Aug 31, 2010

We love you, MALAYSIA!!!



MALAYSIA, WE YOU!!!

1Malaysia Menjana Transformasi

Happy  Independence Day Malaysia!!!!

I'm so proud to be a Malaysian (^_^)

Aug 30, 2010

I love STEAMBOAT 2!!


Yang kali ke-2 pula, saya makan steamboat di Flaming Steamboat, Setapak dekat dengan Uptown Danau Kota. Ni cawangan baru, main restaurant di Bandar Sunway. Sesiapa yang duduk di Wangsa Maju ke Setiawangsa ke tak payah lah susah-susah nak pergi Bandar Sunway ye.


Kali ini saya makan steamboat jenis buffet. RM22.80+ seorang bagi dewasa dan kanak-kanak cuma RM9.90+


Kami sampai kat sini dalam pukul 6.30 tapi orang dah ramai. Berebut-rebut nak ambil makanan.


Sangat berbaloi-baloi makan kat sini sebab kita boleh apa sahaja dishes kat sini, macam-macam jenis seafood sampai kan ada seafood yang saya tak pernah jumpa pun saya boleh dapat kan kat sini.Seafood yang kami makan semua fresh kecuali ketam je. Agak berbau dan tidak enak sikit untuk dimakan. 


Tengok lah meja kami yang penuh ni. Makan 4 orang tapi ambil makanan macam untuk 10 orang.Biasa lah, orang puasa kan?


Makanan ini dapat dihabiskan pada jam 8.30 malam. Huwaaa, kuat betul kami makan!
Sesiapa kuat makan seperti saya syorkan sini lah tempatnya.(^_*)
Kalau nak makan sini kena booking dulu la kot supaya ada la tempat direserve untuk you all, no.: 03-5633 6820

Aug 28, 2010

I love STEAMBOAT 1!!

Yup!!Saya suka sangat makan steamboat!Bulan puasa ni saya dapat makan 2 kali steamboat!2-2 best!2-2 ada specialist masing-masing!Let's i show you guys!

Mula-mula I makan steamboat kat Restoran Silver Pot di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), owner restaurant ni chinese muslim. So dijamin halal. Yela, mostly kedai steamboat kan Cina susah sikit nak jumpa owner dia Islam kan? 
Selalunya kita makan steamboat kita akan share satu steam cooker tu ramai-ramai kan?Yang menariknya kat sini kita tak payah share steam cooker @ pot dengan orang lain. So kita boleh steam ikut citarasa kita la. Best kan?


Kat sini we can choose 2 soups either tom yam soup or chicken soup. But I prefer tom yum soup! Enak dong!! (^_^)



Untuk dishes pulak ada 3 jenis set : standard seafood set, lover's set dan vegetarian set
Tapi bulan puasa ni ada promotion Ramadhan Special yang ada Deluxe Set so banyak pilihan!
Dan I amik 2 lover's set sebab set tu macam menarik, tak de sotong colour coklat dan sesuai la dengan kami 4 orang.


Air pulak I cuma order hot taiwan green tea. Ingatkan green tea ni colour hijau tapi tea biasa je..hehe


Yang lain pun order air biasa je longan cincau dan mineral water. Tapi air longan cincau ni tak de rasa longan pun. Rasa cincau je mungkin mereka terlupa nak masukkan longan kot tak pun cincau tu seperti longan. Hmm..ntah lah!
Tak pasti lah!


Cuma yang kureng sikit kat sini service dia sangat lambat! Untuk orang yang bukan penyabar boleh lah baca buku sambil menunggu makanan untuk diorder, makanan dan minuman sampai seperti mereka. 


Maybe orang ramai dan pekerja hanya 2 orang tu yang lambat kot. So Encik Owner yang Comel sila menambah pekerja anda ye..(^_*)
Overall semua ok! Apa lagi, jom la ke Restoran Silver Pot!

Aug 27, 2010

Home Alone??

 
Siapa pernah tengok movie Home Alone mesti kenal si comel di atas.
Ya, dia Macaulay Culkin!!!
Saya adalah big fan of Macaulay Culkin satu ketika dulu!!
 Kalau you all nak tahu dia ni merupakan pelakon kanak-kanak pertama yang menerima payment 1million USDollar untuk 1 fillem.huwaaa~~hebatkan?
I kerja 10 tahun pun belum tentu dapat jadi 1million!!
Namun sekecil millionaire tu dah 30 tahun dan dia sudah tidak secomel dulu tapi kacak pula..ngeee~~


 Muka dia tak berubahkan?
Cuma muka lebih dewasa la kot.
Apa-apa pun Happy Birthday Macaulay Culkin!!
Eyhh..dia paham ke bahasa melayu? (-_-)


Aug 26, 2010

hari yang indah~~

 Hari ni hari apa? 
Hari KHAMIS la..
Bukan lah, hari ni hari SHOPPING!!
Hooooo-Yeayyyy~~
I ambil cuti untuk bershopping!!
Shopping jom~~!!
(^_^)

Aug 25, 2010

Happy Women's Day!!

