Jan 31, 2011

Princess D's Birthday

Hari Sabtu we celebrated Princess Dania's Birthday, eh bukan Princess Rania tu tau. 
Ini Princess Dania yang gedik macam Awan Dania tu.
Last week birthday dia, tak sempat celebrate so terpaksa lah celebrate lambat sikit.


Raspberry Cheese Cake!!Kegemaran Aunty dia!!(^_*)
Fuhhh! Tempias air liur
Pudding Caramel!!
Lasagna Bolognese
Mee Sup Mamak
Sate Kajang Hj. Samuri


Mostly, gambar makanan kan? Biasa lah. Orang kuat makan.
Happy Belated Birthday Princess Dania!!

Jan 30, 2011

Jom Masak Masak Kek Batik!!

Terngiang-ngiang bila orang cakap "Sedapnya kek batik zetty", "Pandainya you buat kek ni", "Rajinnya masak"
Awww..so blushing. Padahal korang semua nak jaga hati I kan.
Eleh..tahu la..
Tapi TAK PE disebabkan I kena puji sampai besar hidung I ni, dengan ini I baik hati nak share resepi Kek Batik. Tahu tak macam mana Kek Batik tu? Eh, bukan kain batik tau. Kain batik tu tak leh makan. Kek Batik ni bukan takat boleh makan, tapi boleh save budget sebab barang untuk buat dia simple dan murah!


Barang-barang untuk buat kek batik!! 

Bila dah ada barang-barang ni boleh lah start buat Kek Batik yang Enak. Simple je kan?
Mula-mula cairkan Buttercup dulu ok?


Buttercup dipanaskan



Pecah-pecah kan biskut Marie & masukkan MILO pulak. Hah, cakap pasal MILO ni, bila you all dah beli MILO boleh lah masuk contest MILO FUZE. Perut kenyang, hadiah pun dapat. Whoahhh! 



Then masukkan lah buttercup yang dah cair tadi, susu pekat dan kalau nak sedap lagi campurkan lah kacang tanah yang dah dimasak sekali. Gaul dan ratakan semua!




Dah rata semua, masukan dan padatkan bancuhan tadi kat cake mould dan masuk kat peti ais untuk keraskan.


Banyak betul masuk masuk kan? 
Ermm, macam mana?boleh jadi host masakkan tak? (^-*)



Dah siap! Boleh potong!


Bukan gambar sebenar. Bila kek dah potong, tak sempat dah nak diselamatkan.
Dah terkorban. (^_^)

Sesiapa nak save budget untuk celebrate birthday sesiapa boleh try buat Kek Batik ni!

Jan 24, 2011

OUR BAD WEEKEND!


OUR = My Blacky(kereta kesayangan ku) & ME

Adusss!Tak tahu lah apa lah nasib kami.

Hari Sabtu = 22 Januari 2011
I parked My Blacky dekat dengan Mid Valley to fetch Eja, tiba-tiba ade teksi merah knocked and scratched my Blacky from behind leaving a deep scratch. 
Yang paling teruk, teksi tu run off!!
TEKSI KEJAM!!
Kesian Blacky..

Damn!Deep scratch.
Hari Ahad = 23 Januari 2011
Sometimes you have moments where you lose your mind. This happened to me last night.
 I lost my car keys at the Pasar Malam.
Arggggggggghhh!!
(-_-)

update: Alhamdulillah..I found my car keys!!!!opsss..not me but my Ayah!!Terima kasih ayahku!!Sayang kamu banget ni!!

Jan 23, 2011

Lee Chong Wei MENANG lagi!!

DATUK LEE CHONG WEI vs TAUFIK HIDAYAT

dalam Final Malaysia Super Series 2011

DATUK LEE CHONG WEI MENANG yawww!!
21-8 dan 21-18


Tahniah!!Kamu hebat, Lee Chong Wei!!!

Makanan Itali yang Murah?

