Showing posts with label informer's counter. Show all posts
Showing posts with label informer's counter. Show all posts

Sep 21, 2012

Rahsia Susu Ibu untuk Bayi


Wahhhh!! Selama I hidup I tak pernah tahu pun betapa bagus nya SUSU IBU kita sebenarnya. Memang la semua orang tahu susu ibu tu bagus cuma I tahu susu ibu tu bagus untuk baby membesar. Itu je.
Jangan tak tahu ye, walaupun I tak kahwin dan tak ada baby tak semestinya I tak boleh ambil tahu pasal susu ibu ni. I pernah tau attend class untuk bagi info kat kakak I(mummy Nieddal ). 
Tapi I ada dapat serba sikit FAKTA KEBAIKAN Susu Ibu ni.

UNTUK BABY
1. Mengandungi antibodi yang boleh melawan segala penyakit dan mengelakkan dari kurang zat makanan. Contohnya cirit birit, penyakit saluran pernafasan, kencing manis, pneumonia, jangkitan telinga (Otitis Media) serta mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik pada masa akan datang. Hebat kan?
2. Mengalakkan tumbesaran baby dan memudahkan penghadaman baby dimana ia mengandungi enzim penghadaman. Memang baby akan cepat membesar kalau minum susu ibu, terbukti pada Addlan Niedal. Tambah lagi cepat bijak. Susu ibu memang mempercepatkan perkembangan IQ baby. Woahhh!!


Budak ni memang membesar dengan sihat. Bila orang tengok ingat dah 7-8 bulan, padahal baru je masuk 3 bulan. Amazing!

UNTUK MUMMY
1. Mempercepatkan pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin, risiko barah payudara & ovari.
2. Cepat dapat kurus kembali. Woot!Woot!Tiada lagi kembangan di perut Mummy. Time ni lah nak jadi slim cepat.
3. Mummy dan baby akan lebih rapat dan berkasih sayang
4. Senang, kalau baby bangun tengah malam tak payah susah pergi dapur buat susu. Hulur je breastfeeding, time mata lelap pun boleh. Angah paling seronok bab ni, sebab dia memang malas bangun kalau tengah malam tu.

WARNING! Tengok gambar kat atas sekali Baby kurang 6 bulan TAK BOLEH MINUM AIR KOSONG. Kita ni punyalah ingat air kosong untuk baby bagus kan. Rupanya tidak, tahu tak sebab apa?

1. Menambah risiko kurang zat makanan pada baby dan baby akan kurang nak menyusu.
2. Tiada istilah nak cuci lidah baby ke mulut baby ke. Air kosong akan menghakis pelindung penyakit yang ada dalam susu ibu dan menambah kuman. Hasilnya baby terdedah kepada risiko penyakit dan jangkitan. Awwww..takutnya. 
3. Risiko keracunan air kepada baby.  Baby yang kurang umur 1 bulan lebih, air yang banyak boleh mencairkan garam dalam darah dan boleh menyebabkan suhu badan baby low, baby kembung dan potensi sawan tarik. Lagi menakutkan!!

Ada juga cara nak make sure susu ibu sentiasa CUKUP dan tidak mengandungi bakteria degil yang boleh terkena kepada baby.
1. Satu jam lepas baby lahir kena bagi susu terus.
2. Mummy kena selalu relax (rest) dan tak stress. 
3. Mummy kena makan makan berkhasiat dan menambah susu. Contohnya kurma, kacang tanah, longan kering, lobak putih, jantung pisang dan makanan yang mengandungi Conjugated Linoleic Acid (CLA) -susu, ayam,daging dan cheese.
4. Selalu menyusu di waktu malam sebab waktu malam lah susu ibu dihasilkan dengan banyak.
5. Jangan makan telur setengah masak/mentah dan elakkan makan aiskrim yang tidak berpasteur.

Itu je kot yang I ingat, nanti kalau tiba-tiba teringat I update kemudian lah,




Babies ni bila tengok dan pegang rasa sangat real, cuma tak bernyawa je. Comel pulak tu.

Bye!


May 30, 2012

Niat Mulia Si Penderma Darah



Isi borang nikah ke kak? Kusyuk sungguh macam jawab exam.