Hari ini Hari Wanita peringkat kebangsaan kan?
So dikesempatan ini saya nak mengucapkan Selamat Hari Wanita untuk semua wanita-wanita di Malaysia!!!
moto tahun ni
1 Azam Wanita 1Malaysia

Ni dia antara wanita-wanita yang sangat-sangat penting dalam hidupku..



Kalau Hari Wanita mesti teringatkan lagu ni kan? I dedicate la untuk you all yang berjantina WANITA!!wink~wink~

Aug 24, 2010

Black CanyonCoffee House!!



Hahaha..saje je kan bulan puasa letak entri makanan.
Tak pe la kan..I cuma nak bagi idea untuk pilih makanan untuk bulan puasa..tak de lah you all pening kepala nak makan apa kan?(^_*)
I dapatkan Som Tum Carrot Salad yang lazat kat atas tu di  Black Canyon Coffee House la.
Hari tu I buka puasa, I order family set A untuk 2 orang sebab makan berdua je. Family set A ada 2 plain rice,chicken tom yam soup,combination chicken, chili & prawns
dan stir-fried mixed vegetable with oyster sauce.


Kalau you all suka tom yam pedas, I suggest kan kat sini lah tempatnya sebab ni bukan first time I makan dekat Black Canyon ni so berani lah I cakap tom yam kat sini sedap banget dehh!
Black Canyon ni kedai makanan Thailand so no wonder la tu tom yam kat situ sangat nyum..nyum..nyum..!!


Tapi bagi I yang kureng sikit kat Black Canyon ni kalau kita order apa-apa je nasi goreng kat sini nasi dia macam padat so rasa muak sikit la. Maybe sebab dia guna beras siam la kot.
Cewahhh!pandai-pandai je..
Air minuman kat sini pun best, I suka Tropical Tea, Fruit Mint Tea Punch, Ice Lemon Tea & Lime Ice sebab I suka air yang masam-masam so kat sini lah tempatnya.


Black Canyon Coffee House ni kalau dekat-dekat KL ni ada kat Jusco Setiawangsa, Jusco Bukit Tinggi, Jusco Maluri dan Alamanda kot!Tempat lain I tak sure la..Sorry ye~~
Hah, satu lagi nak bagitau kalau you all ada Jusco's card boleh dapat 10% discount bagi makanan Ala Carte!!

 
Ok, I membantu you all tak untuk buka puasa hari ni?Tak ke?
Tak pe nanti I bagi lagi info tempat makan yang menarik untuk buka puasa ye!

Aug 23, 2010

Owhhh...Kenny Rodgers


Eyhhh..jap2 lap air liur yang melilir tu..
Saje je bulan-bulan puasa ni nak tunjuk makanan kat you all..hehe..
Last week my lovely sister yang cantik manis Dayana..telah membelanja diriku berbuka puasa di Kenny Rodgers Mid Valley!!cehhh..patutlah puji lebih-lebih..hehehe..(^_*)
I order set Quarter Meal Original tapi dapat Black Paper..dah la tak suka Black Paper..tak apa lah..Roasted ¼ chicken dengan 3 my favourite dishes are golden corn carrot, mash potatoes & fresh fruit salad!!semuanya nyum..nyum..nyum..eyyhh, I ade dapat 1 muffin!!


Ni Puan Dayana kita tu punya!! 

Jom makan Kenny Rodgers sambil nyanyi lagu-lagu Kenny Rodgers jom!!



I paling suka lagu ni!!!(^_^)

Cause I'm so in love with you
Yes, I'm so in love with you
Yes, I'm so in love with you
I'm so in love with you!
So in love with you, Kenny!!!!

Aug 22, 2010

CARI RUMAH UNTUK DIJUAL DI SEREMBAN?

Anda mahu membeli rumah di Seremban?

 Rumah Teres 1 Tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air
Keluasan : 22' x 70'



418, Jalan TTJ 1/16,
Taman Tuanku Jaafar,
Seremban, Negeri Sembilan.


 Rumah teres 1 tingkat yang mengandungi 3 bilik tidur, 2 bilik air.
Berdekatan dengan Masjid Taman Tuanku Jaafar, pusat perniagaan, pejabat pos, medan selera dan sekolah
FREE HOLD
Harga murah sahaja : RM 110,000.00

Jika berminat dan untuk explanation yang lebih detail boleh menghubungi:

Encik Sahar - 0193855007 atau inform je kat missyezz's blog ni ok?

