Jan 10, 2014

Bahayanya Wanita

Assalammualaikum.

Selamat Tahun Baru you olz! 
Lamanya tak menulis I olz tak tulis blog. Rindu.rindu..rindu sangat nak tengok blog, tulis blog, upload gambar untuk blog so sekarang nak lepas rindu.
Entri ni pun ingat nak post hari tu, tapi tak berjaya.  So harap hari ini berjaya.hehehe..
27hb Disember hari itu I pergi tengok teater. Erkkk..nampak sangat dah berzaman baru nak cerita kan? Teater Bahaya Wanita kat Istana Budaya.
MasyaAllah, best ok,I memang excited sangat kot nak tengok teater ni. Yela hari itu kecewa tak dapat tengok Maduku Kalut so nekad la Bahaya Wanita wajib tonton.  



Bahaya Wanita cerita mengenai kehidupan lelaki  dengan 3 isteri dan masih nak berkahwin lagi satu dan I rasa semua isteri dia hot. Umie Aida (isteri pertama), Erra Fazira (isteri kedua), Nora Danish (isteri ketiga) dan Erma Fatimah (isteri keempat). Paling hot Erra Fazira. Cun sangat Erra! Time I tengok ni tak de Nora Danish and replaced dengan Lana Nordin. Frust juga pergi bila dapat tahu Nora Danish tak de. Nak buat macam mana kan? Layan je la..


Erra Fazira, Zizan Razak, Umie Aida dan Nora Danish. Sedih tak dapat tengok Nora.sobsss.

Zizan memang sangat-sangat kelakar. Kadang-kadang teater ni dah jadi macam bukan teater sebab dia banyak spoil lakonan orang lain sampai orang yang berlakon dengan dia pun lupa dialog dan tergelak sama-sama dengan penonton. Lawak dia tu berjaya hilangkan frustrated penonton yang tak dapat tengok Nora Danish. 


Abaikan Mak Cik baju merah yang poyo tu ya.

Overall, message cerita ni lebih kepada "Perempuan, Sila berhati-hati dengan Lelaki" dan I rasa patutnya tukar tajuk kepada Bahayanya Lelaki sebab dalam cerita ni menunjukkan macam-macam idea lelaki ni nak tipu perempuan. Kat situ juga menunjukkan betapa kuatnya perempuan sampai dorang boleh kuat macam lelaki. Reason yang mengatakan isteri tak hormat suami punca lelaki cari lain rasanya tak boleh nak terima, yela..bukan ke tugas lelaki membimbing dan menegur isteri kan? There's always a way to teach your wife kan? Banyak cara kot kan, Lain lah isteri tu kayu ke batu ke ye tak? (^_*)

World Peace! XOXO~