Owhhh..isi borang derma darah rupanya.
Ermmm..tapi malang sekali niat suci Nani tidak diperkenankan, sebab lately dia selalu batuk, so kalau batuk memang diorang reject terus. Takut nanti darah tu ada kuman ke kan.
Anyway kawan-kawan, sebelum u olzz nak derma darah kena lah tau kriteria-kriteria penderma darah. Nanti tak ade lah kecewa macam Nani. Kesian dia..semangat tau dia nak derma darah tadi.
Sebelum u olzz semua sama kecewa macam dia, meh I tolong beritau Kriteria-kriteria Penderma Darah sebenarnya;


1. Warganegara Malaysia..wahhh!macam nak masuk audition Mentor je kan. tapi kalau bukan warganegara pun boleh derma tapi mesti sekurang-kurangnya 1 tahun menetap di Malaysia ni.
2. Selain daripada umur penderma kena lebih 18 tahun dan kurang 65 tahun, korang perlu sihat dan bebas daripada batuk, demam ke selesema ke. Sihat tubuh badan tau tak ada sakit sikit pun dalam tempoh seminggu lepas.
3. WAJIB Manusia yang HUBUNGAN NORMAL dan tak berisiko tinggi. Macam penagih dadah ke, homoseksual ke, biseksual ke, dan pelacur ke tak boleh!
 4. Berat badan kenalah lebih daripada 45 kg. Macam syarat nak jadi polis kan? Haaa..tang ni jugak la yang membuat I out dulu. Berat tak cukup kak..sorry. Sedih? Mula-mula sedih, lama-lama dah biasa. Sob.sob.sob..
5. Tahap hemoglobin mesti melebihi 12.5%. Ini untuk memastikan kandungan darah merah yang mencukupi dan tidak berpenyakit anemia.
6. Tidur lebih 6 jam secara berterusan sebelum hendak derma darah tu ok?
7. Jangan minum alkohol dalam masa 24 jam atau ambil ubat-ubatan especially antibiotik jangan ambil dalam tempoh7 hari sebelum menderma dan untuk immunisasi atau suntikan vaksin mesti lah selepas 3 minggu. Takut mempengaruhi darah nanti. Kalau tak pasti refer kat pegawai kesihatan kat situ nanti.
8. Tidak menghadapi penyakit kronik macam diabetes, darah tinggi, jantung dan macam -macam la. Kalau tak pasti jugak macam biasa refer kat pegawai kesihatan. 
9. Ehhh, kalau ada buat treatment gigi hari tu atau dalam masa 24 jam jangan gatal-gatal derma darah tau.Kalau ada buat surgery atau transfusi darah dalam masa 6 bulan dari masa derma darah pun tak boleh ye!
10. Jap..jap..pernah tak buat rawatan guna "Human Growth Hormone" atau "Transplan Kornea dan Selaput Otak". Pernah ke? Kalau pernah lupakan sahaja niat suci nak derma darah tu ye, memang tak boleh!
11 Untuk penderma wanita harus 5 hari sebelum dan 5 hari selepas haid bersih (pandai-pandailah korang kira date), not pregnant dan not breast feeding baru lah boleh derma darah.
 12. Haa, lagi satu kalau u olzz pernah derma darah make sure tarikh akhir derma darah sebelum ni lebih 2 bulan atau 8 minggu.
13. Jangan bertindik kat mana-mana bahagian badan termasuk akupuntur, tatoo dan berbekam dalam masa 6 bulan tau.
14. Yang ni penting ye..jangan menderma kalau u olzz pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of  Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih, tak pun benua Eropah dari tahun 1980 sampai sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih. Yang ni I tak berapa sure sebab apa.
15. WAJIB! Makan dulu sebelum menderma ye, takut pengsan pulak nanti. Cepat! Tak sabar ni.




Kalau I ada tertinggal dan tersalah info please inform and correct me ye.
Selamat menderma!!

May 26, 2012

#InfoHariIni - Bersin


Arrrrrrrr Choooooommmmmmmm!

Dec 4, 2011

Fast food? Carbonated drink?

Lesson for us..!
Sangat-sangat menakutkan.
Mari kat muhasabah diri dan jauhi fast food dan air gas!!

Nov 27, 2011

Surat Pengesahan JAKIM







Sorry agak terlewat info ni, untuk yang masih tidak tahu TABASCO Pepper Sauce dan HP Sauce yang enak itu sah HARAM mengandungi DNA BABI erkkkk? Nauzubillah..


Nov 12, 2011

Siapa mahu si comel - si comel ini?







Kami sekeluarga dah buat keputusan. Kami terpaksa melepaskan si comel-si comel ini kepada yang betul-betul berminat sebab kami sudah ada 24 ekor si comel, banyak kan?
Memang terpaksa biarkan diorang ni  pergi, so kepada yang berminat leave a message at comment's box atau tweet me at missy_zetty's twitter?
Eh, tapi dengan 1 syarat mesti area Kuala Lumpur tau!