Aug 20, 2010

berbuka puasa di KGPA!!!

 Kuala Lumpur sekarang hebat dengan macam-macam tempat berbuka puasa, boleh pilih je nak berbuka tempat dan makanan yang macam mane. Nak makan kat hotel, restaurant, gerai, tak pun nak beli kat bazar pun boleh! Pastu kalau pilih hotel atau restaurant pulak ada yang sediakan macam-macam jenis buffet, buffet pulak macam-macam jenis makanan boleh pilih!
Pasti dapat, janji pulusnya ada ya~~ngeee~~
Eyhhh..ni apa cerita berbuka puasa pulak pagi-pagi ni..Macam ni semalam I berbuka di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) dekat Mount Kiara dan I dapat makan 200 jenis makanan dengan hanya membayar RM48. Macam-macam makanan ada, dah macam bazar dah kat situ.
Tak rasa rugi sebab makanan kebanyakkannya enak-enak!
Tapi yang tak bestnya I tak bawak camera..huhuhu..Tak apa lah,maybe I akan datang lagi. Nanti I akan ambil gambar banyak-banyak pastu show-off kat you all eyy..(^_*)

Aug 18, 2010

nothing...hmmm~~


I have nothing in particular to say. but I'm so excited to have my own blog that I do wish to say something. nggeeee~~.ok, I sound weird.

hermmm.. it has been more than 15 minutes and I'm still thinking on what to say.

and I think, I've been staring at the monitor for more than 30 minutes.

hmmm...ok la~~ I give up! I have nothing to say... 

but here,I want to show my naughty niece Dania's action on camera to all of you..enjoy!!


catch ya later!

Aug 14, 2010

ini tak kelakar!

Semalam sebelum balik kerja, macam biasa kena pergi bilik boss discussion untuk brief dia pasal projek-projek dan documentation perlu dilaksanakan..Maklumlah boss baru, kena la explain kat dia betul-betul.Kesian gak kat dia, tak pernah jaga projek tapi kena catch up banyak benda. It's ok boss, you can do it!!chaiyok!chaiyok!(^_^)
After discussion, macam biasa dia akan ajak borak-borak untuk release tension!hehe..
Sebenarnya, boss baru ni lain sikit. Kalau nak tahu setiap kali keluar bilik dia kita akan dapat lesson dan lebih motivation.(^_*)
Kali ni boss tunjuk kat we all satu video yang menyebabkan semua krew dan host-tv talk show dipecat puncanya dia gelakkan guests yang cacat suara.


 Kesian kan guests tu..Diorang bukan nak jadi macam tu pun.
Tapi kalau sesiapa pun termasuk I kat tempat Eric Hartman tu pun akan tergelak tapi as tv-host sepatutnya dia  prepare diri dia, yang dia akan berhadapan dengan orang yang cacat atas kesilapan doktor. Dah lah tengah sedih, kena ketawa pulak. Astaghafirullahalazim..
Pengajaran daripada video tu, kita perlu ada persediaan dalam apa je tindakan sebab kita tak tahu apa dugaan yang kita akan kena tempuhi.


Aug 13, 2010

Siapa nak buka puasa di Sushi King?


 Nak buka puasa kat Sushi King?
Nanti kejap ada pengumuman ni,
Sushi memang sedap!!nyumm..nyumm..nyumm..Jangan terliur dulu!!Sabar..sabar..I pun sushi lover juga!!Info terbaru diberitahu 1 Ogos 2010 hari tu.



Ya, itu lah pemberitahuan bahawasanya
 UNAGI KABAYAKI dan UNAGI SLICE  yang digemari ramai tu ada kandungan ALKOHOL sebanyak <0.05%!! 
Huwaaaa...patut la sedap..ngeeeee~~
 IKURA juga ada kandungan ALKOHOL <0.3% termasuk SABA MISONI kandungan ALKOHOL <0.15%


UNAGI KABAYAKI

UNAGI SLICE

IKURA

SABA MISONI

So kawan-kawan yang beragama ISLAM, siapa yang suka makan unagi, ikura dan saba misoni kat sushi king tu berhenti la ye..saya tahu semua tu sedap!tapi nak buat macam mane, ade alkohol..sushi yang lain macam ebi, tamago, kanikama, smoked salmon, kanitama maki, chawanmushi dan lain-lain pun sedap juga!!

Selain itu,nak beritahu juga kalau nak buka puasa dekat mana-mana hotel, sekarang ni JAKIM dah keluarkan senarai nama hotel yang mendapat SIJIL HALAL. Klik je kat sini 
So, check dulu sebelum pergi berbuka ok?


