May 9, 2013

My birthday week - 13 03 13

Pssstt..pssstt..pssstt..hari tu undi mana?Parlimen mana?DUN mana?Undi apa?Haishh..sibuk je kan. Sejak musim hangat pasal pilihanraya ni soalan tu je yang orang akan tanya. Soalan favourite gituu. Tapi tak mengapa, itu menunjukkan sikap ambil berat sesama rakyat Malaysia. Ecehh!
Bukti mengundi. Ramai betul orang post gambar jari kat instagram hari ahad hari tu ye.

Hari ni I bukan nak cerita pasal Pilihanraya 13 hari tu..Ermmm..seperti di tajuk I nak cerita pasal birthday ku yang dah lepas 13 Mac yang lalu..boleh ke? Ala..13 juga kan. Memang la dah basi cerita tu tapi tak kira, nak cerita juga sebab masih segar di minda ini.
Kalau nak tahu birthday tahun ni sangat la rasa perbezaannya dari tahun-tahun yang pernah celebrate sebelum ni. Nak tahu apa yang lainnya?

Hahhh, kali ni celebrate dengan my new two sisters; K.Leeza dan K.Norell!!

Mereka berdua lah. K. Leeza dan K. Norell!!

K. Norell 11 Mac, Saya 13 Mac n K. Leeza 15 Mac!!
Tahun? Tak payah la cerita. Yang penting birthday kami straight seminggu sama.
Apa yang best lagi, dapat celebrate sama-sama 2 kali! 13 Mac dan 15 Mac hari tu.

Mula-mula 11 03 13 tu nak celebrate untuk K. Norell juga tapi disebabkan kakak kita tu busy woman terpaksa lah cancel. Sobssss.



13 03 13, Nice numbers, Lucky numbers.
Surprise birthday party yang rasanya dah tak surprise tapi tetap juga best! Macam-macam lakonan I tengok, ada yang buat-buat terperanjat pakai baju sama hijau, ada yang kata tak lunch busy meeting, ada yang kata lunch dengan bos..macam-macam lah. Padahal sebelum ni tak pernah pun beritau nak lunch ke tak lunch. Lawak sungguh. Celebrate kat Ben's Pavillion. Time ni pula jumpa Hanis Zalikha. MasyaAllah dia sangat cantik.

Sorry Kualiti gambar kurang Best tapi Kamu Orang Bestttt!!!

15 03 13
Celebrate lagi!! Yeayyy!! Walaupun kali ni patutnya celebrate birthday K.Leeza tapi sharing is caring. Celebrate la sekali! Kali ni kitorang celebrate kat office yang indah itu.

 Gabungan color baju kami tidak dijanjikan ye. Ini namanya march baby's chemistry..awwww~

Terima kasih semua!!

Saya dengan ini ingin mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada kalian yang meraikan Raikan Cinta Birthweek saya ini (^_*) Walaupun kita persahabatan baru bermula tapi kalian buat I terharuuuu!!! Erkk..dah macam ucapan Wakil Rakyat menang undi..Opsss!!
Sebak sangat I olzzz!!

Cute Certificate Birthday dari KAKAK LIN!! Comel sangatt!! Tambah terharu!


MasyaAllah, hadiah pula. Hadiah ini memang buat I lagi la terharu sampai nak nangis.
Minggu birthday tu diisytiharkan minggu terharu untuk I. Sobsssss..
Ok bye. Nak cari tissue.

Mar 1, 2013

Never Give Up


I found this quote on twitter kot..tak ingat.
Whatever pun, thanks to whomever created it.
 It really motivate me to be NEVER GIVE UP.
 TERIMA KASIH (^_^)

Dec 10, 2012

Heyyy, December!!

Assalamualaikum
Woahhh! Dah dua bulan tak menulis blog..ngeee..bukan takat tak tulis blog, melawat blog pun susah.sobsssss..Maafkan daku...Anyway I bukan tak nak tulis blog tapi sekarang ni tengok sibuk menjadi baby sitter untuk anak buah yang baru.Yeahhh, I dapat seorang lagi hero. 



Sebelum ni Addlan Nieddal kan? Sekarang Khairul Dzhafran. Ye, dalam tahun 2012 ni familyku dianugerahkan 2 orang super hero. 
Bak kata Ayong, "Jangan risau Izs, hidup kita kini lebih selamat dikelilingi Hero-Hero Malaya"
Yang penting, Dania tetap the only Princess in my big family.


