Showing posts with label my braces yaw. Show all posts
Showing posts with label my braces yaw. Show all posts

Sep 10, 2012

Braces Update

Setelah 1 tahun 9 bulan gigi ini dipagar besi, nak tahu progress terkini braces ni?


Tu dia budak gigi besi!! Tengok gambar atas ni dan compare dengan gambar kat entri yang dulu ni. Beza kan gigi dengan tahun lepas? Gigi dah bergerak dan tiada ronggak!! Hooyeayyy!

Appointment dengan dentist hari ini macam setiap bulan sebelum ni, gigi diketatkan dan di tukar besi. Kelainannya cuma dentist bagi I bekal bawa balik. Eh, bukan bekal makanan la. Asyik pasal makanan je..tahu la I memang kuat makan. Bekal rubber band. Dentist beritahu gigi I cepat bergerak, banyak improve. Alhamdulillah..


Rubber band yang dibekalkan ni bukan untuk ikat rambut tau, ini untuk tarik gigi supaya duduk di alignment yang betul dan cantik.


Source : Google

Ikatan rubber band tu akan jadi macam kat atas ini tapi bersilang sikit. Kena tukar dan pakai setiap hari tanpa GAGAL. Erkkk..yang penting sakit!!grrrrr...


Tunjuk gigi lagi dengan Adlan Nieddal. Dia pun dah menyampah Aunty dia ni asyik ambil gambar je. Sorry darling!

Jan 5, 2011

Bila gigi saya ronggak!

Braces saya sudah berumur 1bulan.
2nd Appointment dengan Doktor Zahrin.
Yaaaaa, Beliau rongak kan gigi saya!!

Ohhh..Tidaaaakkk!!!
2 batang atas 2 batang bawah. Adusss! Boleh pengsan tau kalau tengok.
Sebelum cabut tu, dia injection mulut dan gusi guna bius, awww..gile tak sakit.bius tu nanti tak de lah diorang terkejut dengar jeritan batinku ni bila cabut gigi nanti.
Bila dah bius tu sumpah tak sakit. Kalau sakit bukan bius la namanya kan.
Mulut time tu memang dah rase cam mulut Angelina Jolie campur Ning Baizura campur Meagan Good campur Jay Z campur Kim Kardashian. Banyaknya campur? Ye, susah nak digambarkan. Tapi itu yang dirasa.huhu.
Kebas gila sampai hidung nak bernafas pun susah. Betul la kan hidung bernafas?
Lepas dah cabut, doktor suruh balik dan datang pagi esok untuk pasang bracket.
So hari ini gigi saya sudah ada bracket yang cantik.



Kali ni, PURPLE menjadi pilihan!!
Ingat nak pilih pelbagai colour tapi nanti takut pulak kalau pergi meeting confirm orang lagi kate saya macam budak-budak.haisshh..untuk menjadi kelihatan lebih matang dan skema pilih 1 colour je la.( -_-)

Warning!!
Cuma nak ingatkan sesiapa yang baru cabut gigi jangan gatal-gatal gigit kuat-kuat kapas yang kat gigi berdarah tu dan jangan ngada-ngada tunjuk ganas bila cabut kapas tu dengan kasar. Takut ubat tahan darah tu melekat kat kapas, nanti jadi Raja Bersiung pulak makan darah. Raja Bersiung tak pe lagi makan darah orang ni darah sendiri.e...yeeeeeww~~
Ya,experience sendiri. Semalaman kot telan darah sendiri. Sadiskan? 
 Ya, saya lah waris Raja Bersiung (-_-')

Dec 13, 2010

Food for People With Braces

Ramai kawan-kawan yang tanya tak susah ke nak makan kalau pakai braces?
Jawapannya, Tak lah! Makan je lah ape pun lepas tu gosok la gigi.
Kalau untuk first week tu memang susah nak makan (yela..tengah sakit)
cari la makanan lembut.
Ni I tunjukkan makanan yang I makan sepanjang 1 minggu pertama I pakai braces dan refference jugak pada yang nak pakai braces.

Bubur ayam Mc'D!Saya memang suka Mc'D!

