Jun 20, 2012

Aku terima nikahnya

Lafaz dan akad memang senang. Tapi ramai yang tak tahu nikah suatu benda yang sangat susah dan berat.


So please don't keep asking me when I'll get married! Ok, bye. XOXO

Jun 18, 2012

Satu Jam Di Pangkor

Wah! Kerja gila, memang gila, tentunya gila, mungkin gila!
Ya,buat kerja gila adalah perkara yang sangat awesome!
Seperti biasa I memang suka buat kerja  Kalau sebelum ni memang gamble pergi Singapore pergi malam balik malam. Kali ni lagi teruk berjalan 
Kerja ni bermula selepas kahwin Paly kawan kitorang di Manjong.
Idea gila tiba-tiba muncul untuk ke Pangkor. Padahal jam time tu pukul 4.30 petang, ferry pulak last ke Pangkor pukul 6 dan balik pukul 7.

Berposing dulu kat Jetty. Ini  Lumut Jetty. Tapi kitorang tak naik dari sini tapi dari Marina Island Jetty sebab lagi dekat 10 minit je. Dalam RM25 kalau tak silap. Correct me if I'm wrong.
Sampai je Marina Island Jetty tu dalam pukul 5.50  memang sharp-sharp ferry nak jalan. Berlari gak la kitorang naik ferry tu.


Dah macam amazing race, jejak je kaki kat Pangkor terus kitorang sewa kereta 1 jam/RM20. 


Hasil pertama, Char Kue Teow Pangkor! Enak! Harga RM4.00/perpinggan. Ok la kan, sama je macam kat KL.


Walaupun dah macam peserta Amazing Race lari sana sini, sempat jugak bersantai-santai kat tepi pantai tu. Cuma yang frustrated sangat sebab tak bawa baju, kalau tak boleh kitorang mandi-manda kan, tak pun bermalam kat Pangkor tu..Alangkah bestnya..tapi semua tu angan-angan. Kejap je lepas tu kena balik. 
Tapi sebelum kitorang balik tu, kitorang jumpa ni


Hasil yang terakhir, Lempeng Pisang RM1. Sedap dan murah! Mana nak dapat kak oii lempeng pisang RM1 kat KL tu.

 BALIK time!! Tapi entah kenapa seronok sangat tak ingat baru perasan jam dah 7.30, ferry ke Marina Island Jetty dah tak ada. So nak tak nak kena naik ferry sampai Lumut Jetty,nasib baik aunty Mil pick up kitorang kat Lumut ke Marina. Wahhh, lega..tak ada la kitorang pening nak cari cab ke sana. 
Thank you aunty!! 
Lepas ni macam biasa, kitorang plan nak vacation ke sana dan nak make sure tak ada Amazing Race Malaysia ke Pangkor dah. Penat weiiii,tapi best! 

Jun 16, 2012

UEFA EURO Baby



9 Jun 2012, pukul 5.01 petang. Orang tengah sibuk survey kat mana nak lepak tengok Poland vs Greece, kitorang satu family sibuk menunggu baby deliver.




2 jam kitorang tunggu..Alhamdulillah, angah berjaya melahirkan baby boy yang sihat dan super duper comel. Mula-mula nak letak nama Robert Lewandowski ke, Fernando Torres ke kan..dah kata baby EURO kan. Tapi dari dia dalam perut, kitorang dah panggil dia Nieddal so ayah dia letak la
 ADLAN NIEDDAL
 maksudnya Keadilan - Pejuangan. Ala-ala Rafael Nadal kan? Nampak sangat nak dia jadi pemain tenis bukan pemain bola..yela pemain tenis kan lagi kaya dari pemain bola.
Erkk? (-_-)

Walaupun dia baby Euro tapi dia tetap tidur dengan aman sekarang ni. Ini pun dia bangun kejap tadi sebab nak susu. Ok I pun nak tidur. 



Jun 4, 2012

Islamic Steakhouse







Amacam? Terliur kan? 
Mesti tertanya-tanya kat mana boleh makanan yang sedap-sedap kat atas tu kan?
Makanan-makanan tu semua I makan kat Wadihana Islamic Steakhouse.
Kalau sebelum ni kita ni orang Muslim was-was tentang kehalalan makan makanan western kat luar  sana. Kat Wadihana Islamic Steakhouse Bangi ni memang sah halal. Name pun  Islamic. 
Menurut orang kedai ni baru je buka tak sampai 1 tahun pun lagi, kiranya 1st trial diorang la ni dan so far makan kat sini belum mengecewakan lagi. Sedap!

Nak pergi?

Wadihana Islamic Steakhouse, Bandar Baru Bangi satu deretan kedai dengan Ice Room dan berdepan dengan Secret Recipe Bangi ni alamat 25, Jalan Medan Pusat 2D, 3B Curve Business Park, 43650  Bandar Baru Bangi.
Tak pun terus tengok @ Facebook Wadihana Islamic Steakhouse untuk direction ke sana.
Jangan salah pergi tau, sebab ada satu lagi Wadihana Islamic Kitchen, ini lebih kepada makanan Melayu macam nasi goreng swik ke, mee hailam ke, tomyam ke, char kue teow ke, macam-macam lah. Pergi lah tengok sendiri . Bye!