Mar 23, 2011

Dimana Cikgu Rathi?

Hari ini semua pelajar yang ambil SPM dapat result!!!
Huuwaaaa..nervous kan?
Malam ni confirm keluar Buletin Utama dan esok lak kuar paper!
Best..best..best..
Tahniah untuk yang berjaya dapat flying colours. Yang tak berjaya, tak pe. Ini bukan penghujungnya boleh cuba lagi dengan cara dan masa yang berbeza. Mungkin, ada hikmah disebalik kegagalan kita ini. Yang penting hati kena bersih..
Ehh..pandai pulak nak beri bercakap ala-ala Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.


Tiba-tiba teringat zaman tingkatan 5 walaupun bangunan sekolah tidak bertingkat 5 dan tangga sekolah ada 5 bertingkat-tingkat..sila, jangan merepek ye.erkk!ok!
CIKGU RATHI DEVI a.k.a Kajol Malaysia pffft~
seorang cikgu yang paling beriya-iya macam dia yang nak amik SPM time tu,
dia jugak lah yang beriya-iya risau
Kawan-kawan ingat tak, kalau masuk kelas dia awal dapat gula-gula. Kita dilayan macam budak-budak tadika yang comel!ngeee~
Pastu setiap sekali kelas mesti cakap "SPM nanti mesti Science A1!"
Suara dia jangan cakap lah 10 batu boleh dengar suara dia.
Bila kita lambat mesti dia jerit panggil nama kita dari lab. Semua orang boleh dengar kot time tu. Malu jangan cakap la kan.
Tapi yang paling sadis dan menyentuh perasaan, time amik result habis kita dipeluk dan menangis kegembiraan, sebab ramai dapat A!!!
Wahhhh!!Seronok teringat masa dulu. Nasib baik ada Cikgu Rathi. Kalau tak mesti kita semua tak dapat A kan?Cikgu Rathi dimanakah kamu?

Itu bukan Cikgu Rathi ye, itu Cikgu Badariah.

Zaman Kanak-kanak Ribena
p/s: rindu kan zaman dulu-dulu?

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!