Showing posts with label love lengthen the life. Show all posts
Showing posts with label love lengthen the life. Show all posts

Dec 10, 2012

Heyyy, December!!

Assalamualaikum
Woahhh! Dah dua bulan tak menulis blog..ngeee..bukan takat tak tulis blog, melawat blog pun susah.sobsssss..Maafkan daku...Anyway I bukan tak nak tulis blog tapi sekarang ni tengok sibuk menjadi baby sitter untuk anak buah yang baru.Yeahhh, I dapat seorang lagi hero. 



Sebelum ni Addlan Nieddal kan? Sekarang Khairul Dzhafran. Ye, dalam tahun 2012 ni familyku dianugerahkan 2 orang super hero. 
Bak kata Ayong, "Jangan risau Izs, hidup kita kini lebih selamat dikelilingi Hero-Hero Malaya"
Yang penting, Dania tetap the only Princess in my big family.


Untuk pengetahuan u olzz, bulan Disember ni jugak genap setahun I bekerja di tempat yang I kerja sekarang.   Siap ada special dedication entri daripada Sharna. Awwww..sumpah terharu sangat.
Dear Sharna Love a.k.a Mrs Tender, 
Thanks for all your kindness, your patience, your support,trusting me, understanding me, laughing my joke and  for being my super duper best best best officemate! Thank you for everything and Sorry for all my mistake and make you upset especially my shoot laser. Ampun ya!
Hopefully our friendship will never varnish! It will indeed last forever! Amin! InsyaAllah.
 Love X0X0, Miss Tender 


Sep 4, 2012

I Found LOVE

Assalamualaikum,hi!!
Pinjam tajuk cyanamoose sekejap boleh? Ehh, tapi I'm not falling love with Electrical Substation tau. 
(^_*)

Alhamdulillah..Subhanallah..semua yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah yang baik atau buruk semuanya mengajar kita erti kehidupan untuk memperingati Dia. Yup, I'm not the best person dan tak layak pun nak cerita pasal religious. Cuma I want to share apa yang I rasa dan alami. Maybe boleh menjadi pengajaran untuk kita semua. Cheewah! Macam Ustazah Siti Nor Bahyah la pulak rasanya. Ok main petik je nama ustazah.

 Kesedihan dan kegembiraan kesemuaanya berlaku semuanya mengajar apa itu hidup. Dalam hidup yang penuh gembira sampai leka dan tak reti menghargai apa yang ada di sekeliling. Sentiasa rasa bahagia dan terlupa dengan Pengwujud alam semesta. Tapi bila diuji musibah yang sendiri rasa tertampar dan lebih tepat lagi rasa macam kena tendang tepat masuk gol kat padang bola tu, baru lah tersedar dan terasa sakit yang melampau. Baru perasan yang diri ni memang dah banyak sangat meninggalkan kewajiban dan terlalu banyak mendekati yang terlarang. Nauzubilah..
Bila dah dalam keadaan sedih memang tak ada tempat lain selain Dia tempat kita menagih ehsan simpati, merayu dan berharap. Betul lah kita ni bila dah susah baru nak ingat kat Dia macam dalam al Quran surah Yunus ayat 12. Astaghafirulahalazim.
Apa yang tak tahu entah kenapa bila musibah, kesedihan dan kekecewaan ni datang dalam keadaan sakit, perit dan terseksa tiba-tiba satu perasaan yang susah nak cakap datang. Rasa yang tak pernah rasa. Rasa aman kot? Tenang kot? Sebak kot? Entah lah..I sendiri tak tahu rasa ni macam mana, tapi mungkin satu petanda yang baik? Mungkin Dia nak tunjukkan sesuatu, tapi itu semua ketentuan Dia yang Maha Berkuasa. 

 InsyaAllah setelah apa yang terjadi, apa yang diharapkan hanya untuk terus mencari jalan menuju cinta sejati dan hakiki. Bak kata kawanku "Cinta yang CONFIRM tak kan tinggalkan kita" InsyaAllah..


“Our Lord!” (they say), “Let not our hearts deviate now after Thou hast guided us, but grant us mercy from Thine own Presence; for Thou art the Grantor of bounties without measure. (8) “Our Lord! Thou art He that will gather mankind Together against a day about which there is no doubt; for God never fails in His promise.” (9) (3:8-9)


 

Aug 24, 2012

Life was such a precious thing, easily broken right?

There are those day when I feel like I could cry for a billion reasons, bagai jatuh ditimpa tangga.When I try to sit down and think about them in order to solve it,too difficult for me to determine the issue in the first place. Maybe I'm too Drama Queen and gila emotional. I know what's wrong and I don't know what makes it wrong. I just want to fix it but I don't know how!! Arghhhh!

