Jun 29, 2011

Pilihan kasut raya tahun ni!!

Raya tak lama je lagi??!!!
Hoooyeayyyy!! Raya!!!
Eh, kejap. Puasa dah habis ganti belum?
Erkkk..ok, ganti esok.ngeee~~
Tapi I dah ada senarai high heels untuk raya tahun ni untuk you all. 
Senang lah nanti nak berhari raya, tak payah pening-pening dah.  
Baik kan I? (^_*)
Ok, check it out!!



Heels versi  gelungsor


Chewing gum melekat kat kasut

Hells itik!!
High Heels bentuk angsa!!
Pisang!!Wahhh..kuning!!
Heel bentuk anjing.comel!



Chihuahua version!




Tengok ni ingat lastik tu untuk lastik burung je ke?


So macam mana? Dah ada yang berkenan tak?




p/s:  Jom cari duit raya kat sini.

Jun 28, 2011

Viva kena Pecah!

Sedih, memang sedih.
Kejam betul orang yang pecahkan ni.
Nasib baik dalam kereta Mama ni tak ade simpan barang-barang yang berharga.
Yang ada cuma syiling 5sen banyak lah kot.








 Tapi tengok tu syiling 5sen-5sen dalam tu pun diorang kebas. Ish.Ish.Ish..

Apalah nak jadi dengan manusia sekarang.
Mencuri, Meragut, Merompak, Memecah Amanah
semua sebab DUIT!
Ada yang siap berbunuh sebab DUIT!
Dunia..dunia..dunia.. 

p/s: Kalau nak duit sangat, try lah ni. Bukan boleh takat dapat duit, siap boleh famous lagi!

Jun 24, 2011

Last day for Phat Fabes & Ben in Fly FM Pagi Show


Everybody knows today is last day for Phat Fabes & Ben in Fly Fm Pagi Show.
Yup, It is a really bad idea. 
Everybody loves them. Everybody needs them.
Anyway,who gonna replace them?
Pagi Rock Crew?
Honestly, that trial run with Nadia, Hafiz and Prem in Pagi Rock Crew was not really fun! Tak kelakar pun!
Hello Mr. Seelan! What are you trying to do?
It is a bad idea..I guess.
(-_-)



Dear Phat Fabes & Ben,
You guys have always been the best DJs in the world!
Feels so good driving and so much laughing (not sleepy at all) to work every morning listening your Pagi Show!
I just wanna tell you that ain't nobody can replace you guys! 
All the best in everything! We gonna miss you guys!!


p/s: OMG!Let's win all expense paid trip to catch LADY GAGA LIVE!!!
Just fill in this form!!

Jun 22, 2011

How rude!!

Assalammualaikum..

Pertama sekali saya memohon maaf jika penulisan yang saya ini akan menganggu ketenteraman sesetengah pihak dan juga akan menjadi seperti perumpamaan nila setitik rosak susu sebelanga dimana telah menjejaskan nama buruk pasukan beruniform hijau yang saya hormati sebelum ini. Namun, diri saya sendiri telah dihina umpama dibaling tahi ke muka, bukankah lebih menyakitkan lagi? Mungkin anda beranggapan semasa saya menulis ini saya terlalu emosi tetapi secara jujurnya perkara ini sering menganggu diri dan pemikiran saya dalam erti kata lain trauma.
Ini antara persoalan yang ingin saya utarakan kepada anggota tentera yang sudi membaca blog saya ini;

1. Sebagai seorang anggota beruniform hijau, adakah anda diajar adab berkomunikasi dan menghormati antara satu sama lain?
2. Adakah sebagai seorang anggota beruniform hijau yang kononnya gagah anda perlu bercakap kasar dan menengking seseorang untuk berkomunikasi dengan baik?
3. Adakah anda rasa anda seorang anggota beruniform hijau anda boleh memarahi, memaki mahupun menghina seseorang sesuka hati?
4. Adakah anda rasa menjadi seorang anggota beruniform hijau sudah cukup bagus untuk angkuh dan sombong di alam dunia ini?
5. Apakah erti seorang Perempuan di mata anda?

Maaf, saya berasa sangat berang dengan anggota beruniform hijau yang berpangkat bawahan ini. Kepada anggota beruniform  tersebut kalau anda rasa saya tidak layak berada di tempat saya kini, saya juga merasakan anda tidak layak untuk menjadi seorang rakyat Malaysia yang kaya dengan budi bahasa mahupun menjadi seseorang pahlawan untuk mempertahankan negara.Jika difikirkan, mungkin juga anda ini seorang yang penghapus keinginan Perdana Menteri  untuk mencapai 1 Malaysia - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
 Saya juga ingin memaklumkan di sini, saya bukan seorang tentera untuk dilayan seperti komando dan pelatihnya.

