Oct 1, 2011

Jom Masak Masak - Pudding Caramel Without Eggs!!

Ada ke dalam dunia ni orang tak suka telur?
Weii, adalah hari tu ada yang tanya boleh tak nak buat Pudding Caramel tak payah letak telur.
Jawapannya : Boleh saja..
*tiba-tiba diri ini macam Cheff Wan bila ditanya  soalan tu..erkk?
Selalunya kalau dah nama Caramel mesti berkaitan dengan telur kan?
Kali ini, boleh lah sesiapa yang tak suka telur, allergic ke dengan telur boleh dah makan Caramel.
Cuma kena guna susu (susu sejat penuh krim-ideal, rasanya lagi sedap kot), castard, serbuk agar-agar, gula, dan essen vanilla.

Serbuk Agar-Agar

 So gula kita panaskan macam biasa kacau sampai cair jadi colour coklat. Lepas dah cair curah kat mould macam ni;


Letak kat tepi dulu,dia akan keras dengan sendirinya.
Lepas tu kacau castard dan susu sampai rata. Jangan bagi ada ketul-ketul castard dalam susu tu.
Bila dah rata. Masak agar-agar macam biasa, letak gula dan air.  Dah cair tu  time atas dapur tu jugak   masukkan kan susu yang ada castard tadi. Jangan lupa letak essen vanilla sikit ok!
Siap!
Topping, you all letak la apa sahaja. Janji sedap dan nampak menarik!


Ada Rahsia nak beritau ni, nak beza kan Pudding Caramel ada telur dengan tak ada;
ada telur dia macam gambar kat bawah ni, ada bintik-bintik tu. Kalau tak ada, selalunya plain je. 


Selamat Mencuba!! chewahh!

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!