Sep 2, 2013

Saya Bangga Jadi Rakyat Malaysia

Assalamualaikum..

Bangga.bangga.bangga..Ya, saya sangat bangga jadi rakyat Malaysia.
Bangga tau bila masuk panggung wayang semua orang tak kira bangsa apa, dari negara mana, tengok movie apa, kena berdiri nyanyi lagu 'Negaraku".


Yup, semalam pergi tengok movie. Sebelum movie start kitorang semua berdiri nyanyi lagu Negaraku. 
Apa yang menariknya, dalam wayang tu ada ramai juga Pak Cik Europe dan Mak Cik Europe. Diorang pun nyanyi sama. Walaupun sebutan diorang tu tak berapa jelas tapi nada dan tone tu ada la. Diorang boleh ikut. Fuhhh! Bangga siot!



Harap-harap berterusan sampai bila-bila. Jangan la hari Kemerdekaan je. Dengan cara macam ni lah kita boleh memperkenalkan Malaysia dengan pelancong-pelancong luar. 

Thumbs up to Ministry Tourism and Culture Malaysia! Good effort!

Aug 16, 2013

Hati-hati Di Mid Valley

Assalamualaikum

Ini memang serious. Banyak kali dah I kena paw di Mid Valley tanpa disedari. PAW? Dalam erti kata lain Pengemis + Penipu.



Masa I dengan member jalan-jalan kat Mid Valley, tiba-tiba ada seorang Pak Cik ni datang cuit bahu member I dengan muka kesian,cemas dan kelam kabut;


 "Adik, dompet abang ke curi. Boleh tak adik bagi RM20. Abang nak balik tak de duit ni. Nak naik bas"

Kitorang pun bagi je. Kesian kan. Tapi kenapa sampai RM20? Haishh, tak terfikir. Main bagi je. (-_-')

2 minggu lepas kejadian tu, time kami tengah beli air Juice Works. Pak Cik tu datang lagi dengan dialog dan lakonan yang sama tak berubah sikit pun. *Jangan harap kami tertipu lagi ye Pak Cik

Kitorang cakap kat dia "Sorry kami pun dah tak de duit ni" pastu berani dia cakap "Berapa yang adik ada? Abang tak de duit ni" Kitorang buat bodoh je.

Beberapa minggu lepas tu, kitorang jumpa lagi nampak dia tengah cakap kat perempuan. Rasanya tengah paw guna taktik yang sama. Huh!

Kalau dengan kitorang dia boleh dapat RM20. Macam mana kalau dia boleh dapat dengan 5 orang lagi, 10 orang lagi, 20 orang lagi..Aiyooo!Pak Cik Kayooo!

Ya, target dia PEREMPUAN, jadi wahai pengunjung-pengunjung WANITA  sekalian! Sila berhati-hati dengan Pak Cik peng-PAW ini. Jangan terpedaya dengan lakonan PENIPU + PENGEMIS = PENGEPAW ini. Mentang-mentang kita dapat Parking Khas suka hati je dia nak tipu kita ye.

Untuk maklumat korang Pak Cik ni Melayu, kurus cengkung, kulit sawo matang dan mata besar ada juling sikit kot (serious mata dia sangat besar so senang nak cam) .

Hati-hati ye kawan-kawan. 

XOXO~

Jul 19, 2013

Alone in Strange City

Assalammualaikum..
Selamat berpuasa!!
Amboi...kelas tau title macam title lagu. Tapi cerita ni tak ada kaitan dengan lagu, cuma nangis tak berlagu je. Memang tak terkeluar lagu bila tiba-tiba kena outstation di kala bulan ramadhan seorang diri. Bila hari minggu orang sibuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta, I pula kat airport tunggu flight. Tak ada la teruk sangat kan tapi maklumlah anak manja. Manja la sangat kan, nak muntah mama dengar bila cakap anak dia ni manja.


Actually, outstation dalam tempoh masa yang agak lama di kawasan pendalaman dan agak strange sikit bagi diri ini. Ermm..lama? Seminggu tu lama la kan? Lama la selalunya outstation sehari dua kan tapi bila-bila kena seminggu mati akal jugak la kan. 
Kerja saya kena pergi ke satu lokasi ke satu lokasi yang lain tapi masih di kawasan pendalaman. Interesting experience sebenarnya; dapat tengok karenah, rungutan dan yang bestnya loghat diorang. Serious kadang-kadang sampai satu tahap I terdiam dan tercengang tak tahu nak jawab apa sebab tak paham. Bila tak paham tu, start la mereka ni gelakkan kita. Dangggg! Diorang tak tahu ke loghat diorang lagi kelakar. Hih
Menariknya lagi Tempat diorang sangat-sangat berbeza dengan KL. Sangat PEACEFUL. MasyaAllah. Tak ada traffic jam, tak ada bunyi bising, tak ada bangunan tinggi cuma yang ada kehijauan. Ewah! Skema. Tapi memang superb,baik untuk kesihatan mata.