Kekerasan bukan satu jalan penyelesaian.
Sekian, terima kasih.

Jun 21, 2011

Nadia's Wedding!!

Ingat tak entry Nadia's Engagement last year?
Now, it's time for Nadia's Wedding yawww!!

Gambar ini dicuri di profile Nadia sebab I tak pergi. (-_-)

The Solemnization of Nadia & Aliff
17th June 2011 at her palace.
Ermmm..sorry Nadia, I bukan sengaja tak datang. Ini semua gara-gara MEETING yang tak habis-habis sampai malam. Bila habis meeting tengok jam dah pukul 9..haihhhh~
Confirm you dah selamat Nikah, entah-entah dah nak tutup pintu. (-_-)



Yang penting..
The Reception - 18th June 2011
at Dewan Puspanitapuri, Putrajaya
I'm there and Nadia sangat cantik!!








Awww..Nadia looked absolutely stunning in her white dress!!

Nadia & Aliff,
a very HUGE congratulations as you prepare for your married lives together!hih
I'm sure you will be a very happy married couple!
May Allah bless your marriage and guide you in your new life together. InsyaAllah.
Jom lunch!(^_*)


p/s: Sesuai untuk hadiah kahwin..Samsung Galaxy S2.

Jun 20, 2011

Bila tiba-tiba diserang...






Uwaaaaaaa...(menjerit dan menangis tanpa henti!!)
 Lappy kesayangan telah diserang virus demam yang sangat teruk.
Kini lappy dalam rawatan doktor pakar.isk.isk.isk..

Get well soon lappy!!
You mean a lot to me and my blog.
  Take good care of yourself !
I will pick you up when the doctor say you are recover!
Love you
XOXO~

Jun 17, 2011

The Lebanese Food in Kuala Lumpur!!

Ermmm..tekak rasa nak makan makanan Lubnan la..
Nak pergi Lubnan?

info : happyzebra
Hahhh!!jauhnya...panas b****t ni..
Ehhh, sekarang tak payah la nak susah pergi Lubanan la kalau nak makan makanan Lubnan.
Pergi kat Kuala Lumpur je cukup.
Betul!!Kat Kuala Lumpur ni banyak kedai makanan Timur Tengah pilih je..mesti ada makanan Lubnan ni.
Salah satunye ni hah,



Al Rawsha Restaurant!!dekat dengan bulatan Kampung Pandan.
Makanan kat sini nak kata sedap susah jugak sebab I memang kureng sikit makanan Timur Tengah ni. 
Macam muak sikit kalau makan.
Tapi bila orang nak belanja I on je...ngeeee~
Sudah la..ni  I nak jamu mata you allz dengan gambar-gambar makanan Lubnan yang I sempat makan kat Al-Rawsha hari tu.










Jus Mangga yang sedap!!Belum sempat nak ambil gambar dah telan suku.


Ermmm..jangan beritahu sesiapa tau. Ini gelas kedua, jus strawberi + mangga.
Mak aihh~~syhhhh..Jangan beritau sesiapa..

Jun 12, 2011

Ketagihan Pulau di Sabah

Semua orang tahu Sabah ada banyak pulau yang still fresh dan tak tercemar langsung.
Jadi bila mama & ayah choose our destination for vacation adalah  Kota Kinabalu, ting..ting..ting..terus terfikir pulau-pulau yang sangat best kat sana!!hoooyeaaaayyyyy~~







 Dania and Dzaquan juga mengilai Pulau seperti aunty nye..
Tapi disebabkan vacation ini bersama mama, masa di pulau cuma 1 hari daripada 4 hari je ye,selebihnya hanya untuk bershopping! ye, shopping. (-_-)
Apa-apa pun thanks Mama, you really understanding!!! *mata ke atas, tangan ke dada..ngeeee~
Mula-mula we all pilih pergi 3 Pulau!
Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik
Tapi melalui keramahan kami dengan orang-orang K.K ni, diorang suggest pergi Pulau Manukan dan Pulau Sapi je sebab Pulau Mamutik hanya sesuai untuk camping bukan snorkeling. Kitorang bukan nak bercamping pun. So we all decided cuma pergi 2 pulau itu sahaja lagipun masa kan limit..huhuhu



Pukul 6 pagi kitorang dah bangun pergi ke Jesselton Point Jetty untuk pergi pulau-pulau tadi. Banyak pakej travel agency promote kat sana, tapi semua harga lebih kurang sama je.
Sebenarnya I cuma ingat sikit-sikit je kos ke dua pulau tu, kalau salah please correct me ok. 
Dua pulau termasuk snorkeling equipment; RM 27 per pax + terminal fee; RM 7.90 per pax.
Kanak-kanak umur bawah 3 tahun macam Dania & Dzaquan tak kena caj.




