Showing posts with label friendship needs no words. Show all posts
Showing posts with label friendship needs no words. Show all posts

Sep 30, 2013

Apa yang best di Brunei?

Assalamualaikum..

Uit..uit..uit..time you olz baca ni I dah selamat berpoya-poya di pekan Kuta kot. 
Yeahh, Bali you olz!!
Tapi Bali tu nanti balik kita story mory, sekarang ni nak cerita pasal Brunei.
Yup-yup, I pergi Brunei hari tu.(dua bulan lepas kot..ngee) Ermmm..nyaris-nyaris lupa yang I tak blog lagi pasal percutian Brunei.
Ok, sekarang I cerita.


Sebenarnya K. Norell yang baik hati ajak kitorang pergi rumah kakak dia kat Brunei ni. I kan tak pernah pergi sana.So apa lagi rezeki jangan ditolak kan. Apa lah salahnya tengok tempat orang, kan..kan..kan..




Senang cakap Brunei ni macam Kelantan Maju. Yup, Kelantan kalau kaya-raya confirm sebiji macam Brunei ni. Ye la, Brunei kan negara Islam. Memang banyak masjid kitorang jumpa. Cantik pulak tu.
 Pernah korang pergi negara yang pili paip salut dengan emas? Kubah pun emas? Hahh, kat Brunei je yang ada masjid yang cantik penuh emas. Dalam masjid jangan cakap la kan, memang ciri-ciri macam istana dah kot masjid kat sana.

Lagi satu yang best kat sini ada Kampung Air


Sebelum kitorang naik boat pergi jalan-jalan Kampung Ayer,ada pasar kat belakang tu jual macam-macam benda eksotik ada
 Tapi Miri lagi banyak. Miri kita cerita entri lain ok?



Naik boat dalam 15Dollar per ride.
Kat Kampung Ayer ni, pak cik boat tu bawa kami jalan-jalan tengok monyet hidung besar tu. I tak ingat nama, yang penting dia takut manusia. Kitorang sampai je tempat dia berkumpul terus dia lari

Empire Resort dan Golf

Kalau you all datang Brunei, sila menginap di sini ye. Memang guarantee super duper best. First class you olzz! Tak percaya tengok gambar ni.



Honeymoon pun sangat sesuai kat sini. Aman, damai, senyap dan super indah. 
Cantik sangat resort ni.

Kedai Kain?


Kedai kain memang banyak kat sini. Sesiapa yang nak cari kain yang up to date dan murah kat sini la tempatnya. Selalu orang pergi Bandung je kan? Haaa, kat sini juga sebenarnya banyak yang cantik-cantik dan berkualiti. Kalau compare memang murah banyak daripada kat KL.

Ni salah satu kedai yang saya suka.

Makanan-makanan Brunei.
Bila kat sana selalunya kitorang makan kat rumah je. Seafood dan daging rusa sangat lah murah.
So baik makan kat rumah kena dengan selera. Sebab kitorang ada makan makanan kat kedai-kedai tapi macam pelik. Tak pedas kot. Maklumlah I olzz hantu pedas.


Rendang rusa by K. Norell. Superb la!

I tak ingat nama dia apa tapi dia macam roti canai + telur dadar + mayonnaise + sos cili + chocolate rice = korang agak-agak la sendiri rasa dia. No comment! (^_*)

 Kalau tak silap nama dia nasi chicken boxing. Lazat juga.


 Japanese Food kat sini super best. Betul la orang kata sushi kat Brunei sangat sedap selain kat Jepun. Memang lazat. Ni kitorang makan kat Excapade Sushi.
Siapa pencinta Japanese Food yang datang sini, confirm akan dibuai cinta bila makan sushi sini. I makan memang tak ingat dunia, sashimi licin tanpa tinggal sikit pun. Pelahap tapi sedap weii..


Yang lagi best kat Brunei ni, minyak petrol super murah. Kitorang isi RM30 dah full. Sempat jalan-jalan pergi Miri dan balik rumah. Minyak cuma bergerak 1 bar je, padahal naik SantaFe. Sangat la heaven ye.

Banyak sebenarnya yang BEST ka Brunei ni cuma kita kena rajin explore. Mostly Mat Salleh datang sini buat adventure activities macam camping ke, jungle trekking ke, rock climbing ke, water rafting ke, macam-macam la. So jangan la risau sangat kalau sampai sana tak tau nak buat apa. Tapi I ingatkan ya, wayang dia sejujurnya tak best. Old school sikit. Ala-ala wayang kat City Plaza, Alor Star 8 tahun dulu. Erkk fikir sendiri la kan.
Lain-lain semua ok. Brunei best!