Whipped Potato KFC!
Kalau rajin buat lah sendiri. I pun baru lepas tengok resipi buat mashed potato. Konon-konon nak buat sendiri lah. Konon-konon je la nampaknye..ngee~

 Mushroom soup..tapi mushroom tu tak boleh kunyah I telan je.Hwaaarrr~

Mama kate anak dara kena pandai masak. So maksudnya bubur ini dibuat sendiri.
Chewahhh!Rajin la kononnya. *Blushing~

 Roti Bun ni kena cecah air kosong untuk lembut kan dia kalau tak memang tak tertelan. sadis kan?

Hot chocolate or hot milk campur nestum. Confirm kenyang.

Scrambled egg campur cheese!
Tak pun telur setengah masak letak kicap dan black pepper! 
Sangat nyum..nyum..

Pudding!Sekarang ade macam-macam pudding ade. Beli je kat Giant RM7.50 dapat 6 cups tak pun kalau rajin buat la sendiri lagi sedap kan?Sumi yang biasa kanak-kanak makan tu pun sedap jugak!
Tapi kalau nak kenyang, makan lah dengan susu. Sedap!Kalau rajin buat lah Pudding Caramel resepi yang I bagi tu.Sangat mengenyangkan cuma jangan letak nata de coco. Nanti tercekik jangan salah kan diri ku pulak ye.
PENTING! Minum sky juice sebanyak mungkin dan kumur-kumur dengan air garam. Jangan minum pulak air garam tu kang kena darah tinggi pulak. Bagus untuk protect mulut daripada infection dan ulser.


Minggu ke2, makan lah macam biasa. Siapa kata orang pakai braces tak boleh makan keras dan chewy macam sate dan ayam Kenny Rodgers kat atas tu? Sate tu I makan kena cabutkan dari lidi pastu kena makan slow-slow dan sikit-sikit, same lah juga dengan Ayam Kenny Rodgers tu kena potong kecik-kecik untuk senang nak kunyah.
Lepas dah makan tu gosok lah gigi bersih-bersih. Tak de masalah kan?

Mengikut ape yang I baca, kita akan sakit balik lepas kita jumpa dentist sebab dentist akan ketat kan braces kita. So lepas jumpa dentist kita kena makan makanan lembut semula. Macam 1st week kita pakai braces, ada paham?

Dec 11, 2010

First week with braces

Since I pakai braces, I tak bagitahu pun kan macam mana jadi Miss Gigi Besi ni
Saje tak nak bagitahu sebab nak amik mood. Cehh, yela tu. Padahal mood tengah sakit.

First day bersama braces. Baru je lepas jumpa dentist time ni. Muka pucat bukan sebab takut jumpa dentist tau tapi sebab tak make up. Eleh..cover line je alasan tu. Memang pun tapi time ni ok lagi
Bila dah masuk second day pakai braces, I memang macam menyesal pakai. Sakit jangan cakap lah. Bangun pagi sakit! Gosok gigi lagi sakit weiii! Makan? Jangan cakap rasa macam nak tertanggal gigi dan gusi ni. Mulut pulak dah macam mulut Angelina Jolie. Kalau cantik macam dia tak pe jugak.
Ramai yang nasihatkan sakit sekejap je paling lama pun 1 minggu je. Mula-mu la tak percaya, tapi rupanya memang betul la. Hari keenam, hidup I dah semakin normal. Tak de dah mata berair tiap-tiap pagi dan setiap kali gosok gigi. Yang penting tak payah dah makan pain killer. Hoo-yeaayyy!!

Yess, I choosed PINK for my braces!

Hah nak Warning ni, tiba-tiba I teringat sesiapa nak makan pain killer jangan makan pil sebarangan tau. Pernah terkena pada diri ku yang konon-konon bajet doctor pergi telan aspirin 300mg as my pain killer. Lepas tu tibe-tibe my heart beats start so fast plus my entire body shaking non stop. Gila ko? Tu la pasal, akibat perasan diri doktor. So please anyone just take panadol for your pain killer. That helpful enough.

Aspirin yang buat I jadi parkinson.



Yang ni pulak wax untuk letak kat brackets yang tajam, dia akan protect mulut kita. Nanti tak delah ulser dan luka mulut yang lembut dan comel ni. Tengok tu dah start perasan. Baik I stop. Nanti you all muntah pulak.
Eh, jap kenapa tak cerita experience makan bersama gigi besi itu?
Haishh, makan je kerja ye. Next entri I cerita ok?