Untuk pengetahuan u olzz, bulan Disember ni jugak genap setahun I bekerja di tempat yang I kerja sekarang.   Siap ada special dedication entri daripada Sharna. Awwww..sumpah terharu sangat.
Dear Sharna Love a.k.a Mrs Tender, 
Thanks for all your kindness, your patience, your support,trusting me, understanding me, laughing my joke and  for being my super duper best best best officemate! Thank you for everything and Sorry for all my mistake and make you upset especially my shoot laser. Ampun ya!
Hopefully our friendship will never varnish! It will indeed last forever! Amin! InsyaAllah.
 Love X0X0, Miss Tender 


Sep 21, 2012

Rahsia Susu Ibu untuk Bayi


Wahhhh!! Selama I hidup I tak pernah tahu pun betapa bagus nya SUSU IBU kita sebenarnya. Memang la semua orang tahu susu ibu tu bagus cuma I tahu susu ibu tu bagus untuk baby membesar. Itu je.
Jangan tak tahu ye, walaupun I tak kahwin dan tak ada baby tak semestinya I tak boleh ambil tahu pasal susu ibu ni. I pernah tau attend class untuk bagi info kat kakak I(mummy Nieddal ). 
Tapi I ada dapat serba sikit FAKTA KEBAIKAN Susu Ibu ni.

UNTUK BABY
1. Mengandungi antibodi yang boleh melawan segala penyakit dan mengelakkan dari kurang zat makanan. Contohnya cirit birit, penyakit saluran pernafasan, kencing manis, pneumonia, jangkitan telinga (Otitis Media) serta mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik pada masa akan datang. Hebat kan?
2. Mengalakkan tumbesaran baby dan memudahkan penghadaman baby dimana ia mengandungi enzim penghadaman. Memang baby akan cepat membesar kalau minum susu ibu, terbukti pada Addlan Niedal. Tambah lagi cepat bijak. Susu ibu memang mempercepatkan perkembangan IQ baby. Woahhh!!


Budak ni memang membesar dengan sihat. Bila orang tengok ingat dah 7-8 bulan, padahal baru je masuk 3 bulan. Amazing!

UNTUK MUMMY
1. Mempercepatkan pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin, risiko barah payudara & ovari.
2. Cepat dapat kurus kembali. Woot!Woot!Tiada lagi kembangan di perut Mummy. Time ni lah nak jadi slim cepat.
3. Mummy dan baby akan lebih rapat dan berkasih sayang
4. Senang, kalau baby bangun tengah malam tak payah susah pergi dapur buat susu. Hulur je breastfeeding, time mata lelap pun boleh. Angah paling seronok bab ni, sebab dia memang malas bangun kalau tengah malam tu.

WARNING! Tengok gambar kat atas sekali Baby kurang 6 bulan TAK BOLEH MINUM AIR KOSONG. Kita ni punyalah ingat air kosong untuk baby bagus kan. Rupanya tidak, tahu tak sebab apa?

1. Menambah risiko kurang zat makanan pada baby dan baby akan kurang nak menyusu.
2. Tiada istilah nak cuci lidah baby ke mulut baby ke. Air kosong akan menghakis pelindung penyakit yang ada dalam susu ibu dan menambah kuman. Hasilnya baby terdedah kepada risiko penyakit dan jangkitan. Awwww..takutnya. 
3. Risiko keracunan air kepada baby.  Baby yang kurang umur 1 bulan lebih, air yang banyak boleh mencairkan garam dalam darah dan boleh menyebabkan suhu badan baby low, baby kembung dan potensi sawan tarik. Lagi menakutkan!!

Ada juga cara nak make sure susu ibu sentiasa CUKUP dan tidak mengandungi bakteria degil yang boleh terkena kepada baby.
1. Satu jam lepas baby lahir kena bagi susu terus.
2. Mummy kena selalu relax (rest) dan tak stress. 
3. Mummy kena makan makan berkhasiat dan menambah susu. Contohnya kurma, kacang tanah, longan kering, lobak putih, jantung pisang dan makanan yang mengandungi Conjugated Linoleic Acid (CLA) -susu, ayam,daging dan cheese.
4. Selalu menyusu di waktu malam sebab waktu malam lah susu ibu dihasilkan dengan banyak.
5. Jangan makan telur setengah masak/mentah dan elakkan makan aiskrim yang tidak berpasteur.

Itu je kot yang I ingat, nanti kalau tiba-tiba teringat I update kemudian lah,




Babies ni bila tengok dan pegang rasa sangat real, cuma tak bernyawa je. Comel pulak tu.

Bye!


Sep 19, 2012

Al Fatihah buat Aldy Hasmi


Ya Allah, tak sanggup sebenarnya nak baca pasal kematian rakan seperjuangan Aldy Hasmi. Tak sangka dan macam tak percaya. Macam mimpi. Tapi semua tu ketentuan Allah. Itu yang dinamakan mati itu rahsia Allah.
Salam Takziah buat isteri Aldy dan dua baby kembar diorang. Semoga tabah menghadapi segala ujian dari yang Esa. Orang yang baik sentiasa disayangi Allah.


Aldy, semoga Allah kurniakan ketenanganmu di sana.
Al Fatihah