Teringin tak nak makan pizza?pasta?Lagi best kalau bila ada ice lemon tea?
Whoaaahh!!Nyum..nyum..nyum..kan?
Pernah dengar ALLEGRO CAFE kat Subang Jaya?
Haahh!Meh sini saya yang baik hati ni (lari pergi toilet..bluweeek) nak bagitahu MilkADeal nak bagi  voucher RM15 untuk makan pizza or pasta + ice lemon tea kat Allegro Cafe, Subang Jaya. Biasanya harga untuk tu semua RM36 per person, bila dah ada voucher tu cuma RM15 per person je. Baik kan hati saya..eh MilkADeal ?
Ehh, tapi kan kena beli cepat tau. Change nak beli sampai esok je.
 Ade masa 1hari,5jam je lagi.
 Lepas tu MilkADeal tak bagi dah.
Pernah tak pergi Allegro Cafe? Dengar cerita environment kat sana cantik. 
Tak percaya? Tengok lah ni





Orang cakap tak percaya. Sudah! Tutup mulut tu.
 Kalau nak voucher RM15 tu cepat beli sekarang,

MILO nak bagi hadiah!!!

Siapa tak pernah minum MILO?
Saya! Ok.Nampak sangat tipu kan?
Semua orang mesti dari kecik sampai besar.
Sekarang MILO nak bagi kita hadiah, so apa lagi Jom lah!!
Ingat senang ke orang nak bagi hadiah dengan main game je?
Cepat!Cepat! Click kat sini MILO® FUZEJAM-PACK & enjoy your game!!!
Eh, sebelum tu I nak bagitau syarat-syarat nak join game ni
kena beli MILO FUZE  & kena ada Facebook 
 Baru boleh join.
Good Luck guysss!!



Jan 21, 2011

Dania yang berangan macam Awan Dania









Hari ni 21 Januari 2010 Si Gedik saya Dania Khairina yang berangan dia tu cantik macam Awan Dania dah 3 tahun!!!
"Wahh, dah besar dah anak dara dah boleh kahwin" ayat tipikal orang Melayu kan?
Tapi Dania pernah cakap kat Mama "Mama Tok..Neeya nak tawin la..tawin best" 
Macam mana budak umur 2tahun tahu kahwin tu best.haishhh.
Mama pun jawab "Bagi lah Aunty Ezz (saya la tu) kahwin dulu ok?"
Eh,tiba-tiba kan?
Jeling kat Mama dan terus blah dari situ.
Apa-apa pun, 
Happy Birthday My dear darling Dania comel tapi perasan cantik!! 
You really brighten up my life!! Love you so muchhhhh darling!!!
Macam lah Dania boleh baca kan..(-_-)

Jan 20, 2011

Aku Bukan Samseng Jalan Raya

Whoaa!So drama! Hey,but I'm NOT Samseng Jalanan V3 or Samseng Jalan Raya la!! 
I've no idea what the hell I'm doing last Monday night (maybe because of Monday Blues kot).This is probably the craziest thing that has ever happened to me. If you part of my friend lists in Facebook, you would have known already. For those who don't know what the fcuk i'm talking about, here the story. Ehh, kenapa tiba-tiba nak speaking London ni?
Maklum lah baru semalam meeting dengan Mat Salleh yang berspeacking London. 
Lidah pun tak betul lagi. Sila ambil vessel besar kat bilik air.Bluweeekk!
Sudah sudah cukup! Let's get back on topic, peeps! (eh,speacking lagi?sudah ok!baiklah~)
Macam biasa I balik office memang traffic jam tak payah cakap lah kan. Kuala Lumpur ni jam kadang-kadang kalah New York City. Hebat kan?Hebat dengan jam yang menyakitkan hati! Ok, tak nak merepek pasal jam. Dalam I tengah panas hati pasal jam
Ada satu junction yang time tu I nak turn left tiba-tiba satu kereta Honda yang memang kurang sopan tak bagi salam, tak de budi bahasa across depan I nak turn left jugak. 
"Hello!Kita ni rakyat Malaysia kaya dengan budi bahasa, kalau tak reti nak bagi salam bagi signal. Apa lah!!"
I pun dengan marahnya hooted sekuat hati kat dia pastu I terus switched high beam kat dia dalam 2-3 minit gak la. Memang dah agak dia akan panas hati, dia slow then berhenti kat kiri jalan.
Bila I dah kat depan dia, dia pun apa lagi high beam kat I balik lah. Malang untuk dia, I potong orang depan dan terus ke depan. So dia akan high beam kat orang belakang lah kan? Panas lah hati dia yang memang dah terbakar tu. Dia pun potong lane orang belakang tu dan start himpit kereta I ke kiri. Goshhh!
"Oiit!tak sayang kereta ke?No.plat baru. Kereta mahal."
Bila dia dah himpit ke kiri, yang I ni pulak  himpit dia ke kanan arah jalan dan dia lagi lah himpit I balik ke kiri sampai dah nak accident I pun hooted sekuat hati dan kereta lain hooted sama.
Dekat traffic light, tiba-tiba dia keluarkan kepala bebel-bebel apa entah kat I sambil tunjuk vulgar sign with his fingers.(astaghafirullalazim) I pun dengan muka kerek dengan berani cakap
"Apa?Apa?Apa hal?"
Bila lampu hijau terus dia jalan dengan laju.