Dec 10, 2012

Heyyy, December!!

Assalamualaikum
Woahhh! Dah dua bulan tak menulis blog..ngeee..bukan takat tak tulis blog, melawat blog pun susah.sobsssss..Maafkan daku...Anyway I bukan tak nak tulis blog tapi sekarang ni tengok sibuk menjadi baby sitter untuk anak buah yang baru.Yeahhh, I dapat seorang lagi hero. 



Sebelum ni Addlan Nieddal kan? Sekarang Khairul Dzhafran. Ye, dalam tahun 2012 ni familyku dianugerahkan 2 orang super hero. 
Bak kata Ayong, "Jangan risau Izs, hidup kita kini lebih selamat dikelilingi Hero-Hero Malaya"
Yang penting, Dania tetap the only Princess in my big family.


Untuk pengetahuan u olzz, bulan Disember ni jugak genap setahun I bekerja di tempat yang I kerja sekarang.   Siap ada special dedication entri daripada Sharna. Awwww..sumpah terharu sangat.
Dear Sharna Love a.k.a Mrs Tender, 
Thanks for all your kindness, your patience, your support,trusting me, understanding me, laughing my joke and  for being my super duper best best best officemate! Thank you for everything and Sorry for all my mistake and make you upset especially my shoot laser. Ampun ya!
Hopefully our friendship will never varnish! It will indeed last forever! Amin! InsyaAllah.
 Love X0X0, Miss Tender 


Sep 19, 2012

Al Fatihah buat Aldy Hasmi


Ya Allah, tak sanggup sebenarnya nak baca pasal kematian rakan seperjuangan Aldy Hasmi. Tak sangka dan macam tak percaya. Macam mimpi. Tapi semua tu ketentuan Allah. Itu yang dinamakan mati itu rahsia Allah.
Salam Takziah buat isteri Aldy dan dua baby kembar diorang. Semoga tabah menghadapi segala ujian dari yang Esa. Orang yang baik sentiasa disayangi Allah.


Aldy, semoga Allah kurniakan ketenanganmu di sana.
Al Fatihah




May 28, 2012

Sesat di Singapura

Ya, saya sesat..err.ehh, kami sesat di Singapura. Memang nampak tak logik tapi tu yang terjadi. Ehh,logik sebenarnya..alahh..baca lah dulu baru tau.


Dodie, Diriku, Nabe dan Eja

Nampak sangat time ni Valentine's Day kan? Lama gila kan? Ermm..tapi bukan, sebenarnya time ni bulan Januari nak dekat Valentine's Day la. Errr..lagi lama?!*senyum kambing kejap..Sorry. 
Baru lepas pergi wedding kawan kitorang Bied kat Bandar Baru Uda bak kata orang JB.. Uda tak pun BBU. Macam-macam short foam dorang ni. Ok lah back to story, kitorang masuk Singapore dalam pukul 6 lebih nak dekat pukul 7 jugak la.  Konon-konon masuk cuma nak amik gambar dan makan-makan. Budget semua tahu la kan jalan kat Singapura..padahal semua macam rusa masuk kampung cuma mengharapkan GPS Papago dalam iphone yang konon-konon sangat berguna.


Mula-mula stuck juga nak masuk Singapore. Tapi dalam setengah jam lebih lepas lah masuk Singapore. Sampai je kitorang terus berjimba di shopping complex yang banyak kat Orchard Rd. Sebenarnya set kat GPS Bugis Street tapi disebabkan GPS bawa kitorang jalan depan Orchard Rd terpaksa la berjimba-jimba dulu.




Dah puas berjimba..tiba-tiba, DANGGGGGG!! GPS Papago kesayangan yang merupakan harapan nusa dan bangsa kami..erkk..bukan harapan kami tak boleh guna. Line phone rupanya terus NO SERVICE..Adusshh, baru perasan Singapore ni luar negara walaupun lari 40 minit pun boleh sampai  Singapore tetap negara lain bukan Malaysia, tetap kerajaan lain, tetap network tak sama..haihhh.Padan muka. Lepas tu kitorang terkial-kial cari kedai yang jual souvenir. Nasib ada aunty kedai yang baik hati explain dan bagi kami map Singapore untuk kami jalan-jalan.
Nasib baik juga kami ada pembaca map yang bijak, Cik Dodie kita dan driver terbaik kita Nabe' (walaupun Nabe' dah berpuluh kali masuk Singapore tetap tak tahu jalan..erkk!sorry be'!) 

So memang selepas tu map pulak menjadi harapan nusa dan bangsa kami. GPS kini dihina dan dikutuk. Adat lah, habis madu sepah dibuang.



