Jan 5, 2011

Bila gigi saya ronggak!

Braces saya sudah berumur 1bulan.
2nd Appointment dengan Doktor Zahrin.
Yaaaaa, Beliau rongak kan gigi saya!!

Ohhh..Tidaaaakkk!!!
2 batang atas 2 batang bawah. Adusss! Boleh pengsan tau kalau tengok.
Sebelum cabut tu, dia injection mulut dan gusi guna bius, awww..gile tak sakit.bius tu nanti tak de lah diorang terkejut dengar jeritan batinku ni bila cabut gigi nanti.
Bila dah bius tu sumpah tak sakit. Kalau sakit bukan bius la namanya kan.
Mulut time tu memang dah rase cam mulut Angelina Jolie campur Ning Baizura campur Meagan Good campur Jay Z campur Kim Kardashian. Banyaknya campur? Ye, susah nak digambarkan. Tapi itu yang dirasa.huhu.
Kebas gila sampai hidung nak bernafas pun susah. Betul la kan hidung bernafas?
Lepas dah cabut, doktor suruh balik dan datang pagi esok untuk pasang bracket.
So hari ini gigi saya sudah ada bracket yang cantik.



Kali ni, PURPLE menjadi pilihan!!
Ingat nak pilih pelbagai colour tapi nanti takut pulak kalau pergi meeting confirm orang lagi kate saya macam budak-budak.haisshh..untuk menjadi kelihatan lebih matang dan skema pilih 1 colour je la.( -_-)

Warning!!
Cuma nak ingatkan sesiapa yang baru cabut gigi jangan gatal-gatal gigit kuat-kuat kapas yang kat gigi berdarah tu dan jangan ngada-ngada tunjuk ganas bila cabut kapas tu dengan kasar. Takut ubat tahan darah tu melekat kat kapas, nanti jadi Raja Bersiung pulak makan darah. Raja Bersiung tak pe lagi makan darah orang ni darah sendiri.e...yeeeeeww~~
Ya,experience sendiri. Semalaman kot telan darah sendiri. Sadiskan? 
 Ya, saya lah waris Raja Bersiung (-_-')

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!