Sep 18, 2012

6 Tips untuk Kempiskan Perut ( Flat Stomach)

Ini sebenarnya bukan tips kurus sangat,cuma bila orang tanya macam mana I boleh kurus maintain perut flat. So ini lah jawapannya, harap dapat membantu kalian semua ye. Ewahh!


Ok, ini bukan I ye. Tapi seakan-akan. Bluweeeek! Muntah jom!

1. Sterika Perut
Benda ni macam pelik tapi ini yang selalu I buat, setiap kali 1st period I mesti ambil strerika then gosok kat perut. Ehh, jangan la iron tengah pasang kat elektrik tu. Memang hangus la perut u olzz. Ala-ala bertungku sebenarnya, cuma zaman sekarang memang payah la kan nak bertungku. Macam ni, panas kan iron @ sterika tu dulu. Lepas dah rasa panas dan lampu kat iron tu dah padam, off suis dan sapu la kat perut. Kat seluruh kawasan perut dengan beralaskan towel atau blanket, asalkan kain tu tebal sikit dan dapat seram kepanasan ke perut. Tapi I guna je kain batik, depends la ketahanan perut uolz macam mana. Kalau first time nak try, memang rasa terkejut sikit. Lama-lama dah biasa ok lah. Sebenarnya tu untuk lega kan period cramps tiap-tiap bulan. Boleh jugak jadi tips kempiskan perut sebab kalau tak period cramps pun I amalkan jugak.

2. Minum air suam
Ini semua orang di sekeliling ku sangat mengetahui, I memang suka sangat minum air kosong. Kadang-kadang kalau keluar makan, air kosong lah jugak yang menambat hati. Apa yang penting, kena amal air kosong or air suam minum pagi sebelum breakfast dan malam sebelum tidur. Minum lah banyak 2-3 gelas kalau 1 teguk je macam mana nak cuci perut dari sisa-sisa yang kurang sihat tu.

3.  Makan perlahan-lahan
Disebabkan I pakai braces,jadi memang sangat terhad pemakanan yang akan dimakan. Makan pun memang sangat slow motion kadang-kadang orang dah habis makan siap makan dessert, I tak habis-habis lagi. Kalau perli-perli cakap lah sunah Nabi kunyah 44 kali. Padahal, nak kunyah makan ni stress je rasa. Makan kunyah 44 kali memang berkesan. Sila amalkan, biar lambat asal perut maintain.

4.  Makan tak bersulam air
Time makan sila jauhkan diri anda dari air. Itu memang selalu I praktis, kalau ada pun lepas habis makan baru sedut air tak pun kalau dah tersedak. Tu pun sedikit je. I memang kalau order air kat kedai makan, selalu je kena marah sebab tak habis. Ngeeeeeee~

5. Minum air masam
Tips yang ni agak kurang sihat sedikit, selain air kosong I selalu minum air limau suam. Ye, I memang sangat suka sangat benda masam. Air jus kedondong, air limau, air apple dan semua air yang masam lah. Tapi kalau perut you olz tak tahan jangan cuba tau. Air berasid akan buat perut u olz sakit kalau tak tahan dan benda berasid ni jugak boleh membakar lemak kita. wink~




6. Genetik
Ya, ini adalah jawapan paling tepat. Mungkin sebab genetik I memang kurus, sebab mostly my sisters pun kurus jugak dan mungkin juga sebab I muda lagi lepas kahwin tak tahu macam mana kan? Tapi tips kat atas tu memang selalu I amalkan.

Selamat mencuba!! (^_*)

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!