Dah puas berjalan perut ni memang dah bershuffle tanpa henti nak minta diisi. Masa tu dah pukul 10 lebih kot, memang terbaik sebab banyak kedai makanan dah tutup dan suah nak cari kedai makan Muslim. Bila nampak orang Melayu pakai tudung dengan rasa tak tahu malu terus kitorang tanya kat mana kedai makanan Muslim. Kakak tu pelik dengan kitorang, macam mana boleh sampai kat situ. Dia pun pelik, yela tak tahu jalan gamble je masuk Singapore dah la tu tengah malam pulak tu. Erkkk..kak, kitorang memang begini. Perasan bijak semua tahu. Erkk? 
Kakak tu pun bagi direction pergi Kampung Glam dan Arabic Street, bak kata kakak tu memang banyak tempat makan Muslim kat situ.




Environment Kampung Glam. Time ni Manchester United lawan Liverpool so memang penuh orang area tu tengok bola.



Akhirnya 4 sekawan ni dapat makan dengan penuh gembira. Hooyeayyy! 

Kitorang ni memang jenis yang tak reti serik, lepa kenyang perut sambung lagi jalan-jalan. Kitorang  pergi Singapore Flyer, Marina Bay, Merlion Park berpandukan map yang bijaksana tadi. Padahal time tu dah pukul 12 tengah malam. Terbaik sangat kan?


Gambar ni saat-saat gembira kitorang berjalan. Memang tak fikir langsung macam mana nasib nak balik JB. 
Ingat panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari..chewahh! Banyak pulak berperibahasakan. Memang nasib malang, kitorang ingat map tu boleh lah bawa kitorang highway balik JB. Rupanya makin sesat. Sesat sampai pukul2.00 pagi rasanya masa tu, memang time tu fikir ingat nak je cari hotel kat Singapore tu tapi Dodie pulak ada shooting pukul 8.00 pagi. Arghhh!Memang stress!
Kitorang ada berhenti tanya kat kedai makan, Geylang. Tapi malang sekali lagi tak membantu, confused sama ada masuk highway PIE,Tuas, BKE, AYE dan macam-macam lagi short foam yang kitorang memang tak paham.  Last, kitorang berhenti kat Esso Petrol Station tanya kat seorang Brother yang sangat friendly. Dengan bantuan brother tu kitorang Alhamdulillah kitorang berjaya jumpa jalan balik dan sampai JB pukul 3.00pagi. Abang Esso memang awesome! Thanks abang!
Lepas je dropped Nabe' dan Eja kat rumah Nabe', I terus jadi macam Michael Schumacher drive Ferrari. Pukul 6.00 kitorang sampai KL. Time tu kalau ada roadblock ke speed trap ke accident ke memang Dodie kata dia responsible. Hahaha..masalahnya I kot yang drive. 

Morals Of The Story

- Please prepare plan dulu nak jalan ke mana tambah-tambah lagi tempat yang baru. Kalau main redah je terima lah nasib yang sama dengan kitorang.

- Please jangan pergi tempat yang you olz tak familiar, kalau nak pergi sila survey dulu. Guna lah perkhidmatan Mr Google, sangat membantu.

- Check GPS dan network handphone dulu, either boleh guna atau tidak. Make sure prepare back up plan kalau tiba-tiba GPS habis bateri ke, tak boleh guna ke..

- Kalau kejar masa please tak payah berniat jalan-jalan sebab kalau dah keluar memang for sure akan terlebih guna masa. Kita tak tahu kan apa akan jadi. Tapi dalam kes Dodie, die bernasib baik sebab die sempat dan selamat sampai kat tempat shooting sebelum pukul8 cuma penat la kan.



Salah satu tempat yang kitorang lalu masa sesat.

Apa-apa pun yang penting Malu Bertanya Sesat Jalan. 

p/s : Ticket Christina Perry ada discount kat sini

Dec 9, 2011

Surprises Anniversary Party?


Sumpah terharu! Terharu sangat-sangat.
Walaupun setelah merajuk dan selepas lupa 19 hari, I'm still touched.
Siap ada pelakon-pelakon handalan tanpa script lak tu, disebabkan tanpa script la dialog-dialog pelakon handalan jadi merapu. Please lepas ni jadi sutradara yang hebat sikit boleh?
Whatever it is, thank you so much guysssss!!
Love you all!!

p/s: Ini satu lagi entri yang patutnya I post last month tapi baru sekarang tekan PUBLISH POST. Konon-kononnya nak tunggu gambar daripada Si Lelaki bernama Asrul! sorry Asrul, I mention juga nama you!Siapa suruh tak bagi! 
Nampaknya sampai I dah kahwin & beranak pinak nanti dapat tak gambar tu?
Eh, Okay! Peace! Bye! 

