Showing posts with label Want to look beautiful?. Show all posts
Showing posts with label Want to look beautiful?. Show all posts

Sep 18, 2012

6 Tips untuk Kempiskan Perut ( Flat Stomach)

Ini sebenarnya bukan tips kurus sangat,cuma bila orang tanya macam mana I boleh kurus maintain perut flat. So ini lah jawapannya, harap dapat membantu kalian semua ye. Ewahh!


Ok, ini bukan I ye. Tapi seakan-akan. Bluweeeek! Muntah jom!

1. Sterika Perut
Benda ni macam pelik tapi ini yang selalu I buat, setiap kali 1st period I mesti ambil strerika then gosok kat perut. Ehh, jangan la iron tengah pasang kat elektrik tu. Memang hangus la perut u olzz. Ala-ala bertungku sebenarnya, cuma zaman sekarang memang payah la kan nak bertungku. Macam ni, panas kan iron @ sterika tu dulu. Lepas dah rasa panas dan lampu kat iron tu dah padam, off suis dan sapu la kat perut. Kat seluruh kawasan perut dengan beralaskan towel atau blanket, asalkan kain tu tebal sikit dan dapat seram kepanasan ke perut. Tapi I guna je kain batik, depends la ketahanan perut uolz macam mana. Kalau first time nak try, memang rasa terkejut sikit. Lama-lama dah biasa ok lah. Sebenarnya tu untuk lega kan period cramps tiap-tiap bulan. Boleh jugak jadi tips kempiskan perut sebab kalau tak period cramps pun I amalkan jugak.

2. Minum air suam
Ini semua orang di sekeliling ku sangat mengetahui, I memang suka sangat minum air kosong. Kadang-kadang kalau keluar makan, air kosong lah jugak yang menambat hati. Apa yang penting, kena amal air kosong or air suam minum pagi sebelum breakfast dan malam sebelum tidur. Minum lah banyak 2-3 gelas kalau 1 teguk je macam mana nak cuci perut dari sisa-sisa yang kurang sihat tu.

3.  Makan perlahan-lahan
Disebabkan I pakai braces,jadi memang sangat terhad pemakanan yang akan dimakan. Makan pun memang sangat slow motion kadang-kadang orang dah habis makan siap makan dessert, I tak habis-habis lagi. Kalau perli-perli cakap lah sunah Nabi kunyah 44 kali. Padahal, nak kunyah makan ni stress je rasa. Makan kunyah 44 kali memang berkesan. Sila amalkan, biar lambat asal perut maintain.

4.  Makan tak bersulam air
Time makan sila jauhkan diri anda dari air. Itu memang selalu I praktis, kalau ada pun lepas habis makan baru sedut air tak pun kalau dah tersedak. Tu pun sedikit je. I memang kalau order air kat kedai makan, selalu je kena marah sebab tak habis. Ngeeeeeee~

5. Minum air masam
Tips yang ni agak kurang sihat sedikit, selain air kosong I selalu minum air limau suam. Ye, I memang sangat suka sangat benda masam. Air jus kedondong, air limau, air apple dan semua air yang masam lah. Tapi kalau perut you olz tak tahan jangan cuba tau. Air berasid akan buat perut u olz sakit kalau tak tahan dan benda berasid ni jugak boleh membakar lemak kita. wink~




6. Genetik
Ya, ini adalah jawapan paling tepat. Mungkin sebab genetik I memang kurus, sebab mostly my sisters pun kurus jugak dan mungkin juga sebab I muda lagi lepas kahwin tak tahu macam mana kan? Tapi tips kat atas tu memang selalu I amalkan.

Selamat mencuba!! (^_*)

Nov 12, 2010

Spa & Saloon Penjara Kajang Best!!!

Sumpah, tak tipu!


