Jun 10, 2011

Bukan merungut cuma...

Dulu time hingusan, baru-baru nak belajar kira sifir ala-ala Cikgu Sifir yang sangat famous dulu selalu je berangan cepat lah besar nak masuk universiti. Cikgu cakap universiti tu menara gading. Bila dah masuk universiti tu kiranya dah jadi manusia yang berjaya lah. tapi bila dah masuk  tak sabar pulak nak kerja. Konon-konon nak rasa pegang duit sendiri, konon-konon bila dah ada duit sendiri boleh lah shopping sesuka hati. Tapi sekarang bila dah kerja "uwaaaaa!!nak mesin putar masa!" kalau bagi pilihan zaman apa yang nak turn back balik adalah zaman universiti!! Maybe time tu dah pandai berfikir dan matured sikit kot.

Semalam lalu depan UTHM universitiku yang tercinta, nak menitis air mata!
Dalam hati dah jerit-jerit nak balik zaman belajar!!tak nak kerja!! Boleh tak nak doraemon bagi pintu ajaib untuk balik pada masa yang kita nak. Ermm..semua orang tahu, tu semua angan-angan. Kita tak boleh turn back masa ikut suka je kita nak. 
Apa yang perlu kita buat just move on.

 Banyak kenangan kat sini..isk.isk.isk..

Cuma nak pesan kat adik-adik tak payah lah berangan nak kerja cepat. Hargai zaman muda anda. Kerja sememangnya sangat-sangat tak best. Betul! Kalau ikutkan time belajar dulu kita akan stress bila nak exam je kan tak pun time nak buat final project, tapi bila kerja ni hari-hari kita stress. Hari-hari macam exam, kadang-kadang time cuti pun stress sebab kita akan dapat call tanya pasal kerja. Silap haribulan time cuti tu kena pergi kerja, balik pulak tengah malam baru balik. Masuk kerja pukul8 pagi belum tentu pukul8 malam dah balik. Amboi!mengeluh nampaknya?
 

Eh, tak. Cuma luahan perasaan. (dengan muka nak kena innocent) Lagipun boss kesayangan I pernah cakap, kerajaan bayar kita gaji bulanan meaning kita kena kerja 30-31 hari sebulan dan 24 jam sehari. Masalahnya ada je yang cakap;
"Syokla kerja gomen boleh balik on time" (=_=)
Erkkk..memang time makhluk tu berkata begitu I rasa nak ketuk je kepala dia bertubi-tubi. Tapi tidak mengapa. Mungkin memang typikalnya begitu. 


Apa-apa pun semua pengalaman tu mengajar kita menjadi lebih matang dan bersabar. 
 (-_-)

1 comment:

  1. keep on writing...i am your no.1 fans!!! =)

    ReplyDelete

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!