita tweet benda yang boleh dapat duit. Sekaligus  keep in touch dan duit. Menggembirakan!!


Cuma perlu jadi Chuper dalam ChurpChurp.
Sebagai Chuper, kita cuma perlu tweetkan atau postkan kat kawan-kawan mengikut assignment diberi. Assignment selalu tentang iklan dan promosi, daripada situ kita akan dapat duit dan boleh dapat hadiah kalau menang!!hooyeaaaayy!!
Bukan tu je tau as a Churper, kita dapat pergi berseronok-seronok dengan activities yang ChurpChurp anjurkan. Ya Allah, bestnya dapat kenal dengan kawan-kawan baru dan kita dapat rapatkan hubungan kita dengan kawan-kawan dan keluarga kita! Contohnya macam hari tu ChurpChurp anjurkan activity Fly Kite Day, dapat main layang-layang bersama-sama Churpers yang lain. Tapi time tu I tak jadi Churper lagi!Haishhh..RUGI!!!Kenapa lah I tak tahu dari awal pasal ChurpChurp ni kan?



ChurpChurp sangat baik!Dah la bagi duit!Dapat hadiah!Siap sediakan activities untuk kita bergembira bersama kawan-kawan dan family tercinta!!Plus, boleh dapat kawan baru lak tu!Wahhhh..Seronok!!!Siapa nak bagi kita camtu?

So, apa tunggu lagi jom la join Churper. Just sign up je. You da Be Part of ChurpChurp!!
Eh, jap selain daripada Churper kalau you nak jadi Partner pun boleh. Partner ni kalau kita nak iklankan atau promosikan barang-barang yang kita jual supaya jadi lebih famous dan glamour!Aww..sangat kelas!!

Nov 5, 2010

My 2nd appointment for dental braces!!

 Hari ini I sangat tak sabar-sabar nak tulis blog, nak tahu kenapa?
Sebab I baru je lepas dating dengan my dentist Dr. Zarin. Heppp!
Ok,nampak sangat tipu kan?
I baru je balik dari 2nd appointment la dengan my dentist bukan dating , kan I dah bagitahu kat entri sebelum ni.
Kalau hari tu kakak kaunter tu kata I lambat, hari ini I datang awal 15 minit.
  Appointment11.30 tapi I jumpa my dentist pukul12.15. aik doctor balas dendam ke?
Tahu la I datang lambat hari tu.(-_-). Tak apa, best gak tunggu sebab dapat tidur jap.sedapkan hati.



For my 2nd appoinment, metal bentuk cincin ni diletakkan kat gigi ku kalau tak silap dentist tu cakap band braces. Betul kata Mell kakak nurse a.k.a kakak kaunter tu memang ganas. Tapi I lucky sikit sebab kakak tu baru je nak pasang kat I selepas 1 kali tak muat dentist dah datang. Ohh, you save me my hero.Oittt!jangan nak mengatal ye.opss!

Lepas letak band  tu, dia scaling my tooth!
Memang ngilu gila. Tak tipu!
Tapi dentist cakap "sorry ye memang ngilu sikit". Ngilu sikit dia kata?Haishh.
Bila dah settle, dentist bagitahu next appointment dia pakaikan full braces dan bayar deposit 300 sekali nanti.

Ok, tiba-tiba rasa excited. Tak sabar nak tunggu next appointment.



 Dan kelihatan seperti Gwen Steffani ini. Comel!! (>_<)

Ohh, before I off this entry, I just want to wish to all of Hindu's readers (ermm,ada ke?) a very happy and prosperous Diwali!!!
May this year brings you all lots of happiness and fulfill all your dreams!!
Enjoy your Deepavali!! 




1 MALAYSIA!!(^_^)

Nov 2, 2010

How to change PTPTN interest rate from 3% to 1%?


GOOD NEWS to all PTPTN LOANER !!!!


Kerajaan Malaysia yang baik hati kini telah buat pertukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Pendidikan Ujrah (1%)?
lompat-lompat jom!! hooooyeaayyy~~
Ehh, kejap. hanya untuk sesiapa yang dah buat agreement sebelum 2010 je tau!
Kamu semua yang berpeluh-peluh nak membayar PTPTN dengan interest 3% sekarang boleh la lega sikit dengan decrease interest to 1% ni cuma you kena buat application kat sini ok?Ingat, click kat sini.


Just isi no. kad pengenalan & email.


Then bila dah had successfully changed the interest rate you'll receive email from PTPTN to fill this form;


Senang je kan?Ok, cepat buat!
Jangan lupa isi form tu tau. Nanti senang la diorang nak proses application kita tu, ok?

Nov 1, 2010

so TRUE!!

1) Fine
This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

2) Five Minutes
If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

3) Nothing
This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

4) Go Ahead
This is a dare, not permission. Don’t Do It!

5) Loud Sigh
This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot
and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to 3 for the meaning of nothing.)

6) That’s Okay
This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That’s okay means she wants to think long and hard before
deciding how and when you will pay for your mistake.

7) Thanks
A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you’re welcome. (I want to add in a clause here – This is true, unless she says ‘Thanks a lot’ – that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say ‘you’re welcome’ . that will bring on a ‘whatever’).

8 ) Whatever
Is a woman’s way of saying F*** YOU!

9) Don’t worry about it, I got it
Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This
will later result in a man asking ‘What’s wrong?’ For the woman’s response refer to 3.