Jul 27, 2011

Mohon Passport melalui Online

Tak tahu lah I yang ketinggalan zaman ke, atau benda ni baru diwujudkan.
Kepada sesiapa yang tak tahu lagi sekarang ni Kerajaan Malaysia dah berjaya memudahkan rakyat dengan mengadakan Permohonan Pembaharuan Passport secara online yang dipanggil MyIMMs- e-services
Wahhh, Best kan?
Tak ada lah kita bazirkan masa satu hari kat Imigresen tu. Tak payah lah nak bangun awal dan beratur jam 6.30 pagi kt sana.
Cuma you all kena betul-betul ikut semua syarat kat website ni.
Kalau tak hangus terbakar duit you all RM300 tu. Ya, kalau dah bayar lepas tu tak ikut syarat-syarat Imigresen duit tu diorang dah tak pulangkan dah. Memang ada pro and con guna application ni so memang kena baca betul-betul syarat dia. Sebenarnya syarat dia tak susah mana pun, cuma gambar je kena make sure betul-betul berukuran passport dan bukan gambar posing ala-ala model tu. Jangan lupa gambar mesti background biru.
Ala..kalau susah sangat pergi kedai gamba cakap dengan apek kedai gambar tu nak buat gambar passport. Confirm betul.


Lagi satu, MyIMMs- e-services bukan takat service passport je, banyak lagi services yang diorang sediakan macam untuk Permit, Visa, Lawatatan Sosial dan MACS. Tengok lah sendiri kat website MyIMMs- e-service tu baru tahu.



 So apa lagi cepat check passport dah expired ke belum. Jangan esok nak pergi oversea, hari ni baru perasan passport dah expired. Ingat tau kena renew passport 3 bulan sebelum nak fly tu ok?
p/s: I dah macam Penguasa Imigresen kan? (-_-)

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!

Post a Comment