May 30, 2012

Niat Mulia Si Penderma Darah



Isi borang nikah ke kak? Kusyuk sungguh macam jawab exam.



Owhhh..isi borang derma darah rupanya.
Ermmm..tapi malang sekali niat suci Nani tidak diperkenankan, sebab lately dia selalu batuk, so kalau batuk memang diorang reject terus. Takut nanti darah tu ada kuman ke kan.
Anyway kawan-kawan, sebelum u olzz nak derma darah kena lah tau kriteria-kriteria penderma darah. Nanti tak ade lah kecewa macam Nani. Kesian dia..semangat tau dia nak derma darah tadi.
Sebelum u olzz semua sama kecewa macam dia, meh I tolong beritau Kriteria-kriteria Penderma Darah sebenarnya;


1. Warganegara Malaysia..wahhh!macam nak masuk audition Mentor je kan. tapi kalau bukan warganegara pun boleh derma tapi mesti sekurang-kurangnya 1 tahun menetap di Malaysia ni.
2. Selain daripada umur penderma kena lebih 18 tahun dan kurang 65 tahun, korang perlu sihat dan bebas daripada batuk, demam ke selesema ke. Sihat tubuh badan tau tak ada sakit sikit pun dalam tempoh seminggu lepas.
3. WAJIB Manusia yang HUBUNGAN NORMAL dan tak berisiko tinggi. Macam penagih dadah ke, homoseksual ke, biseksual ke, dan pelacur ke tak boleh!
 4. Berat badan kenalah lebih daripada 45 kg. Macam syarat nak jadi polis kan? Haaa..tang ni jugak la yang membuat I out dulu. Berat tak cukup kak..sorry. Sedih? Mula-mula sedih, lama-lama dah biasa. Sob.sob.sob..
5. Tahap hemoglobin mesti melebihi 12.5%. Ini untuk memastikan kandungan darah merah yang mencukupi dan tidak berpenyakit anemia.
6. Tidur lebih 6 jam secara berterusan sebelum hendak derma darah tu ok?
7. Jangan minum alkohol dalam masa 24 jam atau ambil ubat-ubatan especially antibiotik jangan ambil dalam tempoh7 hari sebelum menderma dan untuk immunisasi atau suntikan vaksin mesti lah selepas 3 minggu. Takut mempengaruhi darah nanti. Kalau tak pasti refer kat pegawai kesihatan kat situ nanti.
8. Tidak menghadapi penyakit kronik macam diabetes, darah tinggi, jantung dan macam -macam la. Kalau tak pasti jugak macam biasa refer kat pegawai kesihatan. 
9. Ehhh, kalau ada buat treatment gigi hari tu atau dalam masa 24 jam jangan gatal-gatal derma darah tau.Kalau ada buat surgery atau transfusi darah dalam masa 6 bulan dari masa derma darah pun tak boleh ye!
10. Jap..jap..pernah tak buat rawatan guna "Human Growth Hormone" atau "Transplan Kornea dan Selaput Otak". Pernah ke? Kalau pernah lupakan sahaja niat suci nak derma darah tu ye, memang tak boleh!
11 Untuk penderma wanita harus 5 hari sebelum dan 5 hari selepas haid bersih (pandai-pandailah korang kira date), not pregnant dan not breast feeding baru lah boleh derma darah.
 12. Haa, lagi satu kalau u olzz pernah derma darah make sure tarikh akhir derma darah sebelum ni lebih 2 bulan atau 8 minggu.
13. Jangan bertindik kat mana-mana bahagian badan termasuk akupuntur, tatoo dan berbekam dalam masa 6 bulan tau.
14. Yang ni penting ye..jangan menderma kalau u olzz pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of  Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih, tak pun benua Eropah dari tahun 1980 sampai sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih. Yang ni I tak berapa sure sebab apa.
15. WAJIB! Makan dulu sebelum menderma ye, takut pengsan pulak nanti. Cepat! Tak sabar ni.




Kalau I ada tertinggal dan tersalah info please inform and correct me ye.
Selamat menderma!!

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!