Showing posts with label just babbling. Show all posts
Showing posts with label just babbling. Show all posts

Sep 10, 2012

Braces Update

Setelah 1 tahun 9 bulan gigi ini dipagar besi, nak tahu progress terkini braces ni?


Tu dia budak gigi besi!! Tengok gambar atas ni dan compare dengan gambar kat entri yang dulu ni. Beza kan gigi dengan tahun lepas? Gigi dah bergerak dan tiada ronggak!! Hooyeayyy!

Appointment dengan dentist hari ini macam setiap bulan sebelum ni, gigi diketatkan dan di tukar besi. Kelainannya cuma dentist bagi I bekal bawa balik. Eh, bukan bekal makanan la. Asyik pasal makanan je..tahu la I memang kuat makan. Bekal rubber band. Dentist beritahu gigi I cepat bergerak, banyak improve. Alhamdulillah..


Rubber band yang dibekalkan ni bukan untuk ikat rambut tau, ini untuk tarik gigi supaya duduk di alignment yang betul dan cantik.


Source : Google

Ikatan rubber band tu akan jadi macam kat atas ini tapi bersilang sikit. Kena tukar dan pakai setiap hari tanpa GAGAL. Erkkk..yang penting sakit!!grrrrr...


Tunjuk gigi lagi dengan Adlan Nieddal. Dia pun dah menyampah Aunty dia ni asyik ambil gambar je. Sorry darling!

May 26, 2012

#InfoHariIni - Bersin


Arrrrrrrr Choooooommmmmmmm!

Mar 23, 2011

Dimana Cikgu Rathi?

Hari ini semua pelajar yang ambil SPM dapat result!!!
Huuwaaaa..nervous kan?
Malam ni confirm keluar Buletin Utama dan esok lak kuar paper!
Best..best..best..
Tahniah untuk yang berjaya dapat flying colours. Yang tak berjaya, tak pe. Ini bukan penghujungnya boleh cuba lagi dengan cara dan masa yang berbeza. Mungkin, ada hikmah disebalik kegagalan kita ini. Yang penting hati kena bersih..
Ehh..pandai pulak nak beri bercakap ala-ala Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.


Tiba-tiba teringat zaman tingkatan 5 walaupun bangunan sekolah tidak bertingkat 5 dan tangga sekolah ada 5 bertingkat-tingkat..sila, jangan merepek ye.erkk!ok!
CIKGU RATHI DEVI a.k.a Kajol Malaysia pffft~
seorang cikgu yang paling beriya-iya macam dia yang nak amik SPM time tu,
dia jugak lah yang beriya-iya risau
Kawan-kawan ingat tak, kalau masuk kelas dia awal dapat gula-gula. Kita dilayan macam budak-budak tadika yang comel!ngeee~
Pastu setiap sekali kelas mesti cakap "SPM nanti mesti Science A1!"
Suara dia jangan cakap lah 10 batu boleh dengar suara dia.
Bila kita lambat mesti dia jerit panggil nama kita dari lab. Semua orang boleh dengar kot time tu. Malu jangan cakap la kan.
Tapi yang paling sadis dan menyentuh perasaan, time amik result habis kita dipeluk dan menangis kegembiraan, sebab ramai dapat A!!!
Wahhhh!!Seronok teringat masa dulu. Nasib baik ada Cikgu Rathi. Kalau tak mesti kita semua tak dapat A kan?Cikgu Rathi dimanakah kamu?

Itu bukan Cikgu Rathi ye, itu Cikgu Badariah.

Zaman Kanak-kanak Ribena
p/s: rindu kan zaman dulu-dulu?

Feb 23, 2011

Manusia ke ni?



~Speechless~

Feb 1, 2011

the best PSYCHO song EVER!!



I love BRUNO MARS!!!I really LOVE ALL of HIS SONGSSSS!! 
 and of course I love GRENADE!!
GRENADE is so great music song!!I I love this song being singing everywhere!! I listened to this over 10 times!!!ngeeee~
Ermmm..by the way, what is the meaning of this song?

Bruno said, GRENADE is the extreme way of saying “I’d do anything for you and why can’t I feel you would do the same for me?”

..I'd catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya
I'd jump in front of a train for ya
You know I'd do anything for ya
Oh, I would go through all this pain
Take a bullet straight through my brain
Yes, I would die for you baby
But you won't do the same
No, no, no, no...