Sempat jugak I raba-raba handbag cari camera untuk catch gambar si Honda ni


Bila fikir balik, Astaghafirullalazim. Kenapa lah I seberani tu buat kat orang. Mungkin memang tengah marah dan penat kot, sebab tu masa time class driving class dulu cikgu nasihat jangan memandu dalam keadaan marah. Ermmm. ok!

Muka suci bila dah jadi Samseng Jalan Raya.

Bila kat rumah cerita dengan Bapa, Bapa berkata 
"apa nak jadi ni anak dara ayah ni jadi Samseng Jalan Raya."'
 Sampai hati beliau berkata begitu. (-_-')


nota kecil: 20 kali internet break down time blogging ni gara-gara broadband ni.adusss~

Jan 19, 2011

Break down!

Broadband problem kat rumah problem..PC kat office pun problem..
Adusss!
Banyak benda nak story mory sebenarnya, tapi tak de rezeki.
nanti bile semuanya dah ok. I sambung blogging balik OK?

Eh,esok cuti kan? hoyeaaaaaayyy!!
Happy Thaipussam & Happy Holiday!!

Jan 18, 2011

Look at YOURself BEFORE JUDGING OTHERS

Our beloved Prophet Muhammad (Peace and salutations be upon him) said,
Should you become eager to mention another’s faults, recall your own“ (Ar-Rafi)


Jangan pandai cakap ORANG,
Kita pun SAMA

Jan 17, 2011

Will All-American Reject come to Malaysia again?


  All American Reject's Concert
The Best Ever Moment in 2009.
I know..I know..I'm so ketinggalan zaman.
But I really miss Nick Wheeler, erkk? (^_*)

Please come to Malaysia again!!

Nick cuteee!
I really adore him even though he's gay!auccchh~


            Let's sang together yawww;
I can't explain myself at all.
And all the wants
And all the needs
All I don't want to need at all.
The walls start breathing

My mind's unweaving
Maybe it's best you leave me alone.
A weight is lifted
On this evening
I give the final blow.
When darkness turns to light

It ends tonight
It ends tonight.

Jan 14, 2011

Kuala Sepetang banjir

Sekarangkan sibuk Queensland banjir teruk dari last year kan?Kedah dan Terengganu pun banjir teruk. Rupa-rupanya ada jugak tempat yang banjir tapi tak diberitahu pun kat tv,radio & newspaper.
Apa la kan, media ni tak alert langsung Kuala Sepetang banjir. Haisshhh.(^_*)

Mee Udang Banjir yang ENAK!!!

MEE UDANG BANJIR KUALA SEPETANG!!
Banjir la jugak kan? (-_-')
BANJIR dengan kedai MEE UDANG BANJIR. Kan banyak perkataan banjir tu.
Rupa-rupanya Kuala Sepetang ni famous dengan MEE UDANG BANJIR!!
Banyak kedai kat Kuala Sepetang ni kita boleh makan Mee Udang.