MasyaAllah..it not so easy to smiling and laughing when you're tak ada feeling langsung.  I'm not actress so sometime would be KANTOI. It more hurt when you looked your parents unhappy and depress. Astaghafirullalazim.


Ya Allah..please help us to overcome all problems. Please help mend this dark heart of mine, I wish to be on the right path..Help me be the most patience person I can ever and help me please Allah to be the most kindest person I can ever be.Ya Allah please give me a sign, form of guidane to be strong..Ameen

Jun 16, 2012

UEFA EURO Baby



9 Jun 2012, pukul 5.01 petang. Orang tengah sibuk survey kat mana nak lepak tengok Poland vs Greece, kitorang satu family sibuk menunggu baby deliver.




2 jam kitorang tunggu..Alhamdulillah, angah berjaya melahirkan baby boy yang sihat dan super duper comel. Mula-mula nak letak nama Robert Lewandowski ke, Fernando Torres ke kan..dah kata baby EURO kan. Tapi dari dia dalam perut, kitorang dah panggil dia Nieddal so ayah dia letak la
 ADLAN NIEDDAL
 maksudnya Keadilan - Pejuangan. Ala-ala Rafael Nadal kan? Nampak sangat nak dia jadi pemain tenis bukan pemain bola..yela pemain tenis kan lagi kaya dari pemain bola.
Erkk? (-_-)

Walaupun dia baby Euro tapi dia tetap tidur dengan aman sekarang ni. Ini pun dia bangun kejap tadi sebab nak susu. Ok I pun nak tidur. 



May 30, 2012

Niat Mulia Si Penderma Darah



Isi borang nikah ke kak? Kusyuk sungguh macam jawab exam.



Owhhh..isi borang derma darah rupanya.
Ermmm..tapi malang sekali niat suci Nani tidak diperkenankan, sebab lately dia selalu batuk, so kalau batuk memang diorang reject terus. Takut nanti darah tu ada kuman ke kan.
Anyway kawan-kawan, sebelum u olzz nak derma darah kena lah tau kriteria-kriteria penderma darah. Nanti tak ade lah kecewa macam Nani. Kesian dia..semangat tau dia nak derma darah tadi.
Sebelum u olzz semua sama kecewa macam dia, meh I tolong beritau Kriteria-kriteria Penderma Darah sebenarnya;


1. Warganegara Malaysia..wahhh!macam nak masuk audition Mentor je kan. tapi kalau bukan warganegara pun boleh derma tapi mesti sekurang-kurangnya 1 tahun menetap di Malaysia ni.
2. Selain daripada umur penderma kena lebih 18 tahun dan kurang 65 tahun, korang perlu sihat dan bebas daripada batuk, demam ke selesema ke. Sihat tubuh badan tau tak ada sakit sikit pun dalam tempoh seminggu lepas.
3. WAJIB Manusia yang HUBUNGAN NORMAL dan tak berisiko tinggi. Macam penagih dadah ke, homoseksual ke, biseksual ke, dan pelacur ke tak boleh!
 4. Berat badan kenalah lebih daripada 45 kg. Macam syarat nak jadi polis kan? Haaa..tang ni jugak la yang membuat I out dulu. Berat tak cukup kak..sorry. Sedih? Mula-mula sedih, lama-lama dah biasa. Sob.sob.sob..
5. Tahap hemoglobin mesti melebihi 12.5%. Ini untuk memastikan kandungan darah merah yang mencukupi dan tidak berpenyakit anemia.
6. Tidur lebih 6 jam secara berterusan sebelum hendak derma darah tu ok?
7. Jangan minum alkohol dalam masa 24 jam atau ambil ubat-ubatan especially antibiotik jangan ambil dalam tempoh7 hari sebelum menderma dan untuk immunisasi atau suntikan vaksin mesti lah selepas 3 minggu. Takut mempengaruhi darah nanti. Kalau tak pasti refer kat pegawai kesihatan kat situ nanti.
8. Tidak menghadapi penyakit kronik macam diabetes, darah tinggi, jantung dan macam -macam la. Kalau tak pasti jugak macam biasa refer kat pegawai kesihatan. 
9. Ehhh, kalau ada buat treatment gigi hari tu atau dalam masa 24 jam jangan gatal-gatal derma darah tau.Kalau ada buat surgery atau transfusi darah dalam masa 6 bulan dari masa derma darah pun tak boleh ye!
10. Jap..jap..pernah tak buat rawatan guna "Human Growth Hormone" atau "Transplan Kornea dan Selaput Otak". Pernah ke? Kalau pernah lupakan sahaja niat suci nak derma darah tu ye, memang tak boleh!
11 Untuk penderma wanita harus 5 hari sebelum dan 5 hari selepas haid bersih (pandai-pandailah korang kira date), not pregnant dan not breast feeding baru lah boleh derma darah.
 12. Haa, lagi satu kalau u olzz pernah derma darah make sure tarikh akhir derma darah sebelum ni lebih 2 bulan atau 8 minggu.
13. Jangan bertindik kat mana-mana bahagian badan termasuk akupuntur, tatoo dan berbekam dalam masa 6 bulan tau.
14. Yang ni penting ye..jangan menderma kalau u olzz pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of  Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih, tak pun benua Eropah dari tahun 1980 sampai sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih. Yang ni I tak berapa sure sebab apa.
15. WAJIB! Makan dulu sebelum menderma ye, takut pengsan pulak nanti. Cepat! Tak sabar ni.