 Ermmm..he would do all of these things for his adore and it's a little toooooo obsessive. Cuba bayangkan if you were to just start seeing someone and after 2,3 kali dating, he was already saying they would die for you and they don't want to live unless it's with you. 
yewww!!psycho!!! 




note: SELAMAT HARI WILAYAH!!!yeaaaaayyy!!cuti lagi!!!

Jan 24, 2011

OUR BAD WEEKEND!


OUR = My Blacky(kereta kesayangan ku) & ME

Adusss!Tak tahu lah apa lah nasib kami.

Hari Sabtu = 22 Januari 2011
I parked My Blacky dekat dengan Mid Valley to fetch Eja, tiba-tiba ade teksi merah knocked and scratched my Blacky from behind leaving a deep scratch. 
Yang paling teruk, teksi tu run off!!
TEKSI KEJAM!!
Kesian Blacky..

Damn!Deep scratch.
Hari Ahad = 23 Januari 2011
Sometimes you have moments where you lose your mind. This happened to me last night.
 I lost my car keys at the Pasar Malam.
Arggggggggghhh!!
(-_-)

update: Alhamdulillah..I found my car keys!!!!opsss..not me but my Ayah!!Terima kasih ayahku!!Sayang kamu banget ni!!

Jan 20, 2011

Aku Bukan Samseng Jalan Raya

Whoaa!So drama! Hey,but I'm NOT Samseng Jalanan V3 or Samseng Jalan Raya la!! 
I've no idea what the hell I'm doing last Monday night (maybe because of Monday Blues kot).This is probably the craziest thing that has ever happened to me. If you part of my friend lists in Facebook, you would have known already. For those who don't know what the fcuk i'm talking about, here the story. Ehh, kenapa tiba-tiba nak speaking London ni?
Maklum lah baru semalam meeting dengan Mat Salleh yang berspeacking London. 
Lidah pun tak betul lagi. Sila ambil vessel besar kat bilik air.Bluweeekk!
Sudah sudah cukup! Let's get back on topic, peeps! (eh,speacking lagi?sudah ok!baiklah~)
Macam biasa I balik office memang traffic jam tak payah cakap lah kan. Kuala Lumpur ni jam kadang-kadang kalah New York City. Hebat kan?Hebat dengan jam yang menyakitkan hati! Ok, tak nak merepek pasal jam. Dalam I tengah panas hati pasal jam
Ada satu junction yang time tu I nak turn left tiba-tiba satu kereta Honda yang memang kurang sopan tak bagi salam, tak de budi bahasa across depan I nak turn left jugak. 
"Hello!Kita ni rakyat Malaysia kaya dengan budi bahasa, kalau tak reti nak bagi salam bagi signal. Apa lah!!"
I pun dengan marahnya hooted sekuat hati kat dia pastu I terus switched high beam kat dia dalam 2-3 minit gak la. Memang dah agak dia akan panas hati, dia slow then berhenti kat kiri jalan.
Bila I dah kat depan dia, dia pun apa lagi high beam kat I balik lah. Malang untuk dia, I potong orang depan dan terus ke depan. So dia akan high beam kat orang belakang lah kan? Panas lah hati dia yang memang dah terbakar tu. Dia pun potong lane orang belakang tu dan start himpit kereta I ke kiri. Goshhh!
"Oiit!tak sayang kereta ke?No.plat baru. Kereta mahal."
Bila dia dah himpit ke kiri, yang I ni pulak  himpit dia ke kanan arah jalan dan dia lagi lah himpit I balik ke kiri sampai dah nak accident I pun hooted sekuat hati dan kereta lain hooted sama.
Dekat traffic light, tiba-tiba dia keluarkan kepala bebel-bebel apa entah kat I sambil tunjuk vulgar sign with his fingers.(astaghafirullalazim) I pun dengan muka kerek dengan berani cakap
"Apa?Apa?Apa hal?"
Bila lampu hijau terus dia jalan dengan laju.


Sempat jugak I raba-raba handbag cari camera untuk catch gambar si Honda ni


Bila fikir balik, Astaghafirullalazim. Kenapa lah I seberani tu buat kat orang. Mungkin memang tengah marah dan penat kot, sebab tu masa time class driving class dulu cikgu nasihat jangan memandu dalam keadaan marah. Ermmm. ok!

