Jun 22, 2011

How rude!!

Assalammualaikum..

Pertama sekali saya memohon maaf jika penulisan yang saya ini akan menganggu ketenteraman sesetengah pihak dan juga akan menjadi seperti perumpamaan nila setitik rosak susu sebelanga dimana telah menjejaskan nama buruk pasukan beruniform hijau yang saya hormati sebelum ini. Namun, diri saya sendiri telah dihina umpama dibaling tahi ke muka, bukankah lebih menyakitkan lagi? Mungkin anda beranggapan semasa saya menulis ini saya terlalu emosi tetapi secara jujurnya perkara ini sering menganggu diri dan pemikiran saya dalam erti kata lain trauma.
Ini antara persoalan yang ingin saya utarakan kepada anggota tentera yang sudi membaca blog saya ini;

1. Sebagai seorang anggota beruniform hijau, adakah anda diajar adab berkomunikasi dan menghormati antara satu sama lain?
2. Adakah sebagai seorang anggota beruniform hijau yang kononnya gagah anda perlu bercakap kasar dan menengking seseorang untuk berkomunikasi dengan baik?
3. Adakah anda rasa anda seorang anggota beruniform hijau anda boleh memarahi, memaki mahupun menghina seseorang sesuka hati?
4. Adakah anda rasa menjadi seorang anggota beruniform hijau sudah cukup bagus untuk angkuh dan sombong di alam dunia ini?
5. Apakah erti seorang Perempuan di mata anda?

Maaf, saya berasa sangat berang dengan anggota beruniform hijau yang berpangkat bawahan ini. Kepada anggota beruniform  tersebut kalau anda rasa saya tidak layak berada di tempat saya kini, saya juga merasakan anda tidak layak untuk menjadi seorang rakyat Malaysia yang kaya dengan budi bahasa mahupun menjadi seseorang pahlawan untuk mempertahankan negara.Jika difikirkan, mungkin juga anda ini seorang yang penghapus keinginan Perdana Menteri  untuk mencapai 1 Malaysia - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
 Saya juga ingin memaklumkan di sini, saya bukan seorang tentera untuk dilayan seperti komando dan pelatihnya.

Kekerasan bukan satu jalan penyelesaian.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!