Showing posts with label Let's celebrate. Show all posts
Showing posts with label Let's celebrate. Show all posts

Nov 20, 2013

Majlis Perkahwinan Diana Amir a.k.a Dodie





Assalamualaikum..ohh lala..

Alhamdulillah..dah cukup nak 1bulan kawan kita ni Diana Amir a.k.a Dodie selamat jadi isteri orang!! Yeayyy!! Kawan yang dulu musuh yang amat ketat di kala zaman sekolah. Entah apa yang digaduh pun tak tahu. Ermm..biasa lah budak-budak hingusan kan, nak tunjuk terror,gaduh entah hapa-hapa. Ngeee..Lama-lama lepas alam sekolah hingusan melilir tu, tiba-tiba kami menjadi baik sampai la sekarang, baik sampai buat aktiviti nakal pun bersama.Ngehhhh..zaman jahiliyah tak mau cerita la.

Apa yang best lagi,tanpa sedar, dia juga yang bantu saya kepada penghijrahan yang lebih baik. Alhamdulillah..dia kata tak nak penghijrahan tu dia seorang je,share sama-sama benda baik. Dan sekarang ni pun kita masih belajar untuk berhijrah yang lagi baik. She's always encourage me to be a better muslimah. Alhamdulillah. Terima kasih lovee!




Ok, cerita pasal majlis perkahwinan dia hari tu la. Dia buat majlis doa selamat, khatam al-quran dan berinai sekali terus malam tu. Jimat masa dan belanja.hehe





Pelamin yang sangat cantik! 



Pakai inai. Kata dia pakai inai corak bunga-bunga tumbuh tumbuhan boleh. 
Tapi I kurang suka sikit. Tak tahu kenapa. Kakak yang lukis inai ni sangat cekap tau. Dah la sekejap pastu tak de pun kena pakai sellotape. Kemas lak tu. I suka tengok, tapi tak suka pakai. Ngeee. Siapa yang minat boleh contact kakak ni. 








Sempat tau I olzz bergambar dengan David Teo. "Bukan Janji Tapi Pasti"

Majlis nikah hari Jumaat tu, sangat lah rushing mengalahkan lipas kudung sebab balik kerja dah kena pergi Putrajaya (majlis nikah kat Masjid Besi..ala satu Malaysia tau dah kan) pastu pula ke Singapore. Sebelum pergi majlis nikah tu, sempat tau I pergi Mid Valley tukar duit. Memang macam marathon dah. Lari sana sini. Finally settle juga semua. 


Nasib sempat sampai sebelum majlis start


Rasanya photographer lagi ramai dari tetamu. Begini la rupanya majlis artis ya. Ini baru Diana Amir, kalau Siti Nurhaliza dulu macam mana la kan.


Rushing sangat kan.. Lepas dia solat terus salam dia sebab nak terus pergi Singapore. 


Tiqa! Junior time sekolah dulu. Sempat Jejak Kasih. Puas gak kitorang nak ingat nama masing-masing. 
Lama-lama ingat juga. What a small world kan Tiqa?


Intan!!Adik Habib. Suka dengan gaya dan prinsip dia. Cakap pun lembut je,baik je. Comel lak tu.



Eytt jap, cantik kan dia ni? Macam Kimora Lee Simmons kan? 
Sorry ya, ambil gambar curi-curi tapi dia cantik!


Favor dari Pengantin. Kat dalam ada truffle chocolate yang sedap. Yummy!

Dodieeee, Alhamdulillah kamu sudah kahwin. Be a solehah wife ok & thanks for letting me be a part of your wedding. I had a awesome time there! Terima kasih!!
Eyyytt..wedding dress kamu superb gorgeous!
XOXOs..


May 24, 2012

Super Mama


Special for you Super Mama..
But it can't to compare what you give to your love..


Yes, she's Super Mama!!

Why I call her Super Mama?

- She's was Allah's Gift to me. I learned anything and everything from her.
- She gave me the Gift of Life. Without her, I would have died in early stages in life so I owe her. 
- She has super power to wake up very early in the morning (4.30 a.m.) to prepare prepare breakfast and household chores. Then go to her office and sleep at 12.00 a.m. woahhh~
- She taught me the real meaning of LOVE, FORGIVENESS, PATIENCE, RESPECT AND GRACE

WE LOVE YOU SUPER MAMA!!!

May 22, 2012

The Best Birthday Cake Ever


Walaupun dah 2 bulan, rasa terharu dan tak sangka still terasa.
Terngiang-ngiang kat telinga ni..conversation bersama Dania

"Aunty Tish, nak look birthday cake Dania?"
"Mana?"
"Taraaaaaa!!! "
"Hahhhh??"

Tak tahu apa nak cakap hari tu. Tak expect. Sepatutnya celebrate birthday Dania & Dzaquan, tiba-tiba jadi birthday Dania, Dzaquan & Aunty Tish. Haishhh..*tapi terharu jugak sebenarnya cuma tak nak cakap je..ngeee~


Thanks for Mummy and Ibu for amazing lovely surprise. Mak redha je..nyah! 
Actually, it was awesome when I've to share a lovely wonderful pinky cake with my lil dania & my lil dzaquan. Siap ada gambar gitu.
Aunty Tish love you guyssssss!!!
XOXO

Feb 13, 2012

Puteri Harbour bukan Pearl Harbour


Sebelum itu sila tonton Puteri-Puteri Habuk dulu.