Muka suci bila dah jadi Samseng Jalan Raya.

Bila kat rumah cerita dengan Bapa, Bapa berkata 
"apa nak jadi ni anak dara ayah ni jadi Samseng Jalan Raya."'
 Sampai hati beliau berkata begitu. (-_-')


nota kecil: 20 kali internet break down time blogging ni gara-gara broadband ni.adusss~

Jan 8, 2011

Senyum~



No matter how grouchy you're feeling,
You'll find the smile more or less healing.
It grows in a wreath.
All around the front teeth,
Thus preserving the face from congealing.
~Anthony Euwer

Jan 5, 2011

Bila gigi saya ronggak!

Braces saya sudah berumur 1bulan.
2nd Appointment dengan Doktor Zahrin.
Yaaaaa, Beliau rongak kan gigi saya!!

Ohhh..Tidaaaakkk!!!
2 batang atas 2 batang bawah. Adusss! Boleh pengsan tau kalau tengok.
Sebelum cabut tu, dia injection mulut dan gusi guna bius, awww..gile tak sakit.bius tu nanti tak de lah diorang terkejut dengar jeritan batinku ni bila cabut gigi nanti.
Bila dah bius tu sumpah tak sakit. Kalau sakit bukan bius la namanya kan.
Mulut time tu memang dah rase cam mulut Angelina Jolie campur Ning Baizura campur Meagan Good campur Jay Z campur Kim Kardashian. Banyaknya campur? Ye, susah nak digambarkan. Tapi itu yang dirasa.huhu.
Kebas gila sampai hidung nak bernafas pun susah. Betul la kan hidung bernafas?
Lepas dah cabut, doktor suruh balik dan datang pagi esok untuk pasang bracket.
So hari ini gigi saya sudah ada bracket yang cantik.



Kali ni, PURPLE menjadi pilihan!!
Ingat nak pilih pelbagai colour tapi nanti takut pulak kalau pergi meeting confirm orang lagi kate saya macam budak-budak.haisshh..untuk menjadi kelihatan lebih matang dan skema pilih 1 colour je la.( -_-)

Warning!!
Cuma nak ingatkan sesiapa yang baru cabut gigi jangan gatal-gatal gigit kuat-kuat kapas yang kat gigi berdarah tu dan jangan ngada-ngada tunjuk ganas bila cabut kapas tu dengan kasar. Takut ubat tahan darah tu melekat kat kapas, nanti jadi Raja Bersiung pulak makan darah. Raja Bersiung tak pe lagi makan darah orang ni darah sendiri.e...yeeeeeww~~
Ya,experience sendiri. Semalaman kot telan darah sendiri. Sadiskan? 
 Ya, saya lah waris Raja Bersiung (-_-')

Dec 11, 2010

First week with braces

Since I pakai braces, I tak bagitahu pun kan macam mana jadi Miss Gigi Besi ni
Saje tak nak bagitahu sebab nak amik mood. Cehh, yela tu. Padahal mood tengah sakit.

First day bersama braces. Baru je lepas jumpa dentist time ni. Muka pucat bukan sebab takut jumpa dentist tau tapi sebab tak make up. Eleh..cover line je alasan tu. Memang pun tapi time ni ok lagi
Bila dah masuk second day pakai braces, I memang macam menyesal pakai. Sakit jangan cakap lah. Bangun pagi sakit! Gosok gigi lagi sakit weiii! Makan? Jangan cakap rasa macam nak tertanggal gigi dan gusi ni. Mulut pulak dah macam mulut Angelina Jolie. Kalau cantik macam dia tak pe jugak.
Ramai yang nasihatkan sakit sekejap je paling lama pun 1 minggu je. Mula-mu la tak percaya, tapi rupanya memang betul la. Hari keenam, hidup I dah semakin normal. Tak de dah mata berair tiap-tiap pagi dan setiap kali gosok gigi. Yang penting tak payah dah makan pain killer. Hoo-yeaayyy!!

Yess, I choosed PINK for my braces!