I pun mulanya ingat tempat ni cam cikai-cikai, tapi bila sampai je, terkejut jugak Wow!design dalam spa ni memang ala-ala Bali la. Macam standard spa kat KL tu.
Service dia pun best! My mom choosed body massage and body scrub for me.
Memang best. Dah habis buat tu my mom siap nak tambah buat resdung treatment.
Mesti you tertanya-tanya kan harga dia pulak?
Harga dia jangan cakap la, murah gila ok!
Mostly harga treatment kat spa around RM20 hingga RM40, untuk treatment kat saloon pulak RM7-RM80. Special kat sini diorang buat pakej2.
Pakej yang diorang sediakan pun murah. Tengoklah you nak buat treatment apa.
Kalau nak compare kan harga dengan spa and saloon kat luar tu memang jauh lagi murah.
Bayangkan kat Spa Penjara Kajang harga bagi full body massage RM30, kat luar confirm dah RM200++ betul tak?
Banduan-banduan yang bagi service tu pun bagus. Diorang memang dah di traine dulu before buat service untuk customer.
Patutlah Fly FM Pagi Show bagitahu orang kena queue booking untuk dapatkan service kat sini sampai kena tunggu sebulan baru sampai turn rupanya best dan murah!

Lepas buat full body massage, mama buat rawatan resdung pulak.

Wahh,siap carta organisasi lak tu.

Apa-apa pun pergi lah tengok sendiri murah ke tak, best ke tak baru tahu, ok?

Sep 2, 2010

Are You Moist Enough?

 Kulit  kering?


 Mesti frust dan sakit hati dengan kulit kering kan? Dulu I macam tu jugak kulit sangat kering sebab duduk dalam office berjam-jam setiap hari sampai bersisik putih lepas tu kena la pula turun naik construction site tahan dengan cahaya matahari, bertambah lah kulit ini menjadi bersisik, gelap dan kusam. Sekarang dah kurang dan semakin normal kulit ni. Nak tahu macam mana caranya?

Selain daripada minum plain water 1.5liter sehari, kita perlu memanjakan kulit dengan menyapu lotion Vaseline-Healthy White pada seluruh badan termasuk tapak kaki. 
 Best sangat ke lotion Vaseline ni?

Best! Yang Best pasal Vaseline's lotion ni,
Firstly dia tak melekit  macam sun block. Bau pun  wangi, I ni kan jenis cepat pening kepala kalau bau pelik-pelik, bila I bau lotion ni macam best je.
Then dia melindungi kulit daripada cahaya matahari dengan 3 lapisan sunscreen tau dalam masa yang sama mengandungi yogurt serum yang dapat melembabkan kulit ditambah lagi Vitamin B3 yang mencerahkan kulit kita. Haa, paling best dia tak mahal. RM3.90 bagi botol kecil (120ml) dan botol besar (400ml) cuma RM18.10 je.
Sapu je terus berkesan ke?



Heyy, mana ada pakai lotion sekali je terus berkesan. Tembak kang!
Untuk cara yang lebih berkesan, kita sapukan Vaseline's lotion selepas mandi pada badan dan reapply semula setiap 4 jam supaya kelembapan kulit bertahan dalam masa yang lama dan perlindungan 24 jam. 
InsyaAllah dalam masa beberapa minggu kesan baik akan muncul tengok jenis kulit juga ye, kulit akan tiada bersisik dan bertambah 10 kali ganda kelembapan. Yang penting sabar dan usaha! (^_*)
 Ehh jap,tak kan lotion Vaselin cuma Vaseline-Healthy White je?

Untuk pengetahuan kamu semua, Vaseline's lotion bukan Healthy Whitening je tapi juga Total Moisture, Alore Vera dan Intense Rescue. So boleh lah pilih jenis lotion mane yang suka. Semua pun melembapkan kulit dan wangi cuma kandungannya berbeza!


Kawan-kawan, jangan sampai kulit kamu semua dah jadi kering macam ni baru nak pakai lotion ye!
Kalau dah macam ni, sesiapa pun tak boleh tolong. (-_-)