Dec 4, 2010

harga minyak RON95 naik 5sen dan gula naik 20 sen?

"Subsidi sebanyak 5 sen/ liter petrol RON95 dan diesel,
5 sen/kg  bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen/kg gula dikurangkan berkuatkuasa hari ini"
so

Harga petrol RON95 = RM1.90/liter
Diesel = RM1.80/liter
LPG = RM1.90/kg
Gula = RM2.10/kg


Speechless but no wonder!
Tak pe lah maybe ada hikmah untuk kita semua.
(-_-)

duduk je kat rumah dan minum air milo tak de gula.
(-_-)

Dec 1, 2010

I'm officially Ms. Gigi Besi

Braced on 4.00p.m, 1st December 2010.
Excited sangat-sangat!!!


Saya Kini Si Gigi Besi yang Comel
 muntah jom!ngeee~

Nov 26, 2010

Malaysia ada Black Friday?

Bestnye..Malaysia ada Black Friday!!!


Black Friday ni hari yang paling best untuk semua orang yang ade kat United State!!!
Nak tahu sebab ape?
Time ni memang sale dan promotion yang melampau-lampau tahap gaban boleh dikatakan semua shopping mall kat sane !
Bayangkan ipad cume $99, Samsung TV LCD 32" pulak cume $32, ..
hello?siapa yang tak gile kan?
Selalunya Black Friday dibuat setiap hari Khamis minggu ke 4 dalam bulan November tiap-tiap tahun, so sale akan start pukul 5 pagi
For sure orang tak tidur malam sebab nak tunggu Black Friday ni!!
Malang sekali Malaysia tak ade..(-_-)
Tapi tak pe, MEGA SALE ade!!
Hoooyeaaaayyyyyy!!

Nov 24, 2010

Pelakon bunuh ibu guna PEDANG SAMURAI!!

 
Sesiapa peminat UGLY BETTY dan STEP UP 3D mesti tahu siapa Michael Brea kan?
 Kalau nak tahu Michael Brea ni dah kena tangkap sebab mengurung dan membunuh mak dia, Yannick Brea.
Adoyyaii, apa lah nak jadi dengan dunia sekarang ni.
Dah la kurung mak dia, pastu pancung dan cincang guna Pedang Samurai yang panjang lebih kurang 3kaki!!
Astaghfirullah al azim....Nauzubillah min zalik.. 
dan yang peliknya jiran-jiran dia beritahu yang dia ni sempat suruh mak dia tu bertaubat 
Apa-apa pun, buat masa sekarang dia kat Kings County Hospital untuk rawatan psychiatric.
Nampaknya dah tak de masa depan lah untuk Mamat ni. 
Untuk tahu lebih lanjut, korang baca lah di The New York Daily.

 

Nov 23, 2010

10 Tips tidur nyenyak dan best seperti saya!

 Hari ini I nak tunaikan janji *seperti lagu Janji ManisMu* sebelum ni kat entri overdose sleeping pills.
I tak nak nanti ade yang makan ubat tidur sebab susah nak tidur."tak mo..tak mo..tak mo ok?"
Lagipun I memang ratu tidur sedunia so apa salahnya I bagi tips macam mana I boleh tidur dengan nyenyaknya ala-ala Sleeping Beauty.
Saya dengan ini mematraikan janji *wah,mentang-mentang kerja goment ayat pun ayat gomen..tapi I memang sukakan bahasa goment dan skema* (^_*)


tidur senyenyak irfan!!

1. Bilik tidur wangi
Bilik tidur haruslah diletakkan room fragrance, sekarang dah macam-macam bau dan macam-macam jenis ada pilih je. Kalau boleh pilih lah yang aromtherapy,santai sikit tapi tak kisah lah janji wangi dan tak memeningkan. Paling penting jangan lah pulak letak benda-benda yang berbau kepam dalam bilik tidur contohnya stoking yang dah pakai 3 bulan tak berbasuh tu. Kalau ada confirm bukan takat tak boleh tidur, boleh pengsan terus. Eh, satu lagi kalau sesiapa yang smoking, jangan berasap dalam bilik tidur yang indah tu, nanti dari wangi terus jadi hapak. Siapa yang susah? Mereka dan Keluarga Mereka Lah yang susah sebab BUSUK!!