Oct 17, 2011

Quarter POunder Cheese murah RM2.95!!


Pengumuman!!!
Mc Donald yang baik hati bagi Mc Value Meal Quarter Pounder With Cheese semurah RM6.99!!
So maksudnya siap bagi French Fries dan Soft Drink
Kalau compare harga biasa RM9.24 tau, murah RM2.95!
Apa lagi, nak lunch ni. You olz just click gambar kat atas tu then print (photostat banyak-banyak bagi kat kawan-kawan lain juga sebab black and white print out pun diterima). Siap boleh buat kenduri ni.
Boleh beli untuk lunch, hi-tea, dinner dan supper, cuma breakfast je tak boleh.guna. 
Nampak gelojoh la pulak kan?ngeee~
Mari menggemukkan badan!!
Enjoy your meal!!

Oct 15, 2011

Rahsia Si Perompak

source : google

Baru-baru ni my lady boss baru je kena rompak. Scary kan bunyinya? Macam ni cerita dia, lepas dia keluar dari bank and naik kereta, dia ingat dia nak dropped sekejap kat her friend's house. Malang sekali time die turun kereta ada dua lelaki ikat dia masuk dalam kereta bawa ke satu tempat. Sempat perompak tu niat nak bakar dan bunuh my boss sebab dalam handbag dia cuma ada duit 1000+ dan handphone je.
Tiba-tiba ada teksi berhenti dekat kereta tadi then diorang pun keluar lari lintang pukang dengan handbag boss I. Yang pastinya, pemandu teksi dan penumpang teksi yang baik hati tu tolong hantar boss balik. My lady boss still trauma sampai sekarang.

Anyway guys,disebabkan cerita tu I nak share dengan you all Rahsia Sindiket Perompak. I tak nak nanti you all leka dan tak hati-hati.
Perompak ni  akan bergerak dalam dua group atau dua orang di dua lokasi.
Satu group di dalam bank dan satu group di luar bank.
Group di dalam bank ni akan bertindak perhatikan siapa yang withdraw duit paling banyak akan menjadi mangsa. Diorang akan ambil gambar si mangsa dan mms kepada group diorang yang tunggu kat luar bank.

Bila gambar dah diterima group perompak kat luar bank akan ikut mangsa, bila sampai waktu dan tempat yang sesuai diorang akan terus rompak. 



Please be careful when withdrawing money from the Bank or ATM. Kalau boleh bawa seseorang untuk teman ok?

Jul 31, 2011

Niat Puasa

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Let's start our Ramadhan with بسم الله الرحمن الرحيم and lil prayer. 
May this holy month be filled with countless blessings.
Have a splendid Ramadhan everyone!! Jangan ponteng puasa tau!!

Jul 27, 2011

Mohon Passport melalui Online

Tak tahu lah I yang ketinggalan zaman ke, atau benda ni baru diwujudkan.
Kepada sesiapa yang tak tahu lagi sekarang ni Kerajaan Malaysia dah berjaya memudahkan rakyat dengan mengadakan Permohonan Pembaharuan Passport secara online yang dipanggil MyIMMs- e-services
Wahhh, Best kan?
Tak ada lah kita bazirkan masa satu hari kat Imigresen tu. Tak payah lah nak bangun awal dan beratur jam 6.30 pagi kt sana.
Cuma you all kena betul-betul ikut semua syarat kat website ni.
Kalau tak hangus terbakar duit you all RM300 tu. Ya, kalau dah bayar lepas tu tak ikut syarat-syarat Imigresen duit tu diorang dah tak pulangkan dah. Memang ada pro and con guna application ni so memang kena baca betul-betul syarat dia. Sebenarnya syarat dia tak susah mana pun, cuma gambar je kena make sure betul-betul berukuran passport dan bukan gambar posing ala-ala model tu. Jangan lupa gambar mesti background biru.
Ala..kalau susah sangat pergi kedai gamba cakap dengan apek kedai gambar tu nak buat gambar passport. Confirm betul.


Lagi satu, MyIMMs- e-services bukan takat service passport je, banyak lagi services yang diorang sediakan macam untuk Permit, Visa, Lawatatan Sosial dan MACS. Tengok lah sendiri kat website MyIMMs- e-service tu baru tahu.



 So apa lagi cepat check passport dah expired ke belum. Jangan esok nak pergi oversea, hari ni baru perasan passport dah expired. Ingat tau kena renew passport 3 bulan sebelum nak fly tu ok?
p/s: I dah macam Penguasa Imigresen kan? (-_-)

Jul 23, 2011

How to Love A Woman?