Warung Mak Teh Mee Banjir Udang.
 Kitorang pilih Warung Mak Teh Mee Banjir Udang.Ni pun suggestion dari kawan CO, so kitorang yang macam rusa masuk hutan ni pun ikut je lah macam lembu dicucuk hidung.
Berperibahasa la pulak. Tapi memang sedap la. Udang pun best.
 
ABC banjir!
 Warung Mak Teh tu pun ade Ais Batu Campur a.k.a ABC banjir!!
Tak banjir. Suka hati ko je tambah banjir.

Sambungan reunion.

Jan 13, 2011

Roaster healthy Eating Day = RED Day!!

Ramai kan orang beratur?

Sampai gegar Jusco

Ini semua sebab Roaster Healthy Eating Day by Kenny Rodgers!!
Ramai betul orang semalam, beratur panjang dekat Kenny Rodgers.
Actuaally I sendiri pun tak tahu yang semalam Roaster Healthy Eating Day, jalan-jalan lepas kerja sementara nak tunggu traffic jam kurang. Boleh kurang ke traffic jam kat KL ni? Ermmm..kurang la sikit kereta kalau nk compare pukul 6 petang dengan 8.30 malam kan.Bila nampak ramai orang queue panjang, I pun menyibukkan diri tanya kat staff Kenny Rodgers tu.So time tu lah tahu dan I pun tak ketinggalan nak juga buy 1 Kenny’s Quarter Meal Free 1  Kenny’s Quarter Meal. Biasanya 1 Quarter Meal RM15.90 per plate jadi lah RM7.95 perplate
Wahhh!!memang best cuma yang tak berapa best 3 site dishes and muffin diorang pilihkan. Tak apa janji kenyang.(^_*)

I just showed my red purse!!

Berbaloi-baloi!!

Jan 8, 2011

Senyum~



No matter how grouchy you're feeling,
You'll find the smile more or less healing.
It grows in a wreath.
All around the front teeth,
Thus preserving the face from congealing.
~Anthony Euwer

Jan 6, 2011

Happy Birthday Kampung Baru!!!


6 Januari 1900 diwujudkan dan hari ni 6 Januari 2011
so Kampung Baru dah umur 111 hari!!
Wahhh!!Tuanyeeeee!
Apa-apa pun Kampung Baru makanan memang best.

Gambar ni tak pasti bubur lambuk Kg Baru ke tak.


Bubur Lambuk Kampung Baru!!!
Memang tak dapat tanding dengan bubur lambuk seantero dunia!!
Selalunye bubur lambuk ni akan famous bila bulan puasa dan orang ramai akan serbu Masjid Jamek Kg. Baru untuk dapatkan bubur enak ni. 
Sekarang bulan tak puasa pun ade cuma kena beli lah dan tak pasti kesedapannya.

Bulan Ramadhan, masak bubur lambuk beramai-ramai kat Masjid Jamek Kg. Baru


Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru!!
Nasi lemak kat Kg. Baru memang marvelous, sekarang ni pun dah commercial kan so tak payah la susah-susah datang Kampung Baru. Yela, kat Jusco pun ada Nasi Lemak Antarabangsa.
Tapi kan rasa sedap dia tak sama dengan nasi lemak antarabangsa kat Kg. Baru tu. Tak pasti kenapa?Ermmm...

nyum..nyum..nyum..

 Steak yang lazat.
Makanan Western kat Kg. Baru ni bukan takat murah tapi sedap.
Tempat I selalu makan kat Kampung Baru ni HR Steak House. Memang murah.
Kalau makan macam makanan kat atas tu kat TGI Friday ke, Tonny Roma's ke confirm dah RM300-RM400 kan?

Makanan semua ni lebih kurang RM50.
HR Steak House dekat dengan Masjid Jamek

Banyak lagi makanan-makan yang enak-enak, takut terliur lak kat sini. 
Betul kata orang, Kampung Melayu memang Syurga Makanan!!