2. Situasi bilik ala-ala candle light dinner
Maksud I ala-ala candle dinner tu tak de lah lampu tu terang sangat dan tak de lah gelap gelita lepas tu senyap je. Lampu tu suram je. Lagi best kalau sejuk, selalunya kalau sejuk lagi senang kita nak tidur. Jangan pulak kalau rumah tak de air cond, nangis-nangis kat mak suro beli air cond. Pakai kipas pun okey. Ni lagi satu, sila elak daripada tidur dengan orang yang suka snore ataupun dengkur. Kalau terpaksa gak sila tidur sebelum mereka tidur ok?dan you pakai lah ear plug time tidur. Tak de lah terganggu sangat tidur nanti. Untuk pendengkur pulak pakai lah  'Breathe Right' ala..yang pakai kat hidung tu untuk anti-snore. Bagus untuk pernafasan semasa tidur. Kurang lah sikit dengkuran tu. 
 
3.  Bantal dan tilam yang bersih dan selesa.
Bantal dan tilam yang nak gunakan tu jangan lah keras atau lembik sangat, ikut yang rasa-rasa selesa dan empuk. Tapi tu tak kisah sangat, yang perlu dikisahkan kebersihan sarung bantal dan cadar, haruslah ganti setiap 2 minggu cuma kalau sesiapa yang memang jenis buat world map kat bantal dan tilam seharusnya tukar lah setiap kali anda buat map tu ye. Nanti anda juga yang nak tidur kan?
 
4. Makanan teratur
Pastikan kalau nak makan 2 jam sebelum tidur tau?Selain daripada nak elak perut buncit macam belon, badan dan perut akan jadi lebih selesa. Tak de lah senak bila kita baring tu kan.

5. Exercise!
Badan kalau penat, sangat senang untuk tidur. So kalau waktu siang kita tak buat apa-apa kita kena exercise sebelum masuk tidur. Tapi kalau balik kerja, badan memang penat so terpulang lah exercise lagi bagus!

6. Minum hot milk!
Minum lah susu sebelum tidur. Ni yang selalu I buat, dan selalunya menjadi. Tapi jangan minum air berkafein macam coffee, tea dan air bergas macam coca cola, pepsi sebelum pukul 6 petang ok?kandungan kafein dan karbonat boleh buat anda susah nak tidur.

7. Bersihkan diri
Sebelum nak tidur tu jangan lupa gosok gigi, cuci muka dan cuci. Kalau perlu mandi, mandi  dengan air panas eh bukan air suam je. Kalau air panas takut kulit kering pulak. Supaya badan kita selesa sikit.

8. Tidur bila sampai masa.
Maksudnya kalau you memang selalunya tidur pukul10 , tidur lah pukul10. Jangan ngada-ngada nak tidur pukul11 malam pulak. Sebab kalau you tidur lebih daripada masa yang patut tidur confirm potensi mata nak tidur dah kurang. Jangan time tu bising-bising mata tak boleh tidur. Orang dah ingatkan dah ni.
 
9. Baca doa
   Ini yang selalu I ingat kan dan beritahu kat kawan-kawan yang susah tidur. Baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali dan surah 3 Qul selain daripada memudahkan kita tidur ia juga boleh mengelakkan rumah kita dimasuki pencuri. Selalunya lepas je I baca ayat terakhir bismillah confirm I dah selamat belayar ke lalala land..

10. Baca buku
Ni kalau you tak boleh tidur jugak, sila ambik buku Kajian Tempatan Darjah 5 (eh,ada lagi tak subjek tu?) yang adik-adik anda punya atau buku Sejarah Malaysia Tingkatan 5 baca tanpa henti. Confirm ngantuk! Tak tipu!


I memang kuat tidur sejak azali lagi. dalam kelas pun tidur (-_-)