Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Aug 23, 2012

Nasi Daun Pisang

Entri ni I buat seminggu sebelum raya tapi disebabkan kebijaksanaan yang tak tekan butang Publish ini lah akibatnya (-_-') Korang layan je la entri yang dah berzaman ni ye..sobsss..

"Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Wahh!terasa macam tazkirah kat masjid pulak. Ehh jap, puasa tak ni? Ke ada yang ponteng ni?Haippppp!!

Disebabkan sekarang ni berkhidmat kat tempat puasa, so situation lain la sikit. Kalau kat sini bulan puasa ni agak relax sikit kot, tak heavy dan seteruk hari biasa. Maybe sebab Muslim's environment kot. Nak bagi peluang habiskan masa denganNya. Tapi lepas Ramadhan?
Erkkk?Tak mahu cerita lagi plzzz..

Kita cerita buka puasa atau ramai orang sebut iftar ok? Baru-baru ni kawan-kawan office ajak berbuka puasa Nasi Daun Pisang. 



Menarikan? Dalam bulan Ramadhan ni dah 2 kali kot I makan ni. Punyalah ketagih benda ni kan. Padahal sebelum puasa I pernah sekali je kot makan tu pun 1 minggu sebelum puasa. Kepada penggemar kari, memang kalau datang sini
 Memang kalau kawan I tak ajak ke sini, I tak pernah tahu Nasi Daun Pisang macam mana. Haishh..teruk betul ye.



Kalau nak try kelazatan Nasi Daun Pisang ni kat Bangsar, berdepan dengan Bangsar Village.
Sebaris dengan restaurant anak Chef Wan, Restaurant Chawan dan Baskin Robbin.
 Restoran Sri Nirwana Maju signboard PINK. Kira cukup la tu kan direction tu. Confirm u olzz jumpa.
Selamat Hari Raya!! Bye!

Aug 23, 2011

Tempat berbuka puasa?


Bulan puasa adalah bulan yang penuh berkat dan bulan ini juga merupakan bulan merapatkan semua ahli keluarga dan kawan-kawan dengan bersahur, terawikh dan berbuka. Kalau dah nama bersahur dan berbuka mestilah nak cerita pasal makan. *sambil mengangkat kening.
Kalau pasal makan, mestilah I paling suka!
Selera berpuasa macam-macam rasa nak makan so I try to suggest beberapa tempat untuk Ramadhan 2011 untuk berbuka puasa kalau nak rasa kelainan sikit la kot. Hopefully dapat membantu you ollz!

Minggu pertama berpuasa, tekak ni rasa macam nak makan makanan Indonesia so we choosed Bumbu Desa yang full of Sunda and Padang Indonesian Cuisine. Ada orang kata kat sini masakan Indonesia terbaik di Kuala Lumpur. Tak tahu nak cakap camna, try la dulu. Tapi kalau datang weekend kena booked dulu ok.

Sebelum..

Selepas..MasyaAllah..

Siapa yang suka makan masakan Thailand yang sangat pedas tu. Yess, ini paling best!
Masakan kat sini semua pedas ok! Bukan pedas sikit-sikit, pedas yang melampau!
Lagi satu, sesiapa yang ke sini jangan lupa try air lemongrass ok! Memang best, rasa macam fresh baru lepas massage kat spa.ngeee~ 


Mereka lebih mementingkan handphone dari makanan..haishh.

Renaissance Hotel
Makanan buffet! Ini mesti ramai suka, makan berapa banyak pun bayaran tetap sama. Memang selalunya bulan ramadhan, banyak hotel atau restaurant sediakan makanan buffet macam ni.  


 Selera orang berpuasa..ishh.ishh.ishh..

We're not lucky!

Overall, seafood kat sini memang best! Ais krim pun best!

Anda mahu berbuka kopi Kemaman? Kopi Muar? Antara the best kopitiam lah boleh dikatakan. Surrounding kat sini pun dah macam Kedai Kopi Kampung Pisang dalam Hantu Kak Limah tu sebab siap ada sediakan makanan tradisional macam nasi lemak, pulut kuning, roti jala, soto, tauhu sumbat dan macam-macam. So kalau rasa nak minum kopi Tanjung Malim, tak payah susah-susah nak pergi sana, kat Bangsar ada.




Ya Allah, ini makanan wajib I so memang tak boleh kata tidak.