Kalau I ada tertinggal dan tersalah info please inform and correct me ye.
Selamat menderma!!

May 24, 2012

Super Mama


Special for you Super Mama..
But it can't to compare what you give to your love..


Yes, she's Super Mama!!

Why I call her Super Mama?

- She's was Allah's Gift to me. I learned anything and everything from her.
- She gave me the Gift of Life. Without her, I would have died in early stages in life so I owe her. 
- She has super power to wake up very early in the morning (4.30 a.m.) to prepare prepare breakfast and household chores. Then go to her office and sleep at 12.00 a.m. woahhh~
- She taught me the real meaning of LOVE, FORGIVENESS, PATIENCE, RESPECT AND GRACE

WE LOVE YOU SUPER MAMA!!!

May 22, 2012

The Best Birthday Cake Ever


Walaupun dah 2 bulan, rasa terharu dan tak sangka still terasa.
Terngiang-ngiang kat telinga ni..conversation bersama Dania

"Aunty Tish, nak look birthday cake Dania?"
"Mana?"
"Taraaaaaa!!! "
"Hahhhh??"

Tak tahu apa nak cakap hari tu. Tak expect. Sepatutnya celebrate birthday Dania & Dzaquan, tiba-tiba jadi birthday Dania, Dzaquan & Aunty Tish. Haishhh..*tapi terharu jugak sebenarnya cuma tak nak cakap je..ngeee~


Thanks for Mummy and Ibu for amazing lovely surprise. Mak redha je..nyah! 
Actually, it was awesome when I've to share a lovely wonderful pinky cake with my lil dania & my lil dzaquan. Siap ada gambar gitu.
Aunty Tish love you guyssssss!!!
XOXO

Feb 28, 2012

Merempit Atas Air

Itu hari saya dan Nani (adikku ba..) pergi merempit di Telok Batik. Jauh kan merempit di Teluk Batik?


Weiii, bukan merempit ni lah. Merempit ni salah di sisi undang-undang, boleh masuk penjara tau. Kalau salah langkah bukan takat masuk penjara, masuk lubang tanah pun ye. Haishhh.
Merempit yang I masukkan rempit atas air.
Hah, tak tahu lah tu. Sebab tu I nak cerita ni.


Apakah ini?


Ya, viper a.k.a motorsikal air yang kitorang gunakan untuk merempit.


Muka masing-masing excited nak merempit. 


Yeayyy,,you go!! Sudah siap merempit.





Rempitan dibantu oleh Pak Cik India tidak berperikemanusiaan, bawak laju sampai tak fikir kitorang ade kat belakang terlambung-lambung.
 Sampai lah satu tahap Nani jatuh kat tengah laut akibat corner baring Pak Cik India tu.
Cemas gak time tu, takut la Nani kena makan jaws ke kan. Maklumlah badan dia berdaging lebih sikit, comel kan. Confirm lah kalau jaws dapat, kenyang seminggu tak makan.




Tamat sudah rempitan. Memang puas hati dengan rempitan Pak Cik India. 
Warning! kalau naik vider ni jangan lepaskan pemegang tu, kalau lepas confirm jadi macam Nani tergolek dalam air dan satu lagi, tak payah lah naik tu nak bergaya sangat pakai sunglass ke, hair clip ke, getah rambut ke, gelang ke. Pendek kata accessories la. Sah-sah nanti accessories you olzz tu terkubur dalam air sebab jatuh dalam. Hair rubber band I yang kat rambut boleh tercabut dan jatuh. Padahal dah ikat kuat-kuat kat rambut tu.




