Nov 25, 2013

Jom Tolong PERTIWI Soup Kitchen





Assalammualaikum ..

Mula-mula ingat dulu PERTIWI Soup Kitchen ni  macam kedai jual sup je tau. Rupanya PERTIWI ni buat kerja amal. PERTUBUHAN TINDAKAN WANITA ISLAM yang volunteer bantu beri makanan, pakaian dan apa-apa sumbangan kepada homeless (gelandangan).

 

Nak tahu macam mana boleh involve dalam PERTIWI ni?
K. Norell la yang mula ajak saya dan Abang Is pergi distribute makanan dengan sepupu dia Rozy (Rozy ni team PERTIWI).Time tu pula baru lepas jogging dan rasa tak de nak buat apa dah. Lagipun ni je la cara nak buat charity, nak tolong duit tak mampu. 
Kitorang ingat kena pergi  lorong-lorong gelap hantar makanan. Rasa takut juga kan. Rupa idok lerr..Kita duduk satu tempat dan orang homeless akan datang beratur amik makanan.Dari situ lah kenal PERTIWI ini apa, kenal Rozy dan kawan-kawan PERTIWI. Tiap-tiap kali datang dapat kawan baru, sebab mesti ada volunteer yang baru kenal. Tapi tak sempat nak kenal sangat pun,sibuk distribute dan kelam kabut kan.



Pengagihan makanan dan barang-barang yang lain akan dibuat hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. So kitorang selalunya pilih Jumaat lah, esoknya kan cuti. Tak de masalah la kalau balik lambat. Start pun pukul 11 p.m.. Eyttt tapi kalau nak derma atau nak sumbangkan apa-apa makanan contohnya. Kena la bagi awal, antara pukul 8.30 p.m. hingga 10.30 p.m. kat PERTIWI's Office Bangsar atau terus bawa ke first lokasi kami kat parking Tune Hotel, Jalan Sultan Ismail.




 


Kalau ramai sponsor makanan-makanan tu jadi banyak, so homeless boleh dapat variety foods, seronok lah diorang. Bila tengok diorang seronok, kita lagi seronok. 

Eyttt..tapi kan. Ada juga homeless yang demand tau. Memilih tak nak makan kuih, nak mee goreng. Tak pe la janji diorang bahagia kan.


2nd location kitorang pergi Kota Raya yang depan Mc Donald tu.





Last location Medan Tunku. Selalunya kitorang tak follow sebab dah penat dan lewat. Settle kat Kota Raya pun dah lebih kurang 12.30a.m. kan? Nanti lewat sangat tak larat pula kan nak drive balik. Lagipun Rozy bagitau Medan Tunku tak ramai macam kat 2 lokasi sebelum ni. So ok la kan kami balik.

Sesiapa yang murah hati nak derma makanan ke, pakaian ke dan barang-barang terpakai nak bagi kat orang gelandangan ni atau pun nak jadi volunteer sama-sama distribute makanan sangat lah dialu-alu kan dan boleh contact terus :
Ibu Pejabat PERTIWI
No. 63, Jalan SS 3/53,
Taman Subang,
47300 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel      : 03-7874 4203
Faks    : 03-7875 2935
E-mail :  info@pertiwi.org


Ok. XOXO~

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!