Dec 25, 2010

Menyelam di daratan Kemaman

Tak sia-sia pergi berbengkel  kat tepi pantai Pulau Cherating yang indah. Berbengkel?
Ok, bukan bengkel Workshop Ah Yaw kat Ampang tu, ni bengkel untuk buat garis panduan kerajaan.
 Maklumlah berkhidmat untuk negara kan?

Apa ni amik gambar. Sila concentrate ye. Baiklah (-_-')
Orang kata sambil menyelam minum air kan? Tapi I tak menyelam dalam lautan kat sane tu.
Cuma menyelam kat daratan mencari makanan yang best di Kemaman. Tu pun boss kesayangan yang suggest kan. Thanks boss!
Untuk sesiapa yang tak tahu Cherating dan Kemaman tak jauh. Mula-mula pun I ingat Cherating ke Kemaman jauh, yela..Pahang ke Terengganu kan? 2 negeri tu kan?
Rupa-rupanya kenyit mata je dah sampai. Eh, betul ke?
Ermm, yang penting kejap je dah sampai.

Nyum..nyum..nyum..
SATAR!! 
Yess!Makanan yang I tak pernah jumpa dan tak pernah makan pun. Akibat daripada paksaan rakan-rakan untuk makan makanan timur ni, I pun dengan rela hati mencuba.
MasyaAllah, sedap weiii!Sumpah tak tipu!

Terasa Ikan yang fresh dan cili padi yang membara.
I bukan pencinta ikan ni pun boleh kata sedap, apa ntah lagi sesiapa yang cinta mati sama ikan. Confirm suka! Isi ikan terasa sangat fresh dan rasa manis campur pedas kalau tergigit cili padi tu. Memang sangat sedap. Cicah lah sos cili sekali, tapi bukan sos cili Maggie kat Giant tu tau. Sos cili yang untuk keropok lekor tu, buatan orang tempatan kita. 
Sedap gila dow!!
Tapi yang tak bestnya, kawan-kawan cakap Satar kat Kemaman dengan kat KL tak sama.
Ala..yeke? Ye, diorang kata Satar kat KL tak sedap dan lain sangat. I pun tak sure apa yang lain sebab ni first time seumur hidup jadi manusia makan Satar. Kini saya pencinta Satar so kalau sesiapa yang tahu apa kelainan Satar Kemaman dan Satar KL marilah berkongsi cerita. 


Selain Satar yang enak, Warung Aziz Satar bukan Aziz Satar penyampai hadiah Anugerah Skrin semalam tu tau. Ini Aziz Satar pakar masak Satar yang I pergi  makan ni hidang ketupat palas, otak-otak dan keropok lekor. Keropok lekor Terengganu tak boleh tinggal cuma tak sempat nak amik gambar sebab dah kena sambar dengan burung-burung nuri yang buas dengan pantas. Haishh, apa main-main ni. Ok maksudnya dah kena makan dengan kami lah burung nuri tu.
Tapi kan otak-otak Kemaman ni pun tak sama dengan otak-otak Gelang Patah yang tak patah-patah selera I makan kat Batu Pahat dulu. Beza otak-otak Kemaman ni isi ikan bakar dan rempah sikit. Tapi I lebih suka otak-otak Gelang Patah, lebih enak sikit. Bukan sikit banyak. Opss!

Warung Aziz Satar bujang lapuk. Eh, Aziz Satar pakar Satar.
Apa lagi Jom lah ke Kemaman nikmati Satar!

1 comment:

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!