Muka puas hati campur terkejut dengan rempitan lagak ngeri tadi.
Lepas tu, 4 hari 4 malam sakit badan, sakit tangan, sakit tengkuk dan terus demam.
Apa-apa pun sangat fun!!

Jan 13, 2012

Muslimah sejati

Bismillahirahmannirahim,
Hello!!Kali pertama tulis blog untuk tahun 2012. Eh..sekarang dah 2012 siottt. Mesti ramai orang akan benci bila langkah tahun baru sebab banyak azam tahun lepas tak dapat dicapai. Tapi cuba kita muhasabah diri dan kita pusing ke belakang kita akan "whoah!banyak benda yang dah berubah sepanjang 2011 ni dan banyak pengajaran yang kita dapat" 
Weii,sudah basi lah. Dah nak masuk bulan Februari orang dah cakap pasal ni dah lama dah.
Erkk? Yeke? Pantas sungguh masa berlalu. Sekarang ni I pun dah masuk sebulan kat tempat baru. So far so good, kerja banyak tapi still boleh manage, tidak seperti dahulu. Aww..sudah! Tidak mahu lagi ingat masa dulu. Chewahh!
Sebenarnya nak cerita mulanya tahun 2012 ni, Dania yang perasan dia Princess Dania tu sudah masuk sekolah!
Dania : Neeya kat school good girl sangat. Tak nangis pun. Ada boy tu nangis je. Lama pulak tu. Neeya dengar je cakap teacher. Bla.bla.bla..bla.. Best sangat school!Bla.bla.bla..  *boleh muntah tau dengar cerita dia


Ada gaya muslimah sejati tak? Time jemput kat sekolah Tok Wan pun tak kenal ni cucu dia.
sucinyeee muka!!
Mula-mula excited lah, masuk minggu ke2 dah nangis tak nak pergi school.
Boy yang nangis tu pulak tengok dia nangis.

Nov 12, 2011

Siapa mahu si comel - si comel ini?







Kami sekeluarga dah buat keputusan. Kami terpaksa melepaskan si comel-si comel ini kepada yang betul-betul berminat sebab kami sudah ada 24 ekor si comel, banyak kan?
Memang terpaksa biarkan diorang ni  pergi, so kepada yang berminat leave a message at comment's box atau tweet me at missy_zetty's twitter?
Eh, tapi dengan 1 syarat mesti area Kuala Lumpur tau!


Jul 21, 2011

You are the best boss!

Ermm..ingat tak entri Ini tak kelakar?
Entri tu kan I ada cerita sikit pasal my boss kan?
Tapi kali ni pun tak kelakar, sebab hari-hari I dah tak macam dulu.
Dah tak ada motivasi, supportive words, cerita-cerita kelakar, drama dan karoke yang dibuat sendiri (dia akan nyanyi kuat-kuat dari dalam bilik bila habis waktu kerja tapi kena buat kerja). Lagi satu, I suka sangat my boss ni. Dia sangat lah responsible dan protect staff dia.
Pernah tak boss korang  mengaku dengan semua orang itu salah dia walaupun sebenarnya bukan salah dia tapi salah korang? Tak pernah kan? Itu lah yang boss I buat, dia mengaku salah dia walaupun salah tu I yang buat. Haihhh. I rasa bersalah gila. Dia cuma cakap "I just want you live longer in this job". Terharu sangat.
Sedih sebenarnya bila dia tak ada, nobody will protect us. Tapi tak apa lah dia transfer pun sebab naik pangkat. 
 Apa-apa pun, You are the best boss ever and forever!!
By the way,he gave me a dictionary.
Dictionary of Architect and Building Construction!
Sweet kan? Thank you so much boss!!!


Boss baru? Ermm..no comment!

p/s: Kan best kalau boss bagi hadiah macam ini.

Jul 12, 2011

Just a random entry!!

Holla!!!I have many things to update tapi tak sempat-sempat, sampai dah jadi pekasam dah kot cerita tu. Bukannya tak ada masa free cuma bila nak on laptop je mama ajak keluar la, baru teringat nak study la, baju tak cuci lagi la..banyak dehh halangannya.

Kerja?Wahhh..tak mahu cerita boleh tak?Banyak sangat yang menyakitkan hati daripada merawat hati.
 Fullamak..ayat macam penjiwang tegar. Apa-apa pun berpegang pada moto diri Berkhidmat Untuk Negara.
Tapi kalau ada kerja yang lebih menarik, sila lah offer ye.wink~~


Braces?Ok, yang ni best cerita. Gigi I kat atas dah move sikit. Nampak lah elok sikit daripada biasa kan?
Cantik lah jugak kan?teeettt~ ok perasan terlebih nampaknya.
Next two weeks akan berjumpa semula dengan dentist paling kacak abad ini. Saja 'kipas' doktor supaya dia lebih gembira merawat gigi ini. Cehhh!

