Sep 22, 2010

Cendol Kuala Pilah~


Sesiapa yang pernah tinggal atau kampung di Kuala Pilah mesti pernah makan Cendol di Kuala Pilah kan? 

KP Cendol Corner ni memang famous kat Kuala Pilah. Sejak I kecil lagi setiap kali balik kampung mama dan ayah mesti bawak kami adik beradik makan cendol ni.
Dah jadi kebiasaan balik kampun mesti makan cendol, 4 hari di kampung memang I tak lepas peluang  makan cendol kat sini. 
KP Cendol Corner ni ada 2 cawangan; 1 kat Pasar dan 1 lagi kat Station Bus.
2-2 tempat I pergi. Nampak sangat memang cendol lover kan?
Memang pun. Tapi Cendol Kuala Pilah je.
 Di Kuala Lumpur ada juga jual Cendol Kuala Pilah tapi rasa dia tak sama langsung. 
Cendol Kuala Pilah nyum..nyum..nyum..(^_^)
dekat dengan Pasar.

 Station Bus Kuala Pilah.

Selain daripada sedap dan pelbagai jenis. Cendol dia pun murah, untuk cendol biasa RM1 je.
Tapi harga  Station Bus macam lain sikit, mahal 30sen. So maksudnya menjadi RM1.30. Maybe sebab sewa kedai kat Station Bus tu mahal kot. Kat Pasar tu kedai dia buruk je.Rasanya tetap sama. 
Sedap banget!!

Bukan takat cendol je ada, mee rojak pun ada. Yela, kalau makan cendol mesti nak kena ada mee rojak kan? Tapi sorry I tak dapat ambil gamba mee rojak. Time I makan kat Pasar tu mee rojak kitorang tapau bawa balik, bila dah sampai rumah melantak sampai tak ingat.
Pastu time makan kat Station Bus pulak, mee rojak dah habis pula. Maaf ya~
Tak apa lah, nanti kalau you ada kat Kuala Pilah pergi lah pekena cendol dan mee rojak ok?


2 comments:

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!