May 25, 2011

Penang Syurga Makanan!!


Setelah berpuluh tahun hidup (chehh!gaya cam dah lama je hidup) baru lah I tahu Penang rupanya banyak gila makanan yang enak-enak, sedap-sedap, best-best, lazat-lazat, malatopsss..semua lah!
So Jalan-Jalan ke Penang kali ni umpama Jalan Jalan Cari Makan versi Missy ye.ewahh!

1. Roti Canai Jalan Argyll


Pagi-pagi pergi breakfast Roti Canai Jalan Argyll!!! Tengok macam roti canai biasa je kan? Tapi yang special kat sini, tu kari ayam dan kari daging dia tu. super sedap ok!! Kari dia tak macam kari mamak yang rasa cam masam-masam tu, kari ni memang lain la. Susah nak cakap kesedapan!!psycho tak?


Roti Canai Argyll ni pekerja dia semua orang tua, kata Vince diorang ni kerja dari muda. So siapa nak jadi pelapis atuk-atuk ni boleh la apply kerja di situ ye?
Roti C

2. Nasi Ketam Warung Pak Su, Juru.



Sudah!Sudah! Sila lap air liur yang menitik. Lazat kan nampak Nasi Ketam tu? Memang lazat pun. Lazat hingga menjilat kulit ketam tau. Ketam kat sini sangat fresh dan banyak isi. Kat sini jugak I suggest kan you all makan Mee Ketam, Nasi Udang dan Mee Udang. Lazat yawww! Paling best Nasi Ketam!

Bagan Nyiur Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (detail tempat tu, boleh call no. kat gambar tu atau kat Facebook Warung Pak Su.

3. Ikan Bakar Teluk Tempoyak
 Jangan tanya "Kat sini ada tempoyak ke?" sebab soalan tu I dah tanya kat our tour guide Milo.
Jawapannya tiada, yang ada cuma ikan bakar yang best!
Malang sekali time kitorang pergi tu dah pukul9, dah lambat. Seafood banyak habis, yang ada ikan (tapi sorry I tak tahu nama ikan, failed!)


Memandangkan kitorang makan berempat je dan tiada pilihan kena lah ambil ikan dan kupang.
Ermm, kupang kan nama tu. 
Ok, sekali lagi failed! (-_-)


Memang makan tak pandang kiri kanan lah time ni.
Hah, ada satu lagi yang I suka kat sini.


Yup!!Air Jagung nyumm..nyumm..nyumm..
Memang best. Ikan dan kupang yang fresh!! Cuma kena datang awal supaya tak jadi macam kami.
Tambah untung kalau datang awal, boleh tengok sunset yang cantik. Kedai ni tepi laut. Kalau tak tahu tempat boleh tanya kat Facebook Ikan Bakar Teluk Tempoyak ni. 
I pun tak reti nak bagi direction sebab ikut Milo dan GPS yang bersedia berkhidmat.

4. Mee Udang Sg. Dua


Mee Udang yang memang sumpah sedap!!!Kat sini you all boleh pilih berapa banyak udang yang you nak sebab kat sini udang timbang. RM8/100gram. 
Sepinggan mee RM3 so nanti tambah la dengan udang-undang yang ambil tadi.
Mahal sikit tapi memang puas hati tau!!

Nak pekena mee udang ni. Mai la sini Restoran Aur Gading, Sg. Dua.
Kalau nak try Mee Udang kat kedai lain pun boleh, kat Sg. Dua memang sangat famous dengan Mee Udang.
Rasanya semua kedai Mee Udang kat Sg. Dua tu sedap kot!

5. Cendol Teo Chew, Lebuh Keng Kwee

Mula-mula datang sini, terfikir tak kan nak makan cendol berdiri, tengah panas lak tu.
Rupa-rupanya..


Diorang sediakan tempat duduk berair-conditioner dalam bangunan hijau ni. Bagus kan?
Mementingkan keselesaan pelanggan.

rojak buah malatop!!

 
6. ABC New World Park


Memang kaya dengan buah-buahan!! Tak nak cerita, sebab korang tengok pun boleh tahu sedap ke tak kan?

Mee Rojak Mamak pun ada yaaaa!!yummmy~
Mamak 

Tamat!!!Itu je yang sempat yang I rasa selama kat Penang tu.
Sebenarnya banyak lagi yang tak dapat rasa, Nasi Kandar Line Clear, Nasi Briyani Claypot, Char Kue Teow Penang, Laksa Janggus, Passembor, Sotong Bakar, Jagung Bakar (ni lupa Milo kata sedap gila),wahhh..sedihnya tak dapat makan semua tu. Tak apa, next time I will make sure. Semua tempat makanan kat sana I pergi. Amboi, halobanya? Faham-faham je la orang kuat makan.ngeeee~~
 Tak hairan lah kalau orang kata PENANG SYURGA MAKANAN!!


3 comments:

  1. OMG sedapnyaaaaa semua nampak! Lagi2 orang yang tengah diet macam I yang selalu kelaparan! After the wedding I'm going to go for an all out food-fest and definitely stopping by Penang to go to all these places! Thanx for the tips! Friday ni lunch jadi ok? Nak bagi kad kahwin ni... :)

    ReplyDelete
  2. yup2!!!super duper sedap!!u should try nadia!!
    jadi2!!

    ReplyDelete
  3. hi..review nya bagus banget..ntar mw coba makan di situ juga

    ReplyDelete

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!