Ya, saya sesat..err.ehh, kami sesat di Singapura. Memang nampak tak logik tapi tu yang terjadi. Ehh,logik sebenarnya..alahh..baca lah dulu baru tau.
Dodie, Diriku, Nabe dan Eja
Nampak sangat time ni Valentine's Day kan? Lama gila kan? Ermm..tapi bukan, sebenarnya time ni bulan Januari nak dekat Valentine's Day la. Errr..lagi lama?!*senyum kambing kejap..Sorry.
Baru lepas pergi wedding kawan kitorang Bied kat Bandar Baru Uda bak kata orang JB.. Uda tak pun BBU. Macam-macam short foam dorang ni. Ok lah back to story, kitorang masuk Singapore dalam pukul 6 lebih nak dekat pukul 7 jugak la. Konon-konon masuk cuma nak amik gambar dan makan-makan. Budget semua tahu la kan jalan kat Singapura..padahal semua macam rusa masuk kampung cuma mengharapkan GPS Papago dalam iphone yang konon-konon sangat berguna.
Mula-mula stuck juga nak masuk Singapore. Tapi dalam setengah jam lebih lepas lah masuk Singapore. Sampai je kitorang terus berjimba di shopping complex yang banyak kat Orchard Rd. Sebenarnya set kat GPS Bugis Street tapi disebabkan GPS bawa kitorang jalan depan Orchard Rd terpaksa la berjimba-jimba dulu.
Dah puas berjimba..tiba-tiba, DANGGGGGG!! GPS Papago kesayangan yang merupakan harapan nusa dan bangsa kami..erkk..bukan harapan kami tak boleh guna. Line phone rupanya terus NO SERVICE..Adusshh, baru perasan Singapore ni luar negara walaupun lari 40 minit pun boleh sampai Singapore tetap negara lain bukan Malaysia, tetap kerajaan lain, tetap network tak sama..haihhh.Padan muka. Lepas tu kitorang terkial-kial cari kedai yang jual souvenir. Nasib ada aunty kedai yang baik hati explain dan bagi kami map Singapore untuk kami jalan-jalan.
Nasib baik juga kami ada pembaca map yang bijak, Cik Dodie kita dan driver terbaik kita Nabe' (walaupun Nabe' dah berpuluh kali masuk Singapore tetap tak tahu jalan..erkk!sorry be'!)
So memang selepas tu map pulak menjadi harapan nusa dan bangsa kami. GPS kini dihina dan dikutuk. Adat lah, habis madu sepah dibuang.
Dah puas berjalan perut ni memang dah bershuffle tanpa henti nak minta diisi. Masa tu dah pukul 10 lebih kot, memang terbaik sebab banyak kedai makanan dah tutup dan suah nak cari kedai makan Muslim. Bila nampak orang Melayu pakai tudung dengan rasa tak tahu malu terus kitorang tanya kat mana kedai makanan Muslim. Kakak tu pelik dengan kitorang, macam mana boleh sampai kat situ. Dia pun pelik, yela tak tahu jalan gamble je masuk Singapore dah la tu tengah malam pulak tu. Erkkk..kak, kitorang memang begini. Perasan bijak semua tahu. Erkk?
Kakak tu pun bagi direction pergi Kampung Glam dan Arabic Street, bak kata kakak tu memang banyak tempat makan Muslim kat situ.
Environment Kampung Glam. Time ni Manchester United lawan Liverpool so memang penuh orang area tu tengok bola.
Akhirnya 4 sekawan ni dapat makan dengan penuh gembira. Hooyeayyy!
Kitorang ni memang jenis yang tak reti serik, lepa kenyang perut sambung lagi jalan-jalan. Kitorang pergi Singapore Flyer, Marina Bay, Merlion Park berpandukan map yang bijaksana tadi. Padahal time tu dah pukul 12 tengah malam. Terbaik sangat kan?
Gambar ni saat-saat gembira kitorang berjalan. Memang tak fikir langsung macam mana nasib nak balik JB.
Ingat panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari..chewahh! Banyak pulak berperibahasakan. Memang nasib malang, kitorang ingat map tu boleh lah bawa kitorang highway balik JB. Rupanya makin sesat. Sesat sampai pukul2.00 pagi rasanya masa tu, memang time tu fikir ingat nak je cari hotel kat Singapore tu tapi Dodie pulak ada shooting pukul 8.00 pagi. Arghhh!Memang stress!
Kitorang ada berhenti tanya kat kedai makan, Geylang. Tapi malang sekali lagi tak membantu, confused sama ada masuk highway PIE,Tuas, BKE, AYE dan macam-macam lagi short foam yang kitorang memang tak paham. Last, kitorang berhenti kat Esso Petrol Station tanya kat seorang Brother yang sangat friendly. Dengan bantuan brother tu kitorang Alhamdulillah kitorang berjaya jumpa jalan balik dan sampai JB pukul 3.00pagi. Abang Esso memang awesome! Thanks abang!
Lepas je dropped Nabe' dan Eja kat rumah Nabe', I terus jadi macam Michael Schumacher drive Ferrari. Pukul 6.00 kitorang sampai KL. Time tu kalau ada roadblock ke speed trap ke accident ke memang Dodie kata dia responsible. Hahaha..masalahnya I kot yang drive.
Morals Of The Story
- Please prepare plan dulu nak jalan ke mana tambah-tambah lagi tempat yang baru. Kalau main redah je terima lah nasib yang sama dengan kitorang.
- Please jangan pergi tempat yang you olz tak familiar, kalau nak pergi sila survey dulu. Guna lah perkhidmatan Mr Google, sangat membantu.
- Check GPS dan network handphone dulu, either boleh guna atau tidak. Make sure prepare back up plan kalau tiba-tiba GPS habis bateri ke, tak boleh guna ke..
- Kalau kejar masa please tak payah berniat jalan-jalan sebab kalau dah keluar memang for sure akan terlebih guna masa. Kita tak tahu kan apa akan jadi. Tapi dalam kes Dodie, die bernasib baik sebab die sempat dan selamat sampai kat tempat shooting sebelum pukul8 cuma penat la kan.
Salah satu tempat yang kitorang lalu masa sesat.
Apa-apa pun yang penting Malu Bertanya Sesat Jalan.
p/s : Ticket Christina Perry ada discount kat sini
p/s : Ticket Christina Perry ada discount kat sini
aikk... ada Diana amir??? heee
ReplyDelete