Ok lah, tu je kot. Sebenarnya banyak lagi tempat untuk buka puasa tapi mata dah mengantuk. Kalau sempat I try inform lagi.
Untuk bazar pulak, disebabkan I duduk area Cheras so the best bazar untuk masa ni bazar Bandar Tasik Pemaisuri sebab paling banyak makanan dan so far tak ada lagi I tertipu. Tertipu tu macam air soya tawar atau basi lah, kuah bawang murtabak basi, laksam campur tepung jagung la. Aduss! Tu memang tak boleh blah. Kadang-kadang tak faham dah la nak cari rezeki, bulan Ramadhan pulak tu. Tak kan nak tipu lagi.
Haisshhhh...

Ehh, psttt..psttt..jom cantik-cantik buat facial nak tak? Nak raya ni..

Jul 31, 2011

Niat Puasa

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Let's start our Ramadhan with بسم الله الرحمن الرحيم and lil prayer. 
May this holy month be filled with countless blessings.
Have a splendid Ramadhan everyone!! Jangan ponteng puasa tau!!

Sep 5, 2010

Kunang-kunang~~


Eh, bukan nak cerita pasal kunang-kunang ni la. Pernah dengar Restoran Kunang-Kunang di Gombak?


Kalau tak pernah meh I cerita, 
 makanan kat sini kalau bulan puasa diorang buat buffet je, hari biasa baru lah ada yang order.
Tapi I prefer pergi bulan puasa, lagi meriah dan macam-macam ada. Makanan kampung yang sedap susah nak dapat kat KL ni so kat sini antara tempat yang enak banget makanan kampung!

 Makanan kampung yang sangat nyum,nyum,nyum.

 
Tengok lah meja kami yang penuh dengan makanan ni.

Makanan kat sini enak, disebabkan orang yang terlalu ramai hari yang kami pergi so menjadi tidak enak dimana service agak kurang bagus di situ dan mood kami sekeluarga pun berubah. 
Meja yang sepatutnya duduk 6-8 orang saya rasa tidak sesuai ditempatkan 13 orang. Kami terpaksa makan bergilir-gilir kerana ruang untuk makan sempit dan lagi tak best bila baby chair yang sepatutnya diduduki oleh baby dzaquan diambil oleh salah seorang pekerja di situ dan dia cuma bagi alasan "kat sini kekurangan baby chair, so saya terpaksa" Boleh ke macam tu?
Tak pe lah, kami memaafkan anda. Mungkin sukar untuk dapatkan supplier di Malaysia ni.

Apa-apa pun, semuanya ok. Sambil makan kita dapat menyaksikan persembahan muzik tradisional.
Kepada yang berminat Buffet disini RM47 seorang manakala kanak-kanak 6-12 tahun RM25  dan tax RM1 dicaj bagi service charge.
Cepat!beberapa hari je lagi nak raya!



Aug 30, 2010

I love STEAMBOAT 2!!


Yang kali ke-2 pula, saya makan steamboat di Flaming Steamboat, Setapak dekat dengan Uptown Danau Kota. Ni cawangan baru, main restaurant di Bandar Sunway. Sesiapa yang duduk di Wangsa Maju ke Setiawangsa ke tak payah lah susah-susah nak pergi Bandar Sunway ye.


Kali ini saya makan steamboat jenis buffet. RM22.80+ seorang bagi dewasa dan kanak-kanak cuma RM9.90+


Kami sampai kat sini dalam pukul 6.30 tapi orang dah ramai. Berebut-rebut nak ambil makanan.


Sangat berbaloi-baloi makan kat sini sebab kita boleh apa sahaja dishes kat sini, macam-macam jenis seafood sampai kan ada seafood yang saya tak pernah jumpa pun saya boleh dapat kan kat sini.Seafood yang kami makan semua fresh kecuali ketam je. Agak berbau dan tidak enak sikit untuk dimakan. 


Tengok lah meja kami yang penuh ni. Makan 4 orang tapi ambil makanan macam untuk 10 orang.Biasa lah, orang puasa kan?


Makanan ini dapat dihabiskan pada jam 8.30 malam. Huwaaa, kuat betul kami makan!
Sesiapa kuat makan seperti saya syorkan sini lah tempatnya.(^_*)
Kalau nak makan sini kena booking dulu la kot supaya ada la tempat direserve untuk you all, no.: 03-5633 6820