Happy Birthday Kampung Melayu!!

Jangan Sentuh Saya!!

Attention to Jelitawan-Jelitawan dan Gadis-Gadis Cantik,


kalau orang cuba buat sentuh,pegang,kat bahagian-bahagian tu
JANGAN MALU jerit;
JANGAN SENTUH SAYA!

Jan 5, 2011

Bila gigi saya ronggak!

Braces saya sudah berumur 1bulan.
2nd Appointment dengan Doktor Zahrin.
Yaaaaa, Beliau rongak kan gigi saya!!

Ohhh..Tidaaaakkk!!!
2 batang atas 2 batang bawah. Adusss! Boleh pengsan tau kalau tengok.
Sebelum cabut tu, dia injection mulut dan gusi guna bius, awww..gile tak sakit.bius tu nanti tak de lah diorang terkejut dengar jeritan batinku ni bila cabut gigi nanti.
Bila dah bius tu sumpah tak sakit. Kalau sakit bukan bius la namanya kan.
Mulut time tu memang dah rase cam mulut Angelina Jolie campur Ning Baizura campur Meagan Good campur Jay Z campur Kim Kardashian. Banyaknya campur? Ye, susah nak digambarkan. Tapi itu yang dirasa.huhu.
Kebas gila sampai hidung nak bernafas pun susah. Betul la kan hidung bernafas?
Lepas dah cabut, doktor suruh balik dan datang pagi esok untuk pasang bracket.
So hari ini gigi saya sudah ada bracket yang cantik.



Kali ni, PURPLE menjadi pilihan!!
Ingat nak pilih pelbagai colour tapi nanti takut pulak kalau pergi meeting confirm orang lagi kate saya macam budak-budak.haisshh..untuk menjadi kelihatan lebih matang dan skema pilih 1 colour je la.( -_-)

Warning!!
Cuma nak ingatkan sesiapa yang baru cabut gigi jangan gatal-gatal gigit kuat-kuat kapas yang kat gigi berdarah tu dan jangan ngada-ngada tunjuk ganas bila cabut kapas tu dengan kasar. Takut ubat tahan darah tu melekat kat kapas, nanti jadi Raja Bersiung pulak makan darah. Raja Bersiung tak pe lagi makan darah orang ni darah sendiri.e...yeeeeeww~~
Ya,experience sendiri. Semalaman kot telan darah sendiri. Sadiskan? 
 Ya, saya lah waris Raja Bersiung (-_-')

Jan 4, 2011

Makanan di awan biru

Walaupun dah terdelay 4 hari nak juga wish
HAPPY NEW YEAR 2011!!!!
Amacam New Year korang?
Best?
Tak begitu best untuk diriku ini. Celebrate new year di awan biru.
 Orang lain syok-syok cuti celebrate Malaysia menang AFF Suzuki Cup dan jerit-jerit kat KLCC celebrate New Year. Ini semua gara-gara berkhidmat untuk negara.


Tapi MAS buat diriku begitu berharga dengan memberi sesuatu yang best!

Apakah yang ada di dalam kotak ini?Jeng..jeng..jeng

Taraaaaaaaaaa!!
*sambil membuat gaya dania yang tangan dia ke atas mulut ternganga.
Sila layan kan ye.
Yuppp!makanan!I kan suka makan so excited la bile jumpa makanan. nyum..nyum..nyum..
Kire ok la kan tak dapat ayam turki yang besar tu dapat makan ayam turki kecik ni pun jadi lah kan.


Yang ini pulak makanan bila balik ke tanah air.
Cheewah!konon-konon K.K. dengan K.L jauh la kan padahal 2 jam je.


 Sumpah chicken beriyani sedap ok!
Plus I memang lapar gile kan so memang la sedap. Thank you MAS!

So kawan-kawan macam mane dengan New Year? Azam baru? 
Erkk..kenapa setiap kali new year kena ade azam baru eyy? Kenapa tak buat hari-hari?Hmmmm..