Aug 23, 2011

Tempat berbuka puasa?


Bulan puasa adalah bulan yang penuh berkat dan bulan ini juga merupakan bulan merapatkan semua ahli keluarga dan kawan-kawan dengan bersahur, terawikh dan berbuka. Kalau dah nama bersahur dan berbuka mestilah nak cerita pasal makan. *sambil mengangkat kening.
Kalau pasal makan, mestilah I paling suka!
Selera berpuasa macam-macam rasa nak makan so I try to suggest beberapa tempat untuk Ramadhan 2011 untuk berbuka puasa kalau nak rasa kelainan sikit la kot. Hopefully dapat membantu you ollz!

Minggu pertama berpuasa, tekak ni rasa macam nak makan makanan Indonesia so we choosed Bumbu Desa yang full of Sunda and Padang Indonesian Cuisine. Ada orang kata kat sini masakan Indonesia terbaik di Kuala Lumpur. Tak tahu nak cakap camna, try la dulu. Tapi kalau datang weekend kena booked dulu ok.

Sebelum..

Selepas..MasyaAllah..

Siapa yang suka makan masakan Thailand yang sangat pedas tu. Yess, ini paling best!
Masakan kat sini semua pedas ok! Bukan pedas sikit-sikit, pedas yang melampau!
Lagi satu, sesiapa yang ke sini jangan lupa try air lemongrass ok! Memang best, rasa macam fresh baru lepas massage kat spa.ngeee~ 


Mereka lebih mementingkan handphone dari makanan..haishh.

Renaissance Hotel
Makanan buffet! Ini mesti ramai suka, makan berapa banyak pun bayaran tetap sama. Memang selalunya bulan ramadhan, banyak hotel atau restaurant sediakan makanan buffet macam ni.  


 Selera orang berpuasa..ishh.ishh.ishh..

We're not lucky!

Overall, seafood kat sini memang best! Ais krim pun best!

Anda mahu berbuka kopi Kemaman? Kopi Muar? Antara the best kopitiam lah boleh dikatakan. Surrounding kat sini pun dah macam Kedai Kopi Kampung Pisang dalam Hantu Kak Limah tu sebab siap ada sediakan makanan tradisional macam nasi lemak, pulut kuning, roti jala, soto, tauhu sumbat dan macam-macam. So kalau rasa nak minum kopi Tanjung Malim, tak payah susah-susah nak pergi sana, kat Bangsar ada.




Ya Allah, ini makanan wajib I so memang tak boleh kata tidak.



Ok lah, tu je kot. Sebenarnya banyak lagi tempat untuk buka puasa tapi mata dah mengantuk. Kalau sempat I try inform lagi.
Untuk bazar pulak, disebabkan I duduk area Cheras so the best bazar untuk masa ni bazar Bandar Tasik Pemaisuri sebab paling banyak makanan dan so far tak ada lagi I tertipu. Tertipu tu macam air soya tawar atau basi lah, kuah bawang murtabak basi, laksam campur tepung jagung la. Aduss! Tu memang tak boleh blah. Kadang-kadang tak faham dah la nak cari rezeki, bulan Ramadhan pulak tu. Tak kan nak tipu lagi.
Haisshhhh...

Ehh, psttt..psttt..jom cantik-cantik buat facial nak tak? Nak raya ni..

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!