Sep 21, 2012

Rahsia Susu Ibu untuk Bayi


Wahhhh!! Selama I hidup I tak pernah tahu pun betapa bagus nya SUSU IBU kita sebenarnya. Memang la semua orang tahu susu ibu tu bagus cuma I tahu susu ibu tu bagus untuk baby membesar. Itu je.
Jangan tak tahu ye, walaupun I tak kahwin dan tak ada baby tak semestinya I tak boleh ambil tahu pasal susu ibu ni. I pernah tau attend class untuk bagi info kat kakak I(mummy Nieddal ). 
Tapi I ada dapat serba sikit FAKTA KEBAIKAN Susu Ibu ni.

UNTUK BABY
1. Mengandungi antibodi yang boleh melawan segala penyakit dan mengelakkan dari kurang zat makanan. Contohnya cirit birit, penyakit saluran pernafasan, kencing manis, pneumonia, jangkitan telinga (Otitis Media) serta mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik pada masa akan datang. Hebat kan?
2. Mengalakkan tumbesaran baby dan memudahkan penghadaman baby dimana ia mengandungi enzim penghadaman. Memang baby akan cepat membesar kalau minum susu ibu, terbukti pada Addlan Niedal. Tambah lagi cepat bijak. Susu ibu memang mempercepatkan perkembangan IQ baby. Woahhh!!


Budak ni memang membesar dengan sihat. Bila orang tengok ingat dah 7-8 bulan, padahal baru je masuk 3 bulan. Amazing!

UNTUK MUMMY
1. Mempercepatkan pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin, risiko barah payudara & ovari.
2. Cepat dapat kurus kembali. Woot!Woot!Tiada lagi kembangan di perut Mummy. Time ni lah nak jadi slim cepat.
3. Mummy dan baby akan lebih rapat dan berkasih sayang
4. Senang, kalau baby bangun tengah malam tak payah susah pergi dapur buat susu. Hulur je breastfeeding, time mata lelap pun boleh. Angah paling seronok bab ni, sebab dia memang malas bangun kalau tengah malam tu.

WARNING! Tengok gambar kat atas sekali Baby kurang 6 bulan TAK BOLEH MINUM AIR KOSONG. Kita ni punyalah ingat air kosong untuk baby bagus kan. Rupanya tidak, tahu tak sebab apa?

1. Menambah risiko kurang zat makanan pada baby dan baby akan kurang nak menyusu.
2. Tiada istilah nak cuci lidah baby ke mulut baby ke. Air kosong akan menghakis pelindung penyakit yang ada dalam susu ibu dan menambah kuman. Hasilnya baby terdedah kepada risiko penyakit dan jangkitan. Awwww..takutnya. 
3. Risiko keracunan air kepada baby.  Baby yang kurang umur 1 bulan lebih, air yang banyak boleh mencairkan garam dalam darah dan boleh menyebabkan suhu badan baby low, baby kembung dan potensi sawan tarik. Lagi menakutkan!!

Ada juga cara nak make sure susu ibu sentiasa CUKUP dan tidak mengandungi bakteria degil yang boleh terkena kepada baby.
1. Satu jam lepas baby lahir kena bagi susu terus.
2. Mummy kena selalu relax (rest) dan tak stress. 
3. Mummy kena makan makan berkhasiat dan menambah susu. Contohnya kurma, kacang tanah, longan kering, lobak putih, jantung pisang dan makanan yang mengandungi Conjugated Linoleic Acid (CLA) -susu, ayam,daging dan cheese.
4. Selalu menyusu di waktu malam sebab waktu malam lah susu ibu dihasilkan dengan banyak.
5. Jangan makan telur setengah masak/mentah dan elakkan makan aiskrim yang tidak berpasteur.

Itu je kot yang I ingat, nanti kalau tiba-tiba teringat I update kemudian lah,




Babies ni bila tengok dan pegang rasa sangat real, cuma tak bernyawa je. Comel pulak tu.

Bye!


No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!