Hah nak Warning ni, tiba-tiba I teringat sesiapa nak makan pain killer jangan makan pil sebarangan tau. Pernah terkena pada diri ku yang konon-konon bajet doctor pergi telan aspirin 300mg as my pain killer. Lepas tu tibe-tibe my heart beats start so fast plus my entire body shaking non stop. Gila ko? Tu la pasal, akibat perasan diri doktor. So please anyone just take panadol for your pain killer. That helpful enough.

Aspirin yang buat I jadi parkinson.



Yang ni pulak wax untuk letak kat brackets yang tajam, dia akan protect mulut kita. Nanti tak delah ulser dan luka mulut yang lembut dan comel ni. Tengok tu dah start perasan. Baik I stop. Nanti you all muntah pulak.
Eh, jap kenapa tak cerita experience makan bersama gigi besi itu?
Haishh, makan je kerja ye. Next entri I cerita ok?

Dec 7, 2010

Tips nak tukar address blog?

You all rasa nak tukar address blog tapi tak tahu?
Mudah dong sayang..
Ikut step ni ok?Jangan miss satu pun ok?
  1. Lepas you log in,you akan berada di dashboard kan?Sila click Settings.
  2. Then click Publishing, kat situ ada Blog*Spot Address kan? You taip je ape name address blog yang you nak tukar tu.

3. Masuk kan Word Verification then Save Settings. Kita nak tengok address blog tu dah digunakan orang lain ke belum, nanti akan ada kat situ available atau unavailable. Kalau unavailable tu cari la name address yang lain ok? Kalau available tu boleh lah teruskan.

Mudah kan?Apa tunggu lagi, pergi lah tukar. Eh,jap tapi tips ni untuk blogspot je tau. Tapi kalau you nak register domain name untuk your blog boleh lah click Custom Domain, caranya sama macam blogspot tadi cuma kena charge $10 (USD) setahun.
Ermm, faham ke ape yang beritahu? Kalau tak faham, buat-buat faham je la.
(^_*)

Dec 6, 2010

Seribu Kali Cinta tiru cerita 50 First Date?


                     
Tengok tak cerita Seribu Kali Cinta setiap hari Isnin sampai Khamis pukul 6.30 petang?
 Tengok kan?
I pun tengok gak, tapi tak selalu sebab kerja kan baru 3-4 kali kot tengok. Balik pun kadang-kadang malam baru sampai, eh silap-silap bukan kadang-kadang tapi selalu. Maklumlah berkhidmat untuk negara.cheewah!jangan muntah ye.
Walaupun bukan selalu I tengok cerita ni, tapi I macam terperasan persamaan cerita ni dengan filem 50 First Dates ala yang hero Adam Sandler dan heroin Drew Barrymore. You all perasan tak?
Yela, watak Intan Ladyana sebijik same dengan watak  Drew Barrymore gadis pulau menghidap penyakit Amnesia maksudnya apa je yang berlaku hari ni confirm esok dia lupa. Same jugak dengan watak Kamal Adli dan Adam Sandler yang takut commitment pada mulanya tapi jatuh cinta dengan gadis pulau tadi dan sentiasa berusaha untuk buat perempuan tersebut ingat dia setiap hari.
Alamak..tak best la macam ni, tak kan orang kita dah tak de idea kot. Tak kan sampai nak amik idea cerita orang luar.
Tak pe lah, cerita ni pun tak habis lagi. Kita tengok ending dia macam mane. Mana tahu ada yang tak same kan?
Apa-apa pun Kamal Adli dalam Seribu Kali Cinta hensem yaww!!!

Dec 5, 2010

Rahsia terbaru dalam beg Wanita ini

  Semua orang kate handbag WANITA ini macam poket Doraemon sebab Macam-macam Ada.
Jangan kate purse, barang make up, external hardisk, ubat sakit kepala, chocolate, sos cili pun ade tau. Maklum lah Doraemon la kate kan.
Kalau nak tahu sekarang dia dah tambah barang baru dalam handbag dia tu.
Nak tahu apa dia?
Jeng..jeng..jeng..

