Aug 8, 2010

Wahhhh...Bangsawan Puteri Maharani!!

Weekend kali ni aktiviti i adalah menonton teater kat Panggung Bandaraya DBKL..hoyeayyy!!tambah2 lagi yang berlakon tu Cikguku!

 Ya..si Khadam!!

Ok, I ceritakan sikit ye pasal cerita Bangsawan Puteri Maharani ni. Cerita ni mengisahkan Sultan Badrul Al-Zaman pemerintah Astanapuri mahukan anaknya Tengku Kamar Al-Zaman kahwin dan mempunyai anak. 
So, Tengku Al-Zaman ni pun pergi keluar ke negeri Inderapuri bersama Khadam untuk mencari bakal isteri la kononnya..tapi separuh jalan dalam hutan Tengku Al-Zaman terjumpa gambus yang disangka kura-kura. Bila Khadam mainkan gambus tu Puteri Gambus dan dayang-dayang pun tiba-tiba keluar, dan entah macam mane Tengku Al-Zaman ni pun jatuh cinta la dengan Puteri Gambus. Macam-macam halangan cinta Tengku Al-Zaman dan Puteri Gambus ni. Tapi akhirnya diorang bersama juga.
Ni i tunjukkan antara babak-babak dalam teater ni.

 Puteri Arab yang ingin berkahwin dengan Tengku Al-Zaman tapi tersangkut pulak dengan Datuk Perdana Menteri. Alamak?!

 Tengku Al-Zaman, Khadam dan Pendita Tua yang ingin membantu menyelamatkan Puteri Gambus.

 Haa, ini lah halangan cinta Puteri Gambus dan Tengku Al-Zaman. Putera Kayangan telah menculik Puteri Gambus.

Yang menariknya teater ni, dalam masa penceritaan pun ada selingan iklan maksudnya persembahan-persembahan yang lain la seperti persembahan tarian, nyanyian dari Dior dan Fauziah Gambus..ala-ala cerita dekat tv la ada iklan..menarik!

 Persembahan Kumpulan Razzles

Inilah Fauziah Gambus @ Ratu Gambus Malaysia

Keseluruhan, teater ni OK!!Cuma ada yang kureng sikit-sikit  tu biasalah kan. Dalam dunia ni mana ada yang perfect kan! (^_*)



No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!