Nov 20, 2013

Majlis Perkahwinan Diana Amir a.k.a Dodie





Assalamualaikum..ohh lala..

Alhamdulillah..dah cukup nak 1bulan kawan kita ni Diana Amir a.k.a Dodie selamat jadi isteri orang!! Yeayyy!! Kawan yang dulu musuh yang amat ketat di kala zaman sekolah. Entah apa yang digaduh pun tak tahu. Ermm..biasa lah budak-budak hingusan kan, nak tunjuk terror,gaduh entah hapa-hapa. Ngeee..Lama-lama lepas alam sekolah hingusan melilir tu, tiba-tiba kami menjadi baik sampai la sekarang, baik sampai buat aktiviti nakal pun bersama.Ngehhhh..zaman jahiliyah tak mau cerita la.

Apa yang best lagi,tanpa sedar, dia juga yang bantu saya kepada penghijrahan yang lebih baik. Alhamdulillah..dia kata tak nak penghijrahan tu dia seorang je,share sama-sama benda baik. Dan sekarang ni pun kita masih belajar untuk berhijrah yang lagi baik. She's always encourage me to be a better muslimah. Alhamdulillah. Terima kasih lovee!




Ok, cerita pasal majlis perkahwinan dia hari tu la. Dia buat majlis doa selamat, khatam al-quran dan berinai sekali terus malam tu. Jimat masa dan belanja.hehe





Pelamin yang sangat cantik! 



Pakai inai. Kata dia pakai inai corak bunga-bunga tumbuh tumbuhan boleh. 
Tapi I kurang suka sikit. Tak tahu kenapa. Kakak yang lukis inai ni sangat cekap tau. Dah la sekejap pastu tak de pun kena pakai sellotape. Kemas lak tu. I suka tengok, tapi tak suka pakai. Ngeee. Siapa yang minat boleh contact kakak ni. 








Sempat tau I olzz bergambar dengan David Teo. "Bukan Janji Tapi Pasti"

Majlis nikah hari Jumaat tu, sangat lah rushing mengalahkan lipas kudung sebab balik kerja dah kena pergi Putrajaya (majlis nikah kat Masjid Besi..ala satu Malaysia tau dah kan) pastu pula ke Singapore. Sebelum pergi majlis nikah tu, sempat tau I pergi Mid Valley tukar duit. Memang macam marathon dah. Lari sana sini. Finally settle juga semua. 


Nasib sempat sampai sebelum majlis start


Rasanya photographer lagi ramai dari tetamu. Begini la rupanya majlis artis ya. Ini baru Diana Amir, kalau Siti Nurhaliza dulu macam mana la kan.


Rushing sangat kan.. Lepas dia solat terus salam dia sebab nak terus pergi Singapore. 


Tiqa! Junior time sekolah dulu. Sempat Jejak Kasih. Puas gak kitorang nak ingat nama masing-masing. 
Lama-lama ingat juga. What a small world kan Tiqa?


Intan!!Adik Habib. Suka dengan gaya dan prinsip dia. Cakap pun lembut je,baik je. Comel lak tu.



Eytt jap, cantik kan dia ni? Macam Kimora Lee Simmons kan? 
Sorry ya, ambil gambar curi-curi tapi dia cantik!


Favor dari Pengantin. Kat dalam ada truffle chocolate yang sedap. Yummy!

Dodieeee, Alhamdulillah kamu sudah kahwin. Be a solehah wife ok & thanks for letting me be a part of your wedding. I had a awesome time there! Terima kasih!!
Eyyytt..wedding dress kamu superb gorgeous!
XOXOs..


No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!