May 20, 2012

My Beach Vacation to Phuket

Assalamualaikum semua!!Semoga sihat dan ceria selalu!!
Jom hari ni I cerita pasal beach vacation yang dah lambat 2 bulan tu.


Sawadekappp! Phuket! Walaupun time I pergi tu bulan Mac, InsyaAllah I still ingat info-info kat sana, apa-apa pun Phuket super duper bestttt!!

Hotel
Firstly, kalau you olzz tanya pasal hotel sebenarnya banyak sangat hotel kat Phuket, cuma kalau datang memang nak stay dekat dengan beach sila lah tidur di Patong tapi kalau nak stay kat Phuket  Town pun ok,hotel lebih murah dan  untuk shopping pun murah dari Patong.

Accommodation
Kalau nak cari accomodation kat Phuket sangat senang dan banyak. Bas ke, tuk tuk ke, taxi ke memang banyak. Tak pun boleh sewa motor atau kereta. Disebabkan I stay kat Patong so mostly  kitorang banyak jalan kaki je tak pun sewa motor.


Ya, itu tuk tuk kitorang naik 100baht kalau convert RM10 je per ride tapi kalau area Patong tu je la.


Sewa motor lagi murah! 200Baht  satu hari. Boleh pergi mana je suka. Janji pandai ride motor. Kalau sewa kereta 1000Baht, untung lah kalau datang ramai-ramai then sewa kereta. Berbaloi.


Tempat-tempat best di Phuket
Semua tempat best sebenarnya kat Phuket ni. Sebenarnyakan nak cari tempat-tempat best dengan pakej jalan-jalan yang best tak payah susah order online via internet, kat sana memang berlambak stall yang sediakan macam tour package. Nak advice jugak ni, jangan beli tour package ni kat air port sebab harga dia memang mahal dari stall pekan Patong, padhal pakej ni sama je.



Ini salah satu stall yang jual pakej jalan-jalan. 


Elephant Trekking, ini tempat pertama kitorang pergi. Mula-mula ingat nak pergi Phi Phi Island dulu tapi disebabkan pagi tu hujan, so postpone dan tukar ke Elephant Trekking.
Kita boleh pilih berapa lama kita nak dengan gajah-gajah kacak ni.

Patong Beach, pantai ni sama je macam pantai kat Malaysia aktiviti pun lebih kurang kat Malaysia cuma bezanya tepi-tepi pantai ada banyak kedai massage, sebenarnya nak kata kedai pun bukan tau sebab diorang cuma guna payung yang besar tu lepas tu letak kain. Lebih murah lah kalau massage kat sini cuma system dia memang open la. Kalau untuk perempuan agak tak sesuai lah..sebab memang tak ada cover-cover ya.



Tapi paling best kat sini ada coconut shake yang sangat marvelous!!



Sumpah sedap! Especially time panas merembang memang super duper kelazzzz!!
Tambah-tambah lagi minum sambil ada pemandangan pantai dan angin yang sepoi-sepoi!
Adusssss!! Tuhan sahaja yang tahu kenikmatan ini. hahaha..Harga lebih kurang 70Baht. Jangan lupa try tau. Kakak yang jual ni Islam siap pakai tudung. Jangan risau ye cuma kalau pancake creepe yang jual-jual kat tepi pantai macam was-was sikit la kan. Walaupun ada tulis HALAL tapi bila tanya HAM CHEESE tu pork ke, dia pun mengaku so terima kasih lah kan. Putus selera nak makan pancake.



Hati-hati ya. Apa-apa pun tanya dulu.


Muay Thai kat Bangla Boxing Stadium kat Patong. Sesiapa yang teringin sangat dan suka sangat tengok muay thai show boleh tengok kat sini. Harga tiket satu show based on siapa yang lawan rasanya tapi yang penting lebih 1500 - 4000Bath
James Bond Island, ingat tak movie James Bond - The Man With The Gold Guns? ala..yang Roger Moorey jadi James Bond time tu kan ada action diorang kat pulau..haaa..sebab movie tu la daripada nama Ko Ping-Gan/ Koh Tapu jadi James Bond Island. Tak pasal tukar nama dan jadi famous. Memang terbaik. Sebelum sampai James Bond Island dalam pakej Phang Nga Bay tour kitorang pergi bermandi manda di Lawa Island. Dah nama pun lawa kan memang lawa la pulau tu. Then dia bawa kita satu setempat banyak stalactite and stalagmite tapi sorry..yang ni I lupa nama tempat dia.