Puteri Harbour adalah di Johor. Johor memang awesome! Selain ada Johor Premium Outlet a.k.a JPO yang orang sibuk ceritakan, Puteri Harbour tempat terbaru untuk tourist datang. Kalau pendapat I tempat dia macam ala-ala Marina Surfer Paradise tak pun ala-ala Awana Porto Malai.
Yang bestnya, tak lama lagi kat sini juga ada Lego Land. Awesome kan?
Harapan adalah lebih awesome bila tengok gambar kami di sana, tapi malangnya handphone kami berkamera canggih tidak membantu. Yang penting wajah kami awesome! Erkk?

Mereka lebih awesome!

Yang paling paling palingggg awesome bila dapat attend geng bas sekolah kahwin!
Dinamakan geng bas sekolah sebab kami berempat akan pergi sekolah bergilir gilir di hantar oleh ibu bapa masing-masing setiap minggu. Minggu 1 ayah syuhana, Minggu 2 ayah nana, Minggu 3 ayah shidah dan Minggu 4 mamaku yang tercinta. Wahhhh!rindu saat itu.
Dulu Nana..
Sekarang Syuhana..



Ko memang cantik dan langsing nokk!

2 more 2 go!aiyokkk
Lepas ni?


Shidah!!InsyaAllah..

Dec 9, 2011

Surprises Anniversary Party?


Sumpah terharu! Terharu sangat-sangat.
Walaupun setelah merajuk dan selepas lupa 19 hari, I'm still touched.
Siap ada pelakon-pelakon handalan tanpa script lak tu, disebabkan tanpa script la dialog-dialog pelakon handalan jadi merapu. Please lepas ni jadi sutradara yang hebat sikit boleh?
Whatever it is, thank you so much guysssss!!
Love you all!!

p/s: Ini satu lagi entri yang patutnya I post last month tapi baru sekarang tekan PUBLISH POST. Konon-kononnya nak tunggu gambar daripada Si Lelaki bernama Asrul! sorry Asrul, I mention juga nama you!Siapa suruh tak bagi! 
Nampaknya sampai I dah kahwin & beranak pinak nanti dapat tak gambar tu?
Eh, Okay! Peace! Bye! 

Dec 8, 2011

1 Disember 2011, 6 Muharram 1433H detik permulaan

New month, New environment, New location, New friends, New field, New work, New career, New life... Everything's NEW!

1st December 2011 / 6 Muharram 1433H
I'm beginning a new phase of my life and starting a new job.
What a great way to start the Muharram.. I'm feeling really grateful!  Please wish me luck and have a good future here!! I may need it!  InsyaAllah..but I'm still nervous!!grrrr..
Is it true?? Nahhhh,you should think the best for yourself dude!! p/s: I should post this entry last week but I forgot to click PUBLISH POST! Boooooo ME! Erk?

Sep 4, 2011

Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!!
Maaf atas salah silap yang disengajakan. Yela..contohnya macam sekarang, dah lama baru nak update blog. Dah penuh habuk dan sawang ni.erkk
Maaf ya. Bukan disengajakan.
Ermmm..untuk u olz meh i show off gambar raya ye..sebagai ubat rasa bersalah..ehh?



Kami gadis bunga bersama jejaka malu tapi mahu 









Dah puas gembira, esok dah start kerja! Kembali stress! Adusss!
Hidup mesti diteruskan!
Semoga berjaya dan tabah mengharungi cabaran dugaan dunia. (ayat pujuk diri sendiri)


p/s: Selamatnya menyambut MERDEKA juga!!


Mar 19, 2011

13 March 2011 at Highgate Hill Park



 
I had the best Birthday Celebration ever!
Yup!It was the first time I'm celebrate my birthday at oversea, Aussie!
Bak kata Che'As "Awww..kelas u'ollz!!"



theme? wedding garden opsss! birthday garden la konon-kononnya.

Dah tua pun ada blowing candle light gak ke?huhu

The best thing was Nasi Lemak Hampstead Road by Che'As!! 
Nasi Lemak tak kan hilang di dunia!








Our guests






Like what I said in previous entry, Thank you for making my 25th birthday the best day ever!!
Thank you so much all my darlingsssssssss!!

Feb 23, 2011

Si Gadis Sopan Menyambut Hari Jadi!!

Yeaaayyy!!Effa's Birthday Celebration!!










Happy Birthday Effa!!!
Ermm..I mean happy belated birthday
May this year bring you a step closer to your life goals!!
~Superhugsssss~





p/s: Effa, I really love to upload that celebration video. Tapi tak boleh..tak tahu..maybe size besar sangat kot.tak pe nanti I try lagi ok?

Jan 31, 2011

Princess D's Birthday

Hari Sabtu we celebrated Princess Dania's Birthday, eh bukan Princess Rania tu tau. 
Ini Princess Dania yang gedik macam Awan Dania tu.
Last week birthday dia, tak sempat celebrate so terpaksa lah celebrate lambat sikit.


Raspberry Cheese Cake!!Kegemaran Aunty dia!!(^_*)
Fuhhh! Tempias air liur
Pudding Caramel!!
Lasagna Bolognese
Mee Sup Mamak
Sate Kajang Hj. Samuri


Mostly, gambar makanan kan? Biasa lah. Orang kuat makan.
Happy Belated Birthday Princess Dania!!