Aug 6, 2010

Anugerah Polis Traffik Terbaik!!!


Dengan ini saya menganugerahkan Polis Traffik Terbaik adalah En. Polis Traffik yang menjaga traffik  di hadapan Desa Tun Hussien Onn dan Taman Setiawangsa!!


Huwwaaaa..suke-suke je kan I bagi anugerah kat orang!!Apa kau ingat ko Ketua Polis Negara?!
Bukan apa, dah bertahun-tahun i drive kereta cehhh..macam dah lame sangat je drive kereta kan, kebanyakkan polis traffik yang I jumpa dekat jalan-jalan di Kuala Lumpur ini semua tidak boleh kalah kan dia,dia memang police traffic terbaik!!Bagi I, dia jalankan kerja-kerja menjaga traffik time-time jem sangat la efektif, compare dengan polis-polis trafik yang lain hanya tumpukan pada sesuatu junction saje! wahhh!macam pilihanraya la pulak
 dia tak bias, semua junction dilayan dengan adil dan saksama so tak ada lah mulut I ni merunggut sebab tunggu turn lama sangatkan..


Cuba kita fikir balik, kerja sebagai polis traffik ni sebenarnya mencabar dan kena banyak sacrifice kan? walaupun hanya berdiri  tengah-tengah jalan dan hanya beri arahan kepada kepada pemandu-pemandu kenderaan tapi kita kena ingat dia berdiri di tengah-tengah kesibukkan jalan raya, jalan yang penuh dengan kenderaan bergerak, dalam masa yang sama juga dia kena adil supaya tak ada siapa yang marah dan tak puas hati. Kalau orang marah dia pulak kena langgar nanti..huhu
Apa-apa pun, Salute la kat Encik Polis Traffik ni!!

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!