Yeayyy!! sampai juga di James Bond Island. Ini lah kebanggaan orang ramai dalam cerita James Bond. James Bond Island ni cuma boleh ambil gambar je,nak mandi-mandi memang tak lah. Dalam kak oii, beli belah pun dinasihati jangan lah. Mahal berganda-ganda, baik beli kat Phuket City. Penjual-penjual tu pulak memang menakutkan, kalau kita pandang ke senyum ke dia akan tarik tangan ke baju kita ni suruh tengok beli barang-barang dia. Ngeri sungguh.




Lunch di Perkampungan Islam KomPanYee. Makanan average, sedap lagi makanan thai kat KL boleh tak cakap camtu?hih



Sea cave canoe dan mengeksplore Ice Cream Cave pulak lepas tu.

Phi Phi Island,  tempat yang I rasa best dan teringin nak pergi sebelum ke Phuket (yela..tak sabar nak snorkeling) tetapi menjadi sangat tak best. Gara-gara Tourist Guide yang sangat annoying dan bias kepada orang Asia. Dia memang tak layan lah orang Asia ni. Kalau Mat Salleh fuhhh..layanan 1st class you olzzz..
Disebabkan fikir dah bayar mahal kan tour ni jadi malas nak fikir dan nak layan orang macam tu. So kita enjoy!!!yeahhh!



Maya Island! "Bermandi manda di sini cuma 45 minit je. Sila tengok jam cukup 45 minit kembali ke boat."
Erkkk..kitorang terlalu asyik dengan laut membiru tu sampai terlambat 10 minit dan dimarahi mak cik tourist guide yang angkuh dan poyo tu.grrrr~~



Nampak tak wanita berbaju yang konon-konon bagi explanation yang bagus tu. Yup itu lah dia tourist guide tu.pfttt~ Sila pastikan anda tidak terjebak menjadi mangsa kemarahan dia. Tak pun sila elakkan dari ambil tour dia. 





To be honest, snorkeling di sini I rasa macam tak best..Sabah dan Pulau Kapas yang pernah I pergi lagi 10 kali ganda best kot. Ehhh..tp bukan sebab mak cik tourist guide tu tapi location yang diorang bawa tu tak nampak pun coral yang cantik..bukan takat coral yang cantik,tak ada coral pun. Paling worst yang first snorkeling tu tak nampak apa pun. Ikan 3-4 ekor. Sedih...sebab kita tahu kan Phuket mesti ada coral yang sangat cantik. Dah la tu sekejap je pulak..tak sempat nak cari. Kecewa u olzz..Tak ape lah nasib kurang baik kali ni.

 
Makanan
Anyway makanan Thailand kat Patong ni tak sesedap yang kita bayangkan ye.. Paling ok pun di Restoran Kasuma, milik orang Pattani tapi pernah duduk Kelantan kot (sorry dah lupa..tapi nak cerita jugak). Cari makanan area Patong ni pun tak susah, boleh cari dekat area masjid memang ada beberapa kedai makan muslim tak pun kedai makanan arab ke, lebanese ke, memang banyak. Harga pun tak mahal sangat ok je sama lebih kurang Malaysia. Kalau hotel dekat Jungceylon (shopping complex) boleh juga makan KFC. KFC memang halal kat sini.



Overall Phuket, memang sangat best untuk muda-mudi!! Ya, night life kat sini memang terbaik!!
Nak ingatkan bercuti kat sini tak sesuai kot nak bawak kanak-kanak. Kesian kat diorang nanti. Sebenarnya banyak lagi tak cerita tau, pasal Night Market Phuket, shopping barang apa, minyak petrol 1liter kat Phuket kan..tu semua tak cerita lagi tapi ini dah terasa panjang sangat dah entri ni so stop lah. Ini pun dah 4.30 pagi, tak tidur lagi. Wahhhh!macam pantun.
Ok la babe, bye!
xoxo

3 comments:

  1. wahh..mcm tak best je...i nak pg next week..

    ReplyDelete
  2. u pakai travel agent mne ni?i nk make sure tak amik makcik guide tuhh

    ReplyDelete

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!