 "You don't love a woman because she is beautifull, but she is beautifull because you love her"


"You may not be her first, her last, or her only. She loved before she may love again. But if she loves you now, what else matters? She’s not perfect - you aren’t either, and the two of you may never be perfect together but if she can make you laugh, cause you to think twice, and admit to being human and making mistakes, hold onto her and give her the most you can. She may not be thinking about you every second of the day, but she will give you a part of her that she knows you can break - her heart. So don’t hurt her, don’t change her, don’t analyze and don’t expect more than she can give. Smile when she makes you happy, let her know when she makes you mad, and miss her when she’s not there."

- Bob Marley -

p/s : No wonder why women love rockstar. But women will more love you when you buy this for them. Yup, this one..here

Jul 20, 2011

Elegant and polite dress!

Kate Middleton's Dress









She looks so polite and ayu!!
Her dresses so sensibly.
How lucky are she!!
Nak kahwin anak raja pleaseeeee...
erk? (-_-')

p/s : Ooo Emm Gee!!!What??You ran out of credit at 2.00 a.m.? It's ok, you can top up anytime here and everywhere you are.

Jul 12, 2011

Just a random entry!!

Holla!!!I have many things to update tapi tak sempat-sempat, sampai dah jadi pekasam dah kot cerita tu. Bukannya tak ada masa free cuma bila nak on laptop je mama ajak keluar la, baru teringat nak study la, baju tak cuci lagi la..banyak dehh halangannya.

Kerja?Wahhh..tak mahu cerita boleh tak?Banyak sangat yang menyakitkan hati daripada merawat hati.
 Fullamak..ayat macam penjiwang tegar. Apa-apa pun berpegang pada moto diri Berkhidmat Untuk Negara.
Tapi kalau ada kerja yang lebih menarik, sila lah offer ye.wink~~


Braces?Ok, yang ni best cerita. Gigi I kat atas dah move sikit. Nampak lah elok sikit daripada biasa kan?
Cantik lah jugak kan?teeettt~ ok perasan terlebih nampaknya.
Next two weeks akan berjumpa semula dengan dentist paling kacak abad ini. Saja 'kipas' doktor supaya dia lebih gembira merawat gigi ini. Cehhh!

Sebenarnya I ada benda nak share dengan you all ni.
Baru-baru ni I ada terbaca satu article pasal tidur.
Tidur? kenapa tidur?


Sebab I tak puas hati.
kenapa baby boleh tidur sampai 18 jam sehari 
tapi kita cuma tidur 7 - 8 jam sehari?
Lagi tak best, kalau kat rumah confirm kalau bangun lambat kena jerit dengan mama, tapi kalau budak kecik ni tak pe pulak.

 Tengok tu..tidur je. Tumbuk kang!

Jul 4, 2011

Welcome back to Phat Fabes & Ben!!!


Good News!!!!
Whoever miss Phat Fabes & Ben, they are bacckkk to fly fm!!!
wottt..wottt..wottt..
They are duty from 4p.m.-7p.m...so maksudnya you can listen them NOW!!
Cepat on radio!!! 
Great to know Phat Fabes & Ben back again as it certainly has been different without them!!!
I really miss you guyssssss!!!!Rindu gila!!
Like Incubus's song..I miss you!!
Ehh, cakap pasal Incubus. 
Jom! Jom! Jom!

Jun 24, 2011

Last day for Phat Fabes & Ben in Fly FM Pagi Show


Everybody knows today is last day for Phat Fabes & Ben in Fly Fm Pagi Show.
Yup, It is a really bad idea. 
Everybody loves them. Everybody needs them.
Anyway,who gonna replace them?
Pagi Rock Crew?
Honestly, that trial run with Nadia, Hafiz and Prem in Pagi Rock Crew was not really fun! Tak kelakar pun!
Hello Mr. Seelan! What are you trying to do?
It is a bad idea..I guess.
(-_-)



Dear Phat Fabes & Ben,
You guys have always been the best DJs in the world!
Feels so good driving and so much laughing (not sleepy at all) to work every morning listening your Pagi Show!
I just wanna tell you that ain't nobody can replace you guys! 
All the best in everything! We gonna miss you guys!!


p/s: OMG!Let's win all expense paid trip to catch LADY GAGA LIVE!!!
Just fill in this form!!