Taarrrrraaa...
disebabkan kini saya bergigi besi terpaksa la mengusung benda-benda ni semua ke mane saje..untuk pastikan gigi besi saya berkilat seperti Sunlight.
Ehh, ape ko ingat ko diva?artis? orang nak terjah ape ade dalam handbag ko?
Ada aku kisah?
Ermm..ok. *merajuk lari kat belakang pintu sambil tutup muka (-_-)


Ehh, bila tengok gambar kat atas sekali tu teringat kat Kak Chik Didie.
Ada sesiapa tahu kat mane Kak Chik tak? Kat dalam gambar atas tu dia kat tengah-tengah antara saya dan Eisya.
Maaf, ini bukan kaunter pertanyaan.
Ermm, ok. Merajuk kembali. (-_-')

Dec 4, 2010

harga minyak RON95 naik 5sen dan gula naik 20 sen?

"Subsidi sebanyak 5 sen/ liter petrol RON95 dan diesel,
5 sen/kg  bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen/kg gula dikurangkan berkuatkuasa hari ini"
so

Harga petrol RON95 = RM1.90/liter
Diesel = RM1.80/liter
LPG = RM1.90/kg
Gula = RM2.10/kg


Speechless but no wonder!
Tak pe lah maybe ada hikmah untuk kita semua.
(-_-)

duduk je kat rumah dan minum air milo tak de gula.
(-_-)

Nov 26, 2010

Malaysia ada Black Friday?

Bestnye..Malaysia ada Black Friday!!!


Black Friday ni hari yang paling best untuk semua orang yang ade kat United State!!!
Nak tahu sebab ape?
Time ni memang sale dan promotion yang melampau-lampau tahap gaban boleh dikatakan semua shopping mall kat sane !
Bayangkan ipad cume $99, Samsung TV LCD 32" pulak cume $32, ..
hello?siapa yang tak gile kan?
Selalunya Black Friday dibuat setiap hari Khamis minggu ke 4 dalam bulan November tiap-tiap tahun, so sale akan start pukul 5 pagi
For sure orang tak tidur malam sebab nak tunggu Black Friday ni!!
Malang sekali Malaysia tak ade..(-_-)
Tapi tak pe, MEGA SALE ade!!
Hoooyeaaaayyyyyy!!

Nov 23, 2010

10 Tips tidur nyenyak dan best seperti saya!

 Hari ini I nak tunaikan janji *seperti lagu Janji ManisMu* sebelum ni kat entri overdose sleeping pills.
I tak nak nanti ade yang makan ubat tidur sebab susah nak tidur."tak mo..tak mo..tak mo ok?"
Lagipun I memang ratu tidur sedunia so apa salahnya I bagi tips macam mana I boleh tidur dengan nyenyaknya ala-ala Sleeping Beauty.
Saya dengan ini mematraikan janji *wah,mentang-mentang kerja goment ayat pun ayat gomen..tapi I memang sukakan bahasa goment dan skema* (^_*)


tidur senyenyak irfan!!

1. Bilik tidur wangi
Bilik tidur haruslah diletakkan room fragrance, sekarang dah macam-macam bau dan macam-macam jenis ada pilih je. Kalau boleh pilih lah yang aromtherapy,santai sikit tapi tak kisah lah janji wangi dan tak memeningkan. Paling penting jangan lah pulak letak benda-benda yang berbau kepam dalam bilik tidur contohnya stoking yang dah pakai 3 bulan tak berbasuh tu. Kalau ada confirm bukan takat tak boleh tidur, boleh pengsan terus. Eh, satu lagi kalau sesiapa yang smoking, jangan berasap dalam bilik tidur yang indah tu, nanti dari wangi terus jadi hapak. Siapa yang susah? Mereka dan Keluarga Mereka Lah yang susah sebab BUSUK!!

2. Situasi bilik ala-ala candle light dinner
Maksud I ala-ala candle dinner tu tak de lah lampu tu terang sangat dan tak de lah gelap gelita lepas tu senyap je. Lampu tu suram je. Lagi best kalau sejuk, selalunya kalau sejuk lagi senang kita nak tidur. Jangan pulak kalau rumah tak de air cond, nangis-nangis kat mak suro beli air cond. Pakai kipas pun okey. Ni lagi satu, sila elak daripada tidur dengan orang yang suka snore ataupun dengkur. Kalau terpaksa gak sila tidur sebelum mereka tidur ok?dan you pakai lah ear plug time tidur. Tak de lah terganggu sangat tidur nanti. Untuk pendengkur pulak pakai lah  'Breathe Right' ala..yang pakai kat hidung tu untuk anti-snore. Bagus untuk pernafasan semasa tidur. Kurang lah sikit dengkuran tu. 
 
