Nov 17, 2010

Lembu itu kacak kan?




Betul kan dia kacak?comel sangat!
Siap pandang kamera lak tu, macam tahu-tahu je orang nak ambil gambar dia.
Memandangkan rumah saya berdepan dengan masjid so tiap-tiap raya korban mesti saya sangat excited dan menjadi jakun tengok lembu kat masjid. Semalam balik kerja tengok lembu dah ada, tiba-tiba rasa tak sabar nak tunggu hari ini.


Ohh, ye ini pun peminat setia lembu sama seperti aunty nya yang comel ini. Opss,sila jangan muntah.
Kami memang terpukau dan terpesona bila nampak lembu seakan mahu terkam je.
 Setelah dikira satu persatu ada 7 ekor lembu yang berwajah suci ditambat kat pokok-pokok dalam masjid.
Akibat excited yang melampau 200 lebih gambar telah dihasilkan tadi. Fuyyooo! Sudah-sudah! cukup! Nama pun si jakun.. (-_-)
Apa-apa pun nak show off jugak gambar-gambar tu;

Lembu ni kena ikat dulu baru disembelih.

Mereka bertakbir dulu sebelum sembelih.

Selamat disembelih darah mengalir. Wahh,bestnya lembu itu sudah ada bau syurga untuk mereka.


Ini proses melapah daging pulak. Buang kulit dan potong-potong daging. 
Eh,sekejap macam kenal je si baju peach itu.


Zoom in please!
Ohh, itu abang saya, sejak bila dia pandai melapah daging lembu ni. Tapi percaya lah selepas 5 minit ambil gambar ni,dia balik rumah dan mengomel "Pisau tu sekejap je dah tumpul, Parang pulak tak de camna nak lapah" lebih kurang macam tu lah dia bising-bising tadi.
Ok,tak pe Abang Lan alasan anda diterima. (^_*) Kamu tetap rajin di mata kami.

Ermm,sudah la tu ye, tak kan nak upload semua. Banyak sangat nanti lambat pulak you nak tunggu gambar loading.
Eleh, padahal malas sebenarnya. 
Sengih seperti kerang busuk di sini.

Salam AIDILADHA Semua!!

p/s: I ada minta seseorang untuk record video tapi rupanya dia lebih excited daripada I sampaikan I tak tahu apa sebenarnya dia record. Tak apa lah, diriku memang memahami dirimu.

2 comments:

  1. bby..memang superbb rajin!!!

    nk rekod pakai hp mmg laaaa....

    ReplyDelete
  2. yeke?rajin la sangat..15 minit je thn.pastu dah balik..ngeeee~

    eleh..org ln record ok je..bluweek~

    ReplyDelete

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!