Mungkin disebabkan outstation ni bulan Ramadhan so drama agak extravaganza la kan. Hari-hari berbuka ke sahur ke mesti nak menitis air mata ni. Bukan tak biasa sahur dan berbuka seorang kan. Tapi bila tengok meja sebelah berborak, gelak-gelak, lagi la mata ni ngada-ngada.Kalau berbuka kat bilik lagi lah, bila tengok kawan-kawan Whatsapp beritau diorang berbuka best-best dengan family. Pernah satu hari tu berbuka minum air kosong pastu solat dan tidur. haishh.. 
Kawan-kawan ada je kat area sini cuma tak nak susah kan orang. Yela, sekali dua boleh la dia temankan kita berbuka. Tak kan nak teman hari-hari kan. Diorang pun ada commitment lain.

Makanan sahur yang konon-konon tak selera kan. (^_*)


Makanan kat sini murah-murah belaka. Mana ada kat KL harga roti canai RM0.70. 
Terkesima tau I olzz!

Bila malam, lepas solat terawikh selain daripada tidur. I akan melayan "Running Man." Yeahhhh!!Ini lah satu-satu tv show yang boleh release stress. Tambah ada Jong Kok yang gagah dan berlagak tu, lagi lah buat I jatuh cinta dengan tv show ni


Kim Jong Kok memang poyo tapi saya suka. (^_*)

Itu je lah pengalaman outstation kat sana. Tak ada apa pun yang menarik nak diceritakan. Tapi disebabkan kebosanan menunggu flight sekejap lagi ni, tu yang menaip sikit untuk u olzz. Al maklumlah dah lama tak post entry kan. Hih.
Ok lah nanti I post cerita lagi. Sebenarnya banyak entry yang I tak post lagi semuanya I save tak publish pun sebab kemalasan menghabiskan entry.
Ok bye!
Selamat berbuka!

May 9, 2013

My birthday week - 13 03 13

Pssstt..pssstt..pssstt..hari tu undi mana?Parlimen mana?DUN mana?Undi apa?Haishh..sibuk je kan. Sejak musim hangat pasal pilihanraya ni soalan tu je yang orang akan tanya. Soalan favourite gituu. Tapi tak mengapa, itu menunjukkan sikap ambil berat sesama rakyat Malaysia. Ecehh!
Bukti mengundi. Ramai betul orang post gambar jari kat instagram hari ahad hari tu ye.

Hari ni I bukan nak cerita pasal Pilihanraya 13 hari tu..Ermmm..seperti di tajuk I nak cerita pasal birthday ku yang dah lepas 13 Mac yang lalu..boleh ke? Ala..13 juga kan. Memang la dah basi cerita tu tapi tak kira, nak cerita juga sebab masih segar di minda ini.
Kalau nak tahu birthday tahun ni sangat la rasa perbezaannya dari tahun-tahun yang pernah celebrate sebelum ni. Nak tahu apa yang lainnya?

Hahhh, kali ni celebrate dengan my new two sisters; K.Leeza dan K.Norell!!

Mereka berdua lah. K. Leeza dan K. Norell!!

K. Norell 11 Mac, Saya 13 Mac n K. Leeza 15 Mac!!
Tahun? Tak payah la cerita. Yang penting birthday kami straight seminggu sama.
Apa yang best lagi, dapat celebrate sama-sama 2 kali! 13 Mac dan 15 Mac hari tu.

Mula-mula 11 03 13 tu nak celebrate untuk K. Norell juga tapi disebabkan kakak kita tu busy woman terpaksa lah cancel. Sobssss.



13 03 13, Nice numbers, Lucky numbers.
Surprise birthday party yang rasanya dah tak surprise tapi tetap juga best! Macam-macam lakonan I tengok, ada yang buat-buat terperanjat pakai baju sama hijau, ada yang kata tak lunch busy meeting, ada yang kata lunch dengan bos..macam-macam lah. Padahal sebelum ni tak pernah pun beritau nak lunch ke tak lunch. Lawak sungguh. Celebrate kat Ben's Pavillion. Time ni pula jumpa Hanis Zalikha. MasyaAllah dia sangat cantik.

Sorry Kualiti gambar kurang Best tapi Kamu Orang Bestttt!!!

15 03 13
Celebrate lagi!! Yeayyy!! Walaupun kali ni patutnya celebrate birthday K.Leeza tapi sharing is caring. Celebrate la sekali! Kali ni kitorang celebrate kat office yang indah itu.

 Gabungan color baju kami tidak dijanjikan ye. Ini namanya march baby's chemistry..awwww~

Terima kasih semua!!

Saya dengan ini ingin mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada kalian yang meraikan Raikan Cinta Birthweek saya ini (^_*) Walaupun kita persahabatan baru bermula tapi kalian buat I terharuuuu!!! Erkk..dah macam ucapan Wakil Rakyat menang undi..Opsss!!
Sebak sangat I olzzz!!

Cute Certificate Birthday dari KAKAK LIN!! Comel sangatt!! Tambah terharu!


MasyaAllah, hadiah pula. Hadiah ini memang buat I lagi la terharu sampai nak nangis.
Minggu birthday tu diisytiharkan minggu terharu untuk I. Sobsssss..
Ok bye. Nak cari tissue.

Mar 1, 2013

Never Give Up


I found this quote on twitter kot..tak ingat.
Whatever pun, thanks to whomever created it.
 It really motivate me to be NEVER GIVE UP.
 TERIMA KASIH (^_^)