Sep 14, 2010

Jom Masak Masak Rendang Ayam Ala-Negeri Sembilan




Nampak enak kan Rendang Ayam Ala-Negeri Sembilan ni? Memang enak!Sangat nyum..nyum..nyum..
Tambah-tambah raya ni mesti ramai teringin nak makan rendang kan?
Nak tahu camna nak buat rendang ayam seenak ini?I ada resepinya plus tadi pun I tanya my sister untuk reconfirm.thanks ayong!ngeee~
 Bahan-bahannya cuma;
ayam, santan kelapa, kunyit + cili padi siap blend, kerisik, serai tumbuk dan garam.
 Caranya pula;
Masukkan kunyit + cili padi blend tadi dengan ayam dalam kuali. Gaulkan sampai kering maksudnya ayam tu dah tak mentah sangat dan tak de air.
Then baru kita masukkan santan kelapa, kalau mama, uwan panggilan nenek untuk orang negeri sembilan dan aunty-aunty saya tak suka kan santan kotak. Takut dah ada campuran bahan lain.
So guna lah santan plastik tu ye. Lebih original.
Masukkan santan tadi dengan kerisik ke dalam kuali tadi. Disamping tu, masukkan juga serai yang dah ditumbuk tadi dengan garam secukup rasa. Lepas tu gaulkan dan jangan sampai santan jadi tahi minyak pulak tau. Biarkan kering sampai jadi macam gambar kat bawah ni.


Pastu boleh la angkat untuk di makan bersama lemang dan ketupat. Boleh dimasak bila-bila masa tak kira raya ke tak, mama pun masak je kalau bukan raya pun.

Eyhhh, I lupa nak bagitahu untuk sukatan I mintak maaf sangat-sangat sebab I tak sure sebab semua pun mengikut berapa ekor ayam dan sesedap rasa.
Lagi satu kalau tak nak ayam boleh gantikan dengan daging. Enak juga dehhh!!


Kalau you all tak dapat nak buat sendiri, boleh je order kat I. Harga I akan kemukakan kepada sesiapa yang berminat mengikut berapa banyak yang anda semua mahu kan ye. 
Tapi untuk mereka yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor je tau.
Anything for you guys!!


No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!