Sebenarnya I ada benda nak share dengan you all ni.
Baru-baru ni I ada terbaca satu article pasal tidur.
Tidur? kenapa tidur?


Sebab I tak puas hati.
kenapa baby boleh tidur sampai 18 jam sehari 
tapi kita cuma tidur 7 - 8 jam sehari?
Lagi tak best, kalau kat rumah confirm kalau bangun lambat kena jerit dengan mama, tapi kalau budak kecik ni tak pe pulak.

 Tengok tu..tidur je. Tumbuk kang!

Jun 20, 2011

Bila tiba-tiba diserang...






Uwaaaaaaa...(menjerit dan menangis tanpa henti!!)
 Lappy kesayangan telah diserang virus demam yang sangat teruk.
Kini lappy dalam rawatan doktor pakar.isk.isk.isk..

Get well soon lappy!!
You mean a lot to me and my blog.
  Take good care of yourself !
I will pick you up when the doctor say you are recover!
Love you
XOXO~

Jun 12, 2011

Ketagihan Pulau di Sabah

Semua orang tahu Sabah ada banyak pulau yang still fresh dan tak tercemar langsung.
Jadi bila mama & ayah choose our destination for vacation adalah  Kota Kinabalu, ting..ting..ting..terus terfikir pulau-pulau yang sangat best kat sana!!hoooyeaaaayyyyy~~







 Dania and Dzaquan juga mengilai Pulau seperti aunty nye..
Tapi disebabkan vacation ini bersama mama, masa di pulau cuma 1 hari daripada 4 hari je ye,selebihnya hanya untuk bershopping! ye, shopping. (-_-)
Apa-apa pun thanks Mama, you really understanding!!! *mata ke atas, tangan ke dada..ngeeee~
Mula-mula we all pilih pergi 3 Pulau!
Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik
Tapi melalui keramahan kami dengan orang-orang K.K ni, diorang suggest pergi Pulau Manukan dan Pulau Sapi je sebab Pulau Mamutik hanya sesuai untuk camping bukan snorkeling. Kitorang bukan nak bercamping pun. So we all decided cuma pergi 2 pulau itu sahaja lagipun masa kan limit..huhuhu



Pukul 6 pagi kitorang dah bangun pergi ke Jesselton Point Jetty untuk pergi pulau-pulau tadi. Banyak pakej travel agency promote kat sana, tapi semua harga lebih kurang sama je.
Sebenarnya I cuma ingat sikit-sikit je kos ke dua pulau tu, kalau salah please correct me ok. 
Dua pulau termasuk snorkeling equipment; RM 27 per pax + terminal fee; RM 7.90 per pax.
Kanak-kanak umur bawah 3 tahun macam Dania & Dzaquan tak kena caj.




Sila perhatikan muka Mama.ngeeee~


Pulau Sapi
Boat pergi Pulau Sapi dulu. Sini akan kena tax RM3 per pax lagi.






Pulau Sibu ni kita boleh tengok lambakkan monitor lizard. Memang banyak tapi binatang ni dipagar dan tak adalah bersepah-sepah kacau orang-orang kat situ.   




Pulau Manukan
Pulau ni pun best cuma kena hati-hati dengan jelly fish a.k.a obor-obor, jangan ngada-ngada nak mandi or snorkeling kat area yang ada jelly fish dan kawasan teduh (maksudnya bawah pokok ke). Ada satu cerita, time I mandi bersuka ria dengan Dania tiba-tiba ada budak Jepun menjerit nangis kuat macam kena nampak ikan paus. Terkejut gak time tu, cepat-cepat bawak Dania naik darat, mana lah tau ada ikan paus ke kan. Rupa-rupanya budak tu kena jelly fish, I tak pernah kena lagi tapi ikut  cerita Nani and Angah memang sakit dan gatal gila kot. Gila?Wahh,dasyat tu. Memang lepas tu terus tak mandi laut dah.stop. Tak mandi dah.










Overall, pulau-pulau di Sabah memang sangat-sangat puas hati. Banyak pulau yang boleh kita pilih untuk bersuka ria. Pulau Tiga, Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Sebatik, Pulau Balambangan, Pulau Bum Bum dan banyak lagi! Semua pulau teringin nak pergi. Semuanya best!!



Jom Cuti-Cuti Pulau!!!


pics:kredit to Abg Lan