Jun 18, 2012

Satu Jam Di Pangkor

Wah! Kerja gila, memang gila, tentunya gila, mungkin gila!
Ya,buat kerja gila adalah perkara yang sangat awesome!
Seperti biasa I memang suka buat kerja  Kalau sebelum ni memang gamble pergi Singapore pergi malam balik malam. Kali ni lagi teruk berjalan 
Kerja ni bermula selepas kahwin Paly kawan kitorang di Manjong.
Idea gila tiba-tiba muncul untuk ke Pangkor. Padahal jam time tu pukul 4.30 petang, ferry pulak last ke Pangkor pukul 6 dan balik pukul 7.

Berposing dulu kat Jetty. Ini  Lumut Jetty. Tapi kitorang tak naik dari sini tapi dari Marina Island Jetty sebab lagi dekat 10 minit je. Dalam RM25 kalau tak silap. Correct me if I'm wrong.
Sampai je Marina Island Jetty tu dalam pukul 5.50  memang sharp-sharp ferry nak jalan. Berlari gak la kitorang naik ferry tu.


Dah macam amazing race, jejak je kaki kat Pangkor terus kitorang sewa kereta 1 jam/RM20. 


Hasil pertama, Char Kue Teow Pangkor! Enak! Harga RM4.00/perpinggan. Ok la kan, sama je macam kat KL.


Walaupun dah macam peserta Amazing Race lari sana sini, sempat jugak bersantai-santai kat tepi pantai tu. Cuma yang frustrated sangat sebab tak bawa baju, kalau tak boleh kitorang mandi-manda kan, tak pun bermalam kat Pangkor tu..Alangkah bestnya..tapi semua tu angan-angan. Kejap je lepas tu kena balik. 
Tapi sebelum kitorang balik tu, kitorang jumpa ni


Hasil yang terakhir, Lempeng Pisang RM1. Sedap dan murah! Mana nak dapat kak oii lempeng pisang RM1 kat KL tu.

 BALIK time!! Tapi entah kenapa seronok sangat tak ingat baru perasan jam dah 7.30, ferry ke Marina Island Jetty dah tak ada. So nak tak nak kena naik ferry sampai Lumut Jetty,nasib baik aunty Mil pick up kitorang kat Lumut ke Marina. Wahhh, lega..tak ada la kitorang pening nak cari cab ke sana. 
Thank you aunty!! 
Lepas ni macam biasa, kitorang plan nak vacation ke sana dan nak make sure tak ada Amazing Race Malaysia ke Pangkor dah. Penat weiiii,tapi best! 

2 comments:

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!