3.  Bantal dan tilam yang bersih dan selesa.
Bantal dan tilam yang nak gunakan tu jangan lah keras atau lembik sangat, ikut yang rasa-rasa selesa dan empuk. Tapi tu tak kisah sangat, yang perlu dikisahkan kebersihan sarung bantal dan cadar, haruslah ganti setiap 2 minggu cuma kalau sesiapa yang memang jenis buat world map kat bantal dan tilam seharusnya tukar lah setiap kali anda buat map tu ye. Nanti anda juga yang nak tidur kan?
 
4. Makanan teratur
Pastikan kalau nak makan 2 jam sebelum tidur tau?Selain daripada nak elak perut buncit macam belon, badan dan perut akan jadi lebih selesa. Tak de lah senak bila kita baring tu kan.

5. Exercise!
Badan kalau penat, sangat senang untuk tidur. So kalau waktu siang kita tak buat apa-apa kita kena exercise sebelum masuk tidur. Tapi kalau balik kerja, badan memang penat so terpulang lah exercise lagi bagus!

6. Minum hot milk!
Minum lah susu sebelum tidur. Ni yang selalu I buat, dan selalunya menjadi. Tapi jangan minum air berkafein macam coffee, tea dan air bergas macam coca cola, pepsi sebelum pukul 6 petang ok?kandungan kafein dan karbonat boleh buat anda susah nak tidur.

7. Bersihkan diri
Sebelum nak tidur tu jangan lupa gosok gigi, cuci muka dan cuci. Kalau perlu mandi, mandi  dengan air panas eh bukan air suam je. Kalau air panas takut kulit kering pulak. Supaya badan kita selesa sikit.

8. Tidur bila sampai masa.
Maksudnya kalau you memang selalunya tidur pukul10 , tidur lah pukul10. Jangan ngada-ngada nak tidur pukul11 malam pulak. Sebab kalau you tidur lebih daripada masa yang patut tidur confirm potensi mata nak tidur dah kurang. Jangan time tu bising-bising mata tak boleh tidur. Orang dah ingatkan dah ni.
 
9. Baca doa
   Ini yang selalu I ingat kan dan beritahu kat kawan-kawan yang susah tidur. Baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali dan surah 3 Qul selain daripada memudahkan kita tidur ia juga boleh mengelakkan rumah kita dimasuki pencuri. Selalunya lepas je I baca ayat terakhir bismillah confirm I dah selamat belayar ke lalala land..

10. Baca buku
Ni kalau you tak boleh tidur jugak, sila ambik buku Kajian Tempatan Darjah 5 (eh,ada lagi tak subjek tu?) yang adik-adik anda punya atau buku Sejarah Malaysia Tingkatan 5 baca tanpa henti. Confirm ngantuk! Tak tipu!


I memang kuat tidur sejak azali lagi. dalam kelas pun tidur (-_-)

Oct 30, 2010

Negeri Sembilan vs Kelantan tonight!!!

 

Aik?kenapa tiba-tiba lagu Negeri Sembilan ni?
Bukan apa, selain daripada lagu ni comel, ayah I kan orang Nogori so terpaksalah sokong sekali. Lagipun players Nogori pun kacak juga dong!ngee~
Apa-apa pun, I nak beritahu untuk supporter dua-dua team;
Tak mau gaduh-gaduh ok!
Kita kan 1 MALAYSIA! 

Oct 27, 2010

Blackberry Torch 9800-->must have!!!

First time tengok Blackberry Torch 9800 di website Blackberry. Terus tekad nak dapatkan, tapi mahal kan?
Adoyyai, mana ada duit. Eh, kejap. Nuffnang buat contest Blackberry Torch 9800. 
 Wahh, best! Siapa tak nak kan?


  You tahu tak betapa bestnya Blackberry Torch 9800? Tak tahu?

Selain daripada Camera 5MP dengan auto-focus, geo-tagging, LED flash, image stabilization dan continuous auto-focus! Semestinya hasil gambar nanti berkualiti dan tak ada lah blur or pecah-pecah gambar tu. Yela, I ni kan gila gambar mesti lah nak picture quality yang lumayan!!
Kalau nak ambil gambar banyak-banyak dan download lagu banyak-banyak kita boleh 
gunakan microSD card dengan memory 8GB memory hingga 32GB memory dalam Torch ni. Best-best!

