Jun 20, 2012
Jun 18, 2012
Satu Jam Di Pangkor
Wah! Kerja gila, memang gila, tentunya gila, mungkin gila!
Ya,buat kerja gila adalah perkara yang sangat awesome!
Seperti biasa I memang suka buat kerja Kalau sebelum ni memang gamble pergi Singapore pergi malam balik malam. Kali ni lagi teruk berjalan
Kerja ni bermula selepas kahwin Paly kawan kitorang di Manjong.
Idea gila tiba-tiba muncul untuk ke Pangkor. Padahal jam time tu pukul 4.30 petang, ferry pulak last ke Pangkor pukul 6 dan balik pukul 7.
Berposing dulu kat Jetty. Ini Lumut Jetty. Tapi kitorang tak naik dari sini tapi dari Marina Island Jetty sebab lagi dekat 10 minit je. Dalam RM25 kalau tak silap. Correct me if I'm wrong.
Sampai je Marina Island Jetty tu dalam pukul 5.50 memang sharp-sharp ferry nak jalan. Berlari gak la kitorang naik ferry tu.
Dah macam amazing race, jejak je kaki kat Pangkor terus kitorang sewa kereta 1 jam/RM20.
Hasil pertama, Char Kue Teow Pangkor! Enak! Harga RM4.00/perpinggan. Ok la kan, sama je macam kat KL.
Walaupun dah macam peserta Amazing Race lari sana sini, sempat jugak bersantai-santai kat tepi pantai tu. Cuma yang frustrated sangat sebab tak bawa baju, kalau tak boleh kitorang mandi-manda kan, tak pun bermalam kat Pangkor tu..Alangkah bestnya..tapi semua tu angan-angan. Kejap je lepas tu kena balik.
Tapi sebelum kitorang balik tu, kitorang jumpa ni
Hasil yang terakhir, Lempeng Pisang RM1. Sedap dan murah! Mana nak dapat kak oii lempeng pisang RM1 kat KL tu.
BALIK time!! Tapi entah kenapa seronok sangat tak ingat baru perasan jam dah 7.30, ferry ke Marina Island Jetty dah tak ada. So nak tak nak kena naik ferry sampai Lumut Jetty,nasib baik aunty Mil pick up kitorang kat Lumut ke Marina. Wahhh, lega..tak ada la kitorang pening nak cari cab ke sana.
Thank you aunty!!
Lepas ni macam biasa, kitorang plan nak vacation ke sana dan nak make sure tak ada Amazing Race Malaysia ke Pangkor dah. Penat weiiii,tapi best!

Jun 16, 2012
UEFA EURO Baby
9 Jun 2012, pukul 5.01 petang. Orang tengah sibuk survey kat mana nak lepak tengok Poland vs Greece, kitorang satu family sibuk menunggu baby deliver.
2 jam kitorang tunggu..Alhamdulillah, angah berjaya melahirkan baby boy yang sihat dan super duper comel. Mula-mula nak letak nama Robert Lewandowski ke, Fernando Torres ke kan..dah kata baby EURO kan. Tapi dari dia dalam perut, kitorang dah panggil dia Nieddal so ayah dia letak la
ADLAN NIEDDAL
maksudnya Keadilan - Pejuangan. Ala-ala Rafael Nadal kan? Nampak sangat nak dia jadi pemain tenis bukan pemain bola..yela pemain tenis kan lagi kaya dari pemain bola.

Erkk? (-_-)
Walaupun dia baby Euro tapi dia tetap tidur dengan aman sekarang ni. Ini pun dia bangun kejap tadi sebab nak susu. Ok I pun nak tidur.
Jun 4, 2012
Islamic Steakhouse
Amacam? Terliur kan?
Mesti tertanya-tanya kat mana boleh makanan yang sedap-sedap kat atas tu kan?
Makanan-makanan tu semua I makan kat Wadihana Islamic Steakhouse.
Kalau sebelum ni kita ni orang Muslim was-was tentang kehalalan makan makanan western kat luar sana. Kat Wadihana Islamic Steakhouse Bangi ni memang sah halal. Name pun Islamic.
Menurut orang kedai ni baru je buka tak sampai 1 tahun pun lagi, kiranya 1st trial diorang la ni dan so far makan kat sini belum mengecewakan lagi. Sedap!
Nak pergi?
Wadihana Islamic Steakhouse, Bandar Baru Bangi satu deretan kedai dengan Ice Room dan berdepan dengan Secret Recipe Bangi ni alamat 25, Jalan Medan Pusat 2D, 3B Curve Business Park, 43650 Bandar Baru Bangi.