Sila perhatikan muka Mama.ngeeee~


Pulau Sapi
Boat pergi Pulau Sapi dulu. Sini akan kena tax RM3 per pax lagi.






Pulau Sibu ni kita boleh tengok lambakkan monitor lizard. Memang banyak tapi binatang ni dipagar dan tak adalah bersepah-sepah kacau orang-orang kat situ.   




Pulau Manukan
Pulau ni pun best cuma kena hati-hati dengan jelly fish a.k.a obor-obor, jangan ngada-ngada nak mandi or snorkeling kat area yang ada jelly fish dan kawasan teduh (maksudnya bawah pokok ke). Ada satu cerita, time I mandi bersuka ria dengan Dania tiba-tiba ada budak Jepun menjerit nangis kuat macam kena nampak ikan paus. Terkejut gak time tu, cepat-cepat bawak Dania naik darat, mana lah tau ada ikan paus ke kan. Rupa-rupanya budak tu kena jelly fish, I tak pernah kena lagi tapi ikut  cerita Nani and Angah memang sakit dan gatal gila kot. Gila?Wahh,dasyat tu. Memang lepas tu terus tak mandi laut dah.stop. Tak mandi dah.










Overall, pulau-pulau di Sabah memang sangat-sangat puas hati. Banyak pulau yang boleh kita pilih untuk bersuka ria. Pulau Tiga, Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Sebatik, Pulau Balambangan, Pulau Bum Bum dan banyak lagi! Semua pulau teringin nak pergi. Semuanya best!!



Jom Cuti-Cuti Pulau!!!


pics:kredit to Abg Lan

Jun 10, 2011

Bukan merungut cuma...

Dulu time hingusan, baru-baru nak belajar kira sifir ala-ala Cikgu Sifir yang sangat famous dulu selalu je berangan cepat lah besar nak masuk universiti. Cikgu cakap universiti tu menara gading. Bila dah masuk universiti tu kiranya dah jadi manusia yang berjaya lah. tapi bila dah masuk  tak sabar pulak nak kerja. Konon-konon nak rasa pegang duit sendiri, konon-konon bila dah ada duit sendiri boleh lah shopping sesuka hati. Tapi sekarang bila dah kerja "uwaaaaa!!nak mesin putar masa!" kalau bagi pilihan zaman apa yang nak turn back balik adalah zaman universiti!! Maybe time tu dah pandai berfikir dan matured sikit kot.

Semalam lalu depan UTHM universitiku yang tercinta, nak menitis air mata!
Dalam hati dah jerit-jerit nak balik zaman belajar!!tak nak kerja!! Boleh tak nak doraemon bagi pintu ajaib untuk balik pada masa yang kita nak. Ermm..semua orang tahu, tu semua angan-angan. Kita tak boleh turn back masa ikut suka je kita nak. 
Apa yang perlu kita buat just move on.

 Banyak kenangan kat sini..isk.isk.isk..

Cuma nak pesan kat adik-adik tak payah lah berangan nak kerja cepat. Hargai zaman muda anda. Kerja sememangnya sangat-sangat tak best. Betul! Kalau ikutkan time belajar dulu kita akan stress bila nak exam je kan tak pun time nak buat final project, tapi bila kerja ni hari-hari kita stress. Hari-hari macam exam, kadang-kadang time cuti pun stress sebab kita akan dapat call tanya pasal kerja. Silap haribulan time cuti tu kena pergi kerja, balik pulak tengah malam baru balik. Masuk kerja pukul8 pagi belum tentu pukul8 malam dah balik. Amboi!mengeluh nampaknya?
 

Eh, tak. Cuma luahan perasaan. (dengan muka nak kena innocent) Lagipun boss kesayangan I pernah cakap, kerajaan bayar kita gaji bulanan meaning kita kena kerja 30-31 hari sebulan dan 24 jam sehari. Masalahnya ada je yang cakap;
"Syokla kerja gomen boleh balik on time" (=_=)
Erkkk..memang time makhluk tu berkata begitu I rasa nak ketuk je kepala dia bertubi-tubi. Tapi tidak mengapa. Mungkin memang typikalnya begitu. 


Apa-apa pun semua pengalaman tu mengajar kita menjadi lebih matang dan bersabar. 
 (-_-)