Blackberry Torch 9800 ni sangat-sangat membantu kita apa sahaja, tak percaya?Ok kalau nak buat kerja-kerja office ke dia sediakan application Document Editor contohnya macam Word, Power Point, dan PDF . Kalau sesat ke Blackberry Maps membantu, kalau boring tak tahu nak buat sediakan application social feeds macam Facebook ke Twitter ke dan apa sahaja social networks dalam dunia ni.
 
Cakap social feeds kan, apa yang paling best dengan Blackberry ni ada Blackberry Messenger (BBM), ala-ala Yahoo Messenger kata Bob. Boleh buat community or group sendiri.Direct je kalau kita nak inform apa-apa kat kawan-kawan kita. Tak payah susah-susah nak SMS, just BBM je. Tak kena cas kredit langsung. Best kan?

Bentuknye slide yang sangat elegant, sangat membuat semua orang terpesona terutama kakak-kakak yang kerja office.Aww!Style lah! Tambah-tambah lagi full 3.2 inch touch screen. Orang rabun pun dah jadi tak rabun sebab tengok screen blackberry yang besar ni.

Lagi satu, I suggest kan better guna network Celcom. Kenapa?
Kalau you jadi 100orang pertama register  Celcom Exec postpaid plans dengan Blackberry Torch 9800 you boleh dapat FREE 
 Jabra Bluetooth Headset worth RM125, 8GB Micro SD Card worth RM68, and an Energizer Portable worth RM58! !!Siapa nak bagi FREE kan? 
Dan bertambah best jadi  pengguna Celcom Exec 50 kita akan dapat banyak sangat discount dan kemudahan!Best banget ni!!!Siapa nak bagi discount dan kemudahan yang banyak kan?
Eh, mesti you tertanya kenapa Celcom baik hati sangat? Yela, Celcom kan provider terbesar Blackberry dalam Malaysia ni. Macam ni lah caranya, nak beri kemudahan sebaik-baik mungkin kepada rakyat Malaysia.

So please Encik CELCOM, boleh tak bagi saya FREE BLACKBERRY TORCH 9800?
              (^_*)


Oct 15, 2010

Jusco AU 2 Setiawangsa

Yess!Itu lah tempat kegemaran saya.
Lunch setiap hari di sini dan lepak after office hour pun di sini.
Weekend saya juga kadang-kadang dihabiskan disini.
Malah berdating pun di sini.
Ermm.dating ke? Sila jangan gelak (-_-)










Disebabkan I selalu datang sini, my friends will called me "Duta Juso"
Maaf Datin Sri Siti Nurhaliza saya tak berniat nak merampas tahta anda.
Tiba-tiba rasa nak muntah kan. Sabar-sabar.
Diorang panggil I macam tu sebab I know everything about Jusco AU2 Setiawangsa ni.
Toilet yang bersih dan wangi kat mana, makan sedap kat mana, kat mana letak Glade Sport Floral Fresh dalam Super Market Jusco, parking yang paling strategic pun I tahu. Fanatic betul kan?
Jom la pergi Jusco ni, ada Black Canyon yang enak, Subway yang lazat, Kenny Rodgers yang sedap, Starbucks yang murah (sebab guna harga member Vince yang kerja di situ, thanks Fizie yang baik!),
Sushi yang membuka selera, Pizza Hut yang nyum..nyum..nyum.., KFC yang ranggup, Baskin Robbin yang marvelous..ehh,jap!
Kenapa semua makanan?Kerana saya suka makan lah. (^_*)
Dushh!


Kredit to Dylan

Oct 13, 2010

Tips membeli hadiah

Selalunya kalau kita mesti pening nak beli barang apa yang paling sesuai untuk dijadikan?
Yela, perfume, jam, accessories, pakaian tu semua dah sangat tipikal kan. 
I ada rahsia hadiah yang paling sesuai untuk mereka yang kita sayang.



Taraa!!Ini lah hadiahnya! Vitamin atau ubat kesihatan supaya mereka menjadi lebih sihat dan cergas.
Ermm, sebenarnya ni lah hadiah yang baru I dapat semalam.
Terima kasih kepada pemberi. (^_^)