Dec 1, 2010

I'm officially Ms. Gigi Besi

Braced on 4.00p.m, 1st December 2010.
Excited sangat-sangat!!!


Saya Kini Si Gigi Besi yang Comel
 muntah jom!ngeee~

Nov 5, 2010

My 2nd appointment for dental braces!!

 Hari ini I sangat tak sabar-sabar nak tulis blog, nak tahu kenapa?
Sebab I baru je lepas dating dengan my dentist Dr. Zarin. Heppp!
Ok,nampak sangat tipu kan?
I baru je balik dari 2nd appointment la dengan my dentist bukan dating , kan I dah bagitahu kat entri sebelum ni.
Kalau hari tu kakak kaunter tu kata I lambat, hari ini I datang awal 15 minit.
  Appointment11.30 tapi I jumpa my dentist pukul12.15. aik doctor balas dendam ke?
Tahu la I datang lambat hari tu.(-_-). Tak apa, best gak tunggu sebab dapat tidur jap.sedapkan hati.



For my 2nd appoinment, metal bentuk cincin ni diletakkan kat gigi ku kalau tak silap dentist tu cakap band braces. Betul kata Mell kakak nurse a.k.a kakak kaunter tu memang ganas. Tapi I lucky sikit sebab kakak tu baru je nak pasang kat I selepas 1 kali tak muat dentist dah datang. Ohh, you save me my hero.Oittt!jangan nak mengatal ye.opss!

Lepas letak band  tu, dia scaling my tooth!
Memang ngilu gila. Tak tipu!
Tapi dentist cakap "sorry ye memang ngilu sikit". Ngilu sikit dia kata?Haishh.
Bila dah settle, dentist bagitahu next appointment dia pakaikan full braces dan bayar deposit 300 sekali nanti.

Ok, tiba-tiba rasa excited. Tak sabar nak tunggu next appointment.



 Dan kelihatan seperti Gwen Steffani ini. Comel!! (>_<)

Ohh, before I off this entry, I just want to wish to all of Hindu's readers (ermm,ada ke?) a very happy and prosperous Diwali!!!
May this year brings you all lots of happiness and fulfill all your dreams!!
Enjoy your Deepavali!! 




1 MALAYSIA!!(^_^)

Oct 27, 2010

my first appointment for dental braces!!

Wahh, dah seminggu I tak update blog!rindu sangat!Hari ini I sempat kan jugak.
Ingat tak entri yang I cari dental clinic for orthodontic.a.k.a braces ? 
So ada one of my friends, Aidil suggested to Klinik Doktor Zarin. Disebabkan dia pun pakai I pun agreed dengan dia. Thanks Aidil!
Yesterday, 26.10.2010, I went for it! I'm came late for my first appointment but Alhamdulillah, the dentist's not anger to me. Sila buat muka comel ye. Kakak kaunter tu je yang bising-bising. Bila dah habis jumpa dentist, kakak tu cakap dengan nada konon-konon menakutkan "nasib baik doktor tak marah, selalunya kalau orang lambat dia diam je."
Yeke?Tak de pun dia diam. Banyak bercerita lagi ada.
Ok lupakan pasal itu, dentist tu beritahu I have 3 steps or 3 times before wear that braces. 
So semalam 1st step, dentist tu bagi I bite some kind of plastisin rasa dia macam mint to get my teeth mould
  Lepas tu,  he took x-rays and a picture of my teeth.Then he explained pasal my teeth and braces,yang lagi menakutkan he will extract the four teeth at 2nd step.hah??adoyyaii!Ok, tak pe berkorban! (-_-)


Nampak tak benda kecil colour biru kat antara gigi tu? Itu adalah separator. Separator tu fungsinya untuk create space for placement of brace bands dekat gigi belakang.Dentist tu kata separators selalunya pasang dalam 1minggu ke 1minggu lebih  je sebelum pasang brace bands. Itu lah yang ada kat gigi ku sekarang. Rasa macam ada benda stuck dalam gigi, macam ada daging stuck je. Lambatnya nak tunggu 5hb November. Mesti bila dah pakai braces lagi sakit and tak selesa kan?
Ok, segalanya berkorban!

Jun 28, 2010

dentist~~

Any one know of cheap dental clinics in KL?i was thinking of having orthodontic treatment..
any advice on the cost and where to go will be greatly appreciated! (^_^)