May 16, 2011

Ketulusan Hati bukan Anuar Zain

Ingatkan Anuar Zain seorang je yang nyanyi lagu Ketulusan Hati.
Rupanya ada penyanyi Indonesia Marshanda pun nyanyi lagu Ketulusan Hati.
Ala..tajuk je same tapi lirik dan muzik sangat lain.
Sumpah, I dah jatuh cinta dengan lagu Marshanda ni.
Sangat meaning full!!!

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku


Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon


Yaa Allah ridhoi ketulusan hati

Yaa Allah beri aku ketabahan

Yaa Allah aku sanggup berkorban

Demi rahmat-Mu Yaa Allah



Di dunia yang sarat godaan

Ku mohon dosaku diampunkan

Ingin bahagia, Dunia akhirat

Turunkan rahmat-Mu untukku



Yaa Allah ridhoi ketulusan hati

Yaa Allah beri aku ketabahan

Yaa Allah aku sanggup berkorban

Demi rahmat-Mu Yaa Allah 



May 7, 2011

Jangan Cari Saya Lagi

Attention kepada Pak Cik Polis dan Pak Cik Majlis,
Dengan ini saya mengakui bahawasanya saya..

Sudah bayar saman!!hooyeayyy~~







Lega sangat-sangat. 
Sebenarnyakan, sekarang ni bila kena saman dengan Polis memang langsung dah tak de diskaun-diskaun.
Kalau kena saman RM150, RM150 jugak lah you kena bayar. Ye, memang menyedihkan. 
Tu lah siapa suruh parking sesuka hati! (-_-)
Tapi bila kena saman dengan Majlis Perbandaran  Ampang Jaya ada diskaun tau!!
I kena saman RM50, diorang charge RM20. Terima kasih MPAJ!! I love you lahhhh!!
Apa-apa pun, yang penting jangan parking kenderaan sesuka hati mak ayah kita je tau. Kena check betul-betul ada line kuning ke tak, ade kotak parking le tak,
 kalau kena bayar parking sila bayar ye.
 Jangan jadi seperti saya. (-_-')

Mar 31, 2011

Weird Hairstyle!!

I memang suka tengok hairstyle orang, so bila dah sampai Australia hari tu I pun bukak mata lah kan.
Macam-macam style tapi ada satu hairstyle yang pelik tapi ramai yang buat iaitu...


Taraaaaa!!
High Beam Hairstyle a.k.a Gaya Rambut Orang Berpantang.
Errkk..ye itu lah gaya rambut yang sangat famous di Australia.
Hairstyle ni pun ramai jugak orang kat Malaysia ni yang dah ikut.


So I pun apa lagi, try lah gak nak rambut camtu kan.


Opsss!tak cukup tinggi. Padahal rambut tak cukup panjang.huhu..
Ehhh,ada satu hairstyle yang weird dan confirm orang Malaysia tak ikut,



Ada berani? (^_*)



Mar 26, 2011

Tips sebelum bergelap (Earth Hour)

Amboi..mentang-mentang 
malam ni Earth Hour sibuk ye cari port tuk duduk gelap-gelap ye.
Jangan nanti kena tangkap siapa susah? Mereka dan keluarga mereka jugak yang susah.



Apa-apa pun kita kena support Earth Hour ni dengan cara yang suci dan baik ye.
Macam mana nak support?
Malam ni pukul 8.30 kita dah kena switch off semua yang berkaitan elektrik kan. 
So I suggest you should do some preparation, such as; 
1. Beli candle banyak-banyak, kalau candle wangi lagi best tak de lah nanti bau-bau gas yang tak menyenangkan wujud.ngeee~ tapi jangan banyak sangat, nanti terbakar pulak.
2. Makan makanan yang sejuk-sejuk dan mandi sebelum pukul 8.30 malam, nanti tak de lah kepanasan.
3. Eh, peti ais pun kena off tau, tapi sebelum tu kena beli ais banyak-banyak kat kedai letak kat peti ais supaya ikan, daging, sayur, susu semula barang dalam peti ais tu maintain sejuk dan tak layu.
4. Update status facebook dulu, kalau nak contact selepas pukul 9.30.
5. Keluar rumah, dan lepak-lepak la bersama-sama kawan-kawan supaya tak menimbulkan syak wasangka..ngeeee~

SELAMAT HARI GELAP GELAP!!


Mar 12, 2011

Tsunami Warning!!





Please be alert a tsunami warning and earthquake have been issued for Guam, Taiwan, Philippines, Marshall Islands, New Guinea, Indonesia, Hawaii, after a size of 8.9 struck the east coast of Honshu, Japan, March 11, 2011 5:46: 23 UTC clock.

p/s: Alhamduillah..Malaysia dan Australia safe daripada Tsunami