Oct 27, 2011

Aussie Aussie Aussie! Oi Oi Oi!

Hey!!
What's up mate?!! (^_^)
Hari ini I am trying to come up with extravagant ways to describe my full trip to 
Brisbane and Gold Coast, Australia!!
walaupun dah sangat basi, nak cerita juga cause the memories are so valuable
 and the place are sangat awesome!
So, let's start,
 Gold Coast Air Port
The only thing that keeps fresh in my mind is Australians generally good looking, even the Pak Cik Kastam are really look like George Clooney. Betul!! Sumpah kacak!

Lone Pine Koala Sanctuary, Brisbane.
Time to meet up Che' La a.k.a Koala & Che' Roo a.k.a Kangaroo !!








Che' Roo sangat sombong!!Berlagak diva yeee..


Che' La super duper cute!! Macam kena ganja dah Che'La ni..


Awww...we looked like Keluarga Bahagia right?ngeeee~


Harbour Town, Gold Coast & DFO, Brisbane
Tempat shopping yang menjadikan kitorang gila kat sana. Semuanya murah dan best.


Barang- barang kegemaran mama-mama macam Corningware, Corelle, Pyrex tu we all dapat kat DFO. Memang murah sebab direct terus dari kilang. DFO pun nama Direct Factory Outlet so sah-sah lah kan.


Sebelum shopping yang penting posing you all!! Bile dah shopping memang flat!


Mount Coot-Tha, Brisbane




Sejuk la konon kan, tapi memang sejuk pun.erkk?

 Brisbane view from Mount Coot-Tha


 ok next,
21st Century Art in the First Decade at Gallery of Modern Art, Brisbane 





Rich of  Art History! Best!! Ermmm..Suara siapa lah yang buruk sangat tu kan..ehh?

Latin Friday Night at Reddacliff Place

Setiap Jumaat dari pukul 7 malam kita boleh tengok Joget Lambak tau kat Brisbane ni tak payah nak tunggu majlis kahwin, tapi diorang menari latin lah.


Ni yang sempat direkod. Budak kecil tu comel kan, rasa macam nak gigit je budak tu.


Berpoya-poya pula di Surfers Paradise yang Awesome!!
The best place to cuci mata!!


Kelasss tau photographer kitorang!!


Sebenarnya Che' As a.k.a pemandu pelancong a.k.a photographer a.k.a (memang professional,kelasss u olzzz) sangat gorgeous bawa kitorang banyak sangat tempat kat Brisbane and Gold Coast . Rasa memang nak letak semua gambar kat sana tapi nanti you all juga yang menyampah, so cukup la tu je kan. Lagipun dah lama sangat I asyik tulis then save draf. Kali ni biar betul-betul tekan PUBLISH POST.
Whatever it is Brisbane memang best. So kitorang tahu lah sebab kenapa ramai orang Malaysia kat sana tak nak balik Malaysia. Teeettttt!





Lot's of Loveeeeeeeeeee!!!


p/s: Tiba rasa nak jadi Paranormal macam ni.grrrrrr...

Jul 24, 2011

Bila semua terlalu berkasih sayang


Don't be mad guys! 
I really have no idea what the hell we doing..erkk..you doing..ehh..they doing.teeett~~
PEACEEEEE!!!!


Jun 21, 2011

Nadia's Wedding!!

Ingat tak entry Nadia's Engagement last year?
Now, it's time for Nadia's Wedding yawww!!

Gambar ini dicuri di profile Nadia sebab I tak pergi. (-_-)

The Solemnization of Nadia & Aliff
17th June 2011 at her palace.
Ermmm..sorry Nadia, I bukan sengaja tak datang. Ini semua gara-gara MEETING yang tak habis-habis sampai malam. Bila habis meeting tengok jam dah pukul 9..haihhhh~
Confirm you dah selamat Nikah, entah-entah dah nak tutup pintu. (-_-)



Yang penting..
The Reception - 18th June 2011
at Dewan Puspanitapuri, Putrajaya
I'm there and Nadia sangat cantik!!








Awww..Nadia looked absolutely stunning in her white dress!!

Nadia & Aliff,
a very HUGE congratulations as you prepare for your married lives together!hih
I'm sure you will be a very happy married couple!
May Allah bless your marriage and guide you in your new life together. InsyaAllah.
Jom lunch!(^_*)


p/s: Sesuai untuk hadiah kahwin..Samsung Galaxy S2.