Feb 11, 2012

Jom Masak Masak Lasagna

Makan!Makan!Makan!
MasyaAllah, Allah sahaja yang tahu macam mana rupa I bila jumpa makanan.
Haloba! Ya, itu saya!
Selalunya I akan haloba dengan makanan orang masak je, tapi kali ni haloba dengan masakan sendiri.
Walla~~ PERASAN
Eleh, korang pun camtu kan cuma tak nak tunjuk je..kan.kan.kan..
Ok, back to my point. Hari ni nak tunjuk kepakaran memasak..
Lasagna Bolognese
Chewahhh!Jangan muntah ye kawan kawan..depan makanan ni. Tak elok.

Barang-barang ni semua boleh dapat kat Supermarket sebab kalau cari kat kedai basikal memang tak jumpa.
Eh, kejap. Bukan bahan-bahan kat atas ni je tau. Bawang, mushroom button, oregano, minyak zaitun, mozarella cheese, cheddar cheese, tomato puree, tepung gandum, fresh milk, gula dan garam ye puan puan, tuan tuan.



Sekarang dah boleh start masak, tumis kan bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaitun yang berkhasiat tu ya. Masukkan daging sampai kita boleh tahu dia dah masak, tak ada mentah-mentah. Lepas tu masukkan tomato puree, pasta sauce, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula. Kalau macam pekat sangat kuah tu letak la air sikit. Itu citarasa kalian lah ye.




Ohh, ya! Sambil memasak kuah bolognaise tu boleh la merebus kulit pasta ni. Tak ada lah buang masa yang bernilai tu. Masa itu kan emas. Cara nak rebus tak payah explain la ye, tengok paket je. Dia dah ajar kat situ macam mana nak buat. Ikutkan je.




Yang ni pula untuk buat bechamel sauce ataupun sos putih. Alaa..kalau pernah makan lasagna, mesti pernah tengok dan makan sos putih tu kan? Cara dia cuma campurkan fresh milk, tepung, cheddar cheese, butter, black pepper dan garam secukupnya!




Dah siap masak-memasak di atas dapur, sekarang dah boleh susun menyusun mengikut layer yang betul ya.. Ikut turutan nombor gambar kat atas tu. Jangan lupa taburkan mozarella cheese dan oregano tau. Lepas tu bakar. Mengikut suhu oven anda. InsyaAllah dengan hati yang ikhlas, tulus, suci jadi lah lasagna anda.


Nyum..nyum..nyum..


 Kalau nak buat lasagna carbonara ke, seafood ke,  masala semua sama je cara dia cuma sos je yang lain.


Jom tengok Dania a.k.a Junior Master Chef yang menyibuk jugak kat dapur. Orang buat lasagna. Dia buat kek coklat.


No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!