Tak pun terus tengok @ Facebook Wadihana Islamic Steakhouse untuk direction ke sana.
Jangan salah pergi tau, sebab ada satu lagi Wadihana Islamic Kitchen, ini lebih kepada makanan Melayu macam nasi goreng swik ke, mee hailam ke, tomyam ke, char kue teow ke, macam-macam lah. Pergi lah tengok sendiri . Bye!
May 30, 2012
Niat Mulia Si Penderma Darah
Isi borang nikah ke kak? Kusyuk sungguh macam jawab exam.
Owhhh..isi borang derma darah rupanya.
Ermmm..tapi malang sekali niat suci Nani tidak diperkenankan, sebab lately dia selalu batuk, so kalau batuk memang diorang reject terus. Takut nanti darah tu ada kuman ke kan.
Anyway kawan-kawan, sebelum u olzz nak derma darah kena lah tau kriteria-kriteria penderma darah. Nanti tak ade lah kecewa macam Nani. Kesian dia..semangat tau dia nak derma darah tadi.
Sebelum u olzz semua sama kecewa macam dia, meh I tolong beritau Kriteria-kriteria Penderma Darah sebenarnya;1. Warganegara Malaysia..wahhh!macam nak masuk audition Mentor je kan. tapi kalau bukan warganegara pun boleh derma tapi mesti sekurang-kurangnya 1 tahun menetap di Malaysia ni.
2. Selain daripada umur penderma kena lebih 18 tahun dan kurang 65 tahun, korang perlu sihat dan bebas daripada batuk, demam ke selesema ke. Sihat tubuh badan tau tak ada sakit sikit pun dalam tempoh seminggu lepas.
3. WAJIB Manusia yang HUBUNGAN NORMAL dan tak berisiko tinggi. Macam penagih dadah ke, homoseksual ke, biseksual ke, dan pelacur ke tak boleh!
4. Berat badan kenalah lebih daripada 45 kg. Macam syarat nak jadi polis kan? Haaa..tang ni jugak la yang membuat I out dulu. Berat tak cukup kak..sorry. Sedih? Mula-mula sedih, lama-lama dah biasa. Sob.sob.sob..
5. Tahap hemoglobin mesti melebihi 12.5%. Ini untuk memastikan kandungan darah merah yang mencukupi dan tidak berpenyakit anemia.
6. Tidur lebih 6 jam secara berterusan sebelum hendak derma darah tu ok?
7. Jangan minum alkohol dalam masa 24 jam atau ambil ubat-ubatan especially antibiotik jangan ambil dalam tempoh7 hari sebelum menderma dan untuk immunisasi atau suntikan vaksin mesti lah selepas 3 minggu. Takut mempengaruhi darah nanti. Kalau tak pasti refer kat pegawai kesihatan kat situ nanti.
8. Tidak menghadapi penyakit kronik macam diabetes, darah tinggi, jantung dan macam -macam la. Kalau tak pasti jugak macam biasa refer kat pegawai kesihatan.
9. Ehhh, kalau ada buat treatment gigi hari tu atau dalam masa 24 jam jangan gatal-gatal derma darah tau.Kalau ada buat surgery atau transfusi darah dalam masa 6 bulan dari masa derma darah pun tak boleh ye!
10. Jap..jap..pernah tak buat rawatan guna "Human Growth Hormone" atau "Transplan Kornea dan Selaput Otak". Pernah ke? Kalau pernah lupakan sahaja niat suci nak derma darah tu ye, memang tak boleh!
11 Untuk penderma wanita harus 5 hari sebelum dan 5 hari selepas haid bersih (pandai-pandailah korang kira date), not pregnant dan not breast feeding baru lah boleh derma darah.
12. Haa, lagi satu kalau u olzz pernah derma darah make sure tarikh akhir derma darah sebelum ni lebih 2 bulan atau 8 minggu.
13. Jangan bertindik kat mana-mana bahagian badan termasuk akupuntur, tatoo dan berbekam dalam masa 6 bulan tau.
14. Yang ni penting ye..jangan menderma kalau u olzz pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih, tak pun benua Eropah dari tahun 1980 sampai sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih. Yang ni I tak berapa sure sebab apa.
15. WAJIB! Makan dulu sebelum menderma ye, takut pengsan pulak nanti. Cepat! Tak sabar ni.
Kalau I ada tertinggal dan tersalah info please inform and correct me ye.
Selamat menderma!!
Labels:
informer's counter,
love lengthen the life
Subscribe to:
Posts (Atom)