Sep 6, 2011

My homemade Strawberry Panna Cotta!!

HOLLA!!!
Ampun ya..bukan tak nak update cuma nggak cukup tenaga dan masa.
Jangan marah ya! Cehh!!alasan semata-mata.
Anyway, dah ada idea nak buat dessert apa untuk open house nanti?
Kalau tak ada lagi, I ada idea!!
PANNA COTTA!!!



Panna cotta sebenarnya dessert daripada Italy. I buat lah research sikit-sikit.
Banyak blog dan macam-macam cara dan bahan I tengok diorang buat, so I pun try lah buat sendiri. Sebenarnya dessert ni sangat sesuai untuk sesiapa nak baru-baru nak belajar buat dessert (amboi..sarcastic pada diri sendiri ye..ngeee~)


Let's start!
Mula-mula sediakan gelatin. Sekarang ni dah banyak gelatine halal, boleh dapatkan gelatin halal gel ke, nona ke, banyak lah.


Masuk 4 1/2 sudu teh gelatine dan 3 sudu teh air kosong. Ada juga I tengok diorang gunakan susu untuk campurkan dengan gelatine. Nampak gebu adunan nanti. Mana-mana pun ok.

 Beberapa minit dia akan jadi macam ni.

Tinggalkan campuran gelatine tadi. Then sediakan 2 1/2 cawan fresh milk/ heavy cream.
I suka HL milk! So I choosed it!


Panaskan susu dan 1/4 cawan gula sampai keluar buih-buih kecil. Boleh juga kalau nak guna gula icing sebab susu tu dah maniskan.
Lepas dah panaskan, masukkan pula 1 sudu teh essen vanilla. Kalau orang Itali, mereka gunakan pure vanilla extract tapi kat sini kan susah nak dapatkan so guna lah essen vanilla. Rasanya sama je kot.


Lepas tu baru masukkan campuran gelatine tadi dalam adunan susu ni.
Gaulkan sampai rata (hilangkan ketul-ketulan gelatine) dan padam kan api.
Kira dah siap tu, masuk adunan panna cotta dalam gelas ke, mangkuk ke, apa-apa acuan yang boleh nampak menarik. Dalam acuan tu juga I masukkan nata de coco dan sos strawberry,  letak dalam peti ais dalam masa 5-6jam.


Ok, sekarang nak buat sos strawberry; kacang jerrr..cuma



Campurkan gula dan potongan strawberry, letak dalam peti sejuk dalam masa beberapa jam sama masa dengan adunan panna cotta tadi.
PESANAN!! Kalau nak letak strawberry dalam adunan panna cotta tu, kena lah buat beberapa jam awal sebelum buat panna cotta ni tapi kalau untuk perhiasan je, buat lepas siap adunan tu pun tak pe. So terpulanglah kepada u olzz ok? Macam mana cara pun tetap sedap.
Dan satu lagi, kalau tak nak guna strawberry, tapi nak guna mangga ke, laici ke, blueberry ke, blackberry ke..eh?blackberry?blackberry play book boleh?..oitt!sudah!.
Erkkk..ok2.Caranya tetap sama. Ikut selera masing-masing.
All the best!!

nyum.nyum.nyum..

p/s: I boleh jadi cheff tak?erkkk..

2 comments:

  1. ti!!! sedapnyeee,,nak!!!

    ReplyDelete
  2. meh dtg sini!!ak siap ajar ko buat nanti!!hehehe..

    ReplyDelete

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!