Feb 11, 2011

Ujian Pap Smear?

Dulu I pernah bagitahu pasal Kanser Servik kan?
So dah buat ujian pap smear belum?
Mengaku cepat!
CONFIRM BELUM!
Last week kat office ni ada buat Healthy Week.
So time lunch I pun sempat lah jadi reporter professional (bluweeekk..muntah jom!) sekejap tanya pakar kesihatan kat situ pasal pap smear ni.
Diorang pun mengakui memang ramai Wanita yang still tak tahu pasal Kanser Servik dan betapa pentingnya ujian pap smear.(o0)
so apa lagi?
 Mari semua kakak kakak, mak cik mak cik, adik adik!!! Mari!Mari!Dekat!Dekat!Dekat!
(nada pekerja Jusco yang pegang handheld ada diskaun 80% )

BACA NI!!!!

INFO PAP SMEAR!!


1. Ujian Pap Smear untuk kita dapat pengesanan awal kanser servik, so bila awal masih dapat diselamatkan lagi. Bila penyakit dapat dikesan,sel-sel serviks bertindak tidak normal, tapi depends tahap serious penyakit tu. Kadang-kadang ianya menunjukkan perubahan sel yang berpunca dari jangkitan pada vagina atau serviks dan perubahan sel tu selalunya akan sembuh sendiri dengan treatment yang betul. So mana lah tahu kan, kita sebenarnya ada penyakit tu, at least kita boleh dapatkan treatment lebih awal.



Jangan lah takut tengok gambar kat atas ni ok, cuma masukkan spekulum ke dalam vagina untuk ambil sel-sel kat permukaan serviks dan letak kat slaid kaca untuk diperiksa di makmal.

2. Bukan Wanita yang dah kahwin atau pernah melakukan seks je yang kena buat ujian pap smear ni tau. Semua gadis, anak-anak dara sunti ke tak sunti ke, semua lah asalkan berjantina PEREMPUAN kena tau! Especially wanita berumur 65 tahun ke atas!
Lagi nak bagitahu untuk gadis sunti yang tak pernah lakukan seks pap smear ni untuk dapatkan vaksin bagi lindungi dari kanser servik pada masa depan. (Terima kasih, kepada yang mengingatkan saya..jasamu akan ku kenang)

3. Bukan sekali kita pergi ujian pap smear kita boleh tahu kita ada kanser servik tau, kita  kena buat 3 tahun 1 kali, tapi bagi wanita yang aktif seks (maksudnya wanita yang berkahwin) pemeriksaan kena buat tiap-tiap tahun dan wanita yang berisiko tinggi atau pernah ada keputusan tak normal kena ulang pemeriksaan 6 bulan sekali.

4. Pemeriksaan ujian pap smear ni boleh buat bila-bila masa selepas haid (period) tapi kalau pernah jalankan operation buang rahim tak perlu lah kot ujian pap smear.

5. Keputusan ujian pemeriksaan selalunya ambil masa 2 minggu untuk diperiksa dan diteliti.

6. Melalui ujian pap smear kebanyakkannya keputusan diperoleh normal dan cuma sesetengah wanita sel-sel mungkin tak normal dan akan menunjukkan peringkat awal kanser.

7. Jika ada tanda-tanda awal kanser kawan-kawan jangan lah takut, tak bermakna menghidap kanser kena rujuk dulu dengan doktor pakar sakit puan untuk step pemeriksaan yang lain macam Colposcopy dan Biopsi. Colposcopy tu mikroskop khas akan tengok bahagian dinding serviks dengan lebih jelas dan Biopsi pula sedikit tisu akan diambil untuk periksa bawah mikroskop dan baru boleh dapat keputusan samaada kita penghidap kanser servik.


CEPAT!!
Lakukan Pemeriksaan Pap Smear Hari Ini!!

4 comments:

  1. betul2, ujian pap smear sangat penting untuk kesan kanser. :) nak g buat lah ujian ni.

    ReplyDelete
  2. ujian nie bole dilakukan utk anak dara?
    mcm mana nk masukkn alat tu dalam vagina?
    adakah ia akan menganggu kedaraan seseorg itu?

    ReplyDelete
  3. cop. yang belum berkahwin pun boleh buat juga ye?

    ReplyDelete
  4. Silap info disitu, untuk yg belum kahwin untuk dptkan vaksin.Terima kasih kerana perasan..Ampun...jgn marah

    ReplyDelete

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!