Aug 28, 2012

Beach Vacation to Langkawi Island




Surely truly madly deeply I love beach sooooo muchhhh!! 
Yup, Seperti sedia maklum I memang pencinta beach..Eleh, korang tengok kulit pun dah tau kan? I tak kisah pun yang penting kita enjoy! Lagipun kan ramai artis nak kulit ala-ala Beyonce ni, macam Ning Baizura, Nabila Huda haaa kan?
Apa-apa pun kali ni I bercuti dengan family ke Pulau Langkawi yang indah permai ni. Ini bukan first time kitorang ke sini, pilihan ke Langkawi ni pun sebab Mama, yela..dia suka sangat shopping  dan kitorang pulak suka beach! So memang seronok la dia kan.


Turun je dari flight I terus dapat kereta sewa yang memang kitorang dah booking kat kaunter sewa kereta kat airport tu. Kitorang booking Avanza tapi dapat Grand Livina, tak apa lah janji ada kereta nak bergerak. Sewa kereta kitorang dapat RM300 untuk 4hari 3malam. Murah la kan? Dapat je kereta terus check in hotel, niat di hati nak bermandi-manda kat Tanjung Rhu. Orang cerita mandi kat situ best. Tapi bila kitorang sampai dah tutup. Terpaksa lupa kan hajat dan mandi kat belakang hotel tu je. Pantai Tengah, Pantai Chenang. Kat situ pun best jugak.


Next day, kitorang Island Hoping naik boat 1 family pergi Pulau Beras Basah, Tasik Dayang Bunting, dan bagi makanan helang tak ingat la nama tempat tu. Kalau sesiapa ingat betulkan ye? Untuk Island Hoping ni satu boat RM220. Sebenarnya RM250 tapi dia bagi kurang RM220. Kitorang 6 orang dewasa 2 kanak-kanak so memang ok sangat la kan harga tu.




Tengok pandai tau dia buka zip beg tu.Yang ni sangat durjana sekali, walaupun dia seekor dia berjaya memusnahkan mood, barang-barang  dan makanan sesiapa yang datang situ. Pantang nampak beg plastik confirm dia rampas. Memang tak ada belas kasihan langsung. Confirm hati tak tenang bila nampak dia.


Perasan tak bentuk bukit ni macam bentuk ibu mengandung yang tengah baring? Haaa, sebab tu lah nama tempat ni Tasik Dayang Bunting.




Kitorang teringin sangat nak mandi kat tasik ni, tapi mama tak bagi so pendam kan je la hasrat ni. Sobsssss..




Tasik Dayang Bunting terlalu banyak monyet so I ingatkan sekali lagi kalau nak datang sini jangan ngada-ngada nak bawa makan dan simpan dalam beg plastik lepas tu berjalan berlenggan sebelah monyet-monyet ini ye. Belum pun sempat korang berlenggang dorang dah rampas buat harta sendiri. Kalau ya pun nak bawa makanan simpan dalam beg bukan plastik tak pun letak kat dalam boat. Makan dalam boat je. Tak ada lah sakit hati nanti. Unless korang memang baik hati nak bagi kat dorang.

Lepas je satu hari kitorang Island Hoping, next day kitorang buat aktiviti tanpa air. Naik cable car dan Rumah Mahsuri. Naik cable pun tak mahal seorang dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10 tapi kena guna mykad kalau nak harga tu.




Ini yang paling menyedihkan SkyBridge yang diidamkan tutup. sobssss..





Kota Mahsuri time!! I memang suka sangat cerita Mahsuri, kalau dengar berpuluh-puluh kali pasal Mahsuri pun tak apa.


Aktiviti seterusnya memang dihabiskan untuk teman mama shopping. Ye, itu perjanjian. Nak tak nak kena jugak teman dia shopping kat Pekan Kuah tu.

Kalau korang tanya pasal makanan kat sana, I belum jumpa lagi la makanan yang sedap-sedap. Ermmm..so I tak dapat recommend kat mana-mana yang sedap. Sorry tak membantu.  


Overall, dah nama pun bercuti dengan family jadi semestinya BEST!! Super duper best!! Terasa sangat selamat dan di protect. Chewwahh! Padahal lebih save bajet..yela ayah sponsor..Erkkk..Ok bye

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!