SELAMAT BERBUKA PUASA!!

Aug 12, 2010

Cucu Elvis Presley Hot!!



Yeahhhh..you all mesti kenal jejaka kacak kat atas tu kan?Hah?!!Tak kenal?!Heyy..,Elvis Presley la King of Rock and Roll?Adoiyyaii..siapa yang tak kenal tu mesti cicak bawah tempurung!Eyhhh..betul ke cicak?salah-salah katak bawah tempurung..haa..
Ok, kepada you all yang tak tahu Elvis ni ada cucu yang cun melecun..pheewwiit~


Cun kan?Kan I da kata cun!Hot pulak tu..Nama si cantik ni Riley Keough baru je 21 tahun..muda lagi! Dia ni dah jadi model sejak umur 14 tahun, wahhh..muda-muda dah jadi model..patutlah cun!Terbaru, dia telah bersetuju untuk berlakon filem Mad Max 4: Fury Road!!Huwwaa...Hebat!!
 


Eyhhh..tak kan ni cucu Elvis Presley gak kot?Tak la.. saje je letak gambar ni nak show off I dah pandai blow rambut sendiri..hehe.Kalau tak asyik la pergi saloon untuk blow rambut. Sekarang tidak lagi!!Hoyeaayyy..jimat duit!!(^_^)

p/s: Selamat bersahur!!

Aug 11, 2010

rude pupils!!


Adoiiyaii..cuba you all tengok video-video kat bawah ni..

 Pelajar lelaki ni memang sangat berani tak bertempat..

Ini versi perempuan pulak..haihhhhh~~

Macam nak gugur jantung bila tengok betapa kurang ajarnya budak-budak sekarang dengan cikgu mereka. Ibu bapa sendiri pun kalau anak kena pukul kena marah mesti datang sekolah serang cikgu. Time sekolah dulu-dulu, kena marah dan kena pukul dengan cikgu balik rumah kalau mengadu kat ibu ayah confirm kena marah balik tapi sekarang bila anak-anak kena marah confirm ibu ayah datang serang cikgu balik..Pelajar pun da tak takut dengan cikgu.  
Nak salah kan siapa ye kalau kejadian dalam video tu berlaku?

Aug 10, 2010

Esok puasa!!!


Salam Ramadhan~~
Selamat Berpuasa Semua!!



Puasa jangan tak puasa!! 

 

Aug 8, 2010

Wahhhh...Bangsawan Puteri Maharani!!

Weekend kali ni aktiviti i adalah menonton teater kat Panggung Bandaraya DBKL..hoyeayyy!!tambah2 lagi yang berlakon tu Cikguku!

 Ya..si Khadam!!

Ok, I ceritakan sikit ye pasal cerita Bangsawan Puteri Maharani ni. Cerita ni mengisahkan Sultan Badrul Al-Zaman pemerintah Astanapuri mahukan anaknya Tengku Kamar Al-Zaman kahwin dan mempunyai anak. 
So, Tengku Al-Zaman ni pun pergi keluar ke negeri Inderapuri bersama Khadam untuk mencari bakal isteri la kononnya..tapi separuh jalan dalam hutan Tengku Al-Zaman terjumpa gambus yang disangka kura-kura. Bila Khadam mainkan gambus tu Puteri Gambus dan dayang-dayang pun tiba-tiba keluar, dan entah macam mane Tengku Al-Zaman ni pun jatuh cinta la dengan Puteri Gambus. Macam-macam halangan cinta Tengku Al-Zaman dan Puteri Gambus ni. Tapi akhirnya diorang bersama juga.
Ni i tunjukkan antara babak-babak dalam teater ni.

 Puteri Arab yang ingin berkahwin dengan Tengku Al-Zaman tapi tersangkut pulak dengan Datuk Perdana Menteri. Alamak?!

 Tengku Al-Zaman, Khadam dan Pendita Tua yang ingin membantu menyelamatkan Puteri Gambus.

 Haa, ini lah halangan cinta Puteri Gambus dan Tengku Al-Zaman. Putera Kayangan telah menculik Puteri Gambus.

Yang menariknya teater ni, dalam masa penceritaan pun ada selingan iklan maksudnya persembahan-persembahan yang lain la seperti persembahan tarian, nyanyian dari Dior dan Fauziah Gambus..ala-ala cerita dekat tv la ada iklan..menarik!

 Persembahan Kumpulan Razzles

Inilah Fauziah Gambus @ Ratu Gambus Malaysia

Keseluruhan, teater ni OK!!Cuma ada yang kureng sikit-sikit  tu biasalah kan. Dalam dunia ni mana ada yang perfect kan! (^_*)