Jun 17, 2011

The Lebanese Food in Kuala Lumpur!!

Ermmm..tekak rasa nak makan makanan Lubnan la..
Nak pergi Lubnan?

info : happyzebra
Hahhh!!jauhnya...panas b****t ni..
Ehhh, sekarang tak payah la nak susah pergi Lubanan la kalau nak makan makanan Lubnan.
Pergi kat Kuala Lumpur je cukup.
Betul!!Kat Kuala Lumpur ni banyak kedai makanan Timur Tengah pilih je..mesti ada makanan Lubnan ni.
Salah satunye ni hah,



Al Rawsha Restaurant!!dekat dengan bulatan Kampung Pandan.
Makanan kat sini nak kata sedap susah jugak sebab I memang kureng sikit makanan Timur Tengah ni. 
Macam muak sikit kalau makan.
Tapi bila orang nak belanja I on je...ngeeee~
Sudah la..ni  I nak jamu mata you allz dengan gambar-gambar makanan Lubnan yang I sempat makan kat Al-Rawsha hari tu.










Jus Mangga yang sedap!!Belum sempat nak ambil gambar dah telan suku.


Ermmm..jangan beritahu sesiapa tau. Ini gelas kedua, jus strawberi + mangga.
Mak aihh~~syhhhh..Jangan beritau sesiapa..

Jun 12, 2011

Ketagihan Pulau di Sabah

Semua orang tahu Sabah ada banyak pulau yang still fresh dan tak tercemar langsung.
Jadi bila mama & ayah choose our destination for vacation adalah  Kota Kinabalu, ting..ting..ting..terus terfikir pulau-pulau yang sangat best kat sana!!hoooyeaaaayyyyy~~







 Dania and Dzaquan juga mengilai Pulau seperti aunty nye..
Tapi disebabkan vacation ini bersama mama, masa di pulau cuma 1 hari daripada 4 hari je ye,selebihnya hanya untuk bershopping! ye, shopping. (-_-)
Apa-apa pun thanks Mama, you really understanding!!! *mata ke atas, tangan ke dada..ngeeee~
Mula-mula we all pilih pergi 3 Pulau!
Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik
Tapi melalui keramahan kami dengan orang-orang K.K ni, diorang suggest pergi Pulau Manukan dan Pulau Sapi je sebab Pulau Mamutik hanya sesuai untuk camping bukan snorkeling. Kitorang bukan nak bercamping pun. So we all decided cuma pergi 2 pulau itu sahaja lagipun masa kan limit..huhuhu



Pukul 6 pagi kitorang dah bangun pergi ke Jesselton Point Jetty untuk pergi pulau-pulau tadi. Banyak pakej travel agency promote kat sana, tapi semua harga lebih kurang sama je.
Sebenarnya I cuma ingat sikit-sikit je kos ke dua pulau tu, kalau salah please correct me ok. 
Dua pulau termasuk snorkeling equipment; RM 27 per pax + terminal fee; RM 7.90 per pax.
Kanak-kanak umur bawah 3 tahun macam Dania & Dzaquan tak kena caj.




Sila perhatikan muka Mama.ngeeee~


Pulau Sapi
Boat pergi Pulau Sapi dulu. Sini akan kena tax RM3 per pax lagi.






Pulau Sibu ni kita boleh tengok lambakkan monitor lizard. Memang banyak tapi binatang ni dipagar dan tak adalah bersepah-sepah kacau orang-orang kat situ.   




Pulau Manukan
Pulau ni pun best cuma kena hati-hati dengan jelly fish a.k.a obor-obor, jangan ngada-ngada nak mandi or snorkeling kat area yang ada jelly fish dan kawasan teduh (maksudnya bawah pokok ke). Ada satu cerita, time I mandi bersuka ria dengan Dania tiba-tiba ada budak Jepun menjerit nangis kuat macam kena nampak ikan paus. Terkejut gak time tu, cepat-cepat bawak Dania naik darat, mana lah tau ada ikan paus ke kan. Rupa-rupanya budak tu kena jelly fish, I tak pernah kena lagi tapi ikut  cerita Nani and Angah memang sakit dan gatal gila kot. Gila?Wahh,dasyat tu. Memang lepas tu terus tak mandi laut dah.stop. Tak mandi dah.










Overall, pulau-pulau di Sabah memang sangat-sangat puas hati. Banyak pulau yang boleh kita pilih untuk bersuka ria. Pulau Tiga, Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Sebatik, Pulau Balambangan, Pulau Bum Bum dan banyak lagi! Semua pulau teringin nak pergi. Semuanya best!!



Jom Cuti-Cuti Pulau!!!


pics:kredit to Abg Lan

Jun 10, 2011

Bukan merungut cuma...

Dulu time hingusan, baru-baru nak belajar kira sifir ala-ala Cikgu Sifir yang sangat famous dulu selalu je berangan cepat lah besar nak masuk universiti. Cikgu cakap universiti tu menara gading. Bila dah masuk universiti tu kiranya dah jadi manusia yang berjaya lah. tapi bila dah masuk  tak sabar pulak nak kerja. Konon-konon nak rasa pegang duit sendiri, konon-konon bila dah ada duit sendiri boleh lah shopping sesuka hati. Tapi sekarang bila dah kerja "uwaaaaa!!nak mesin putar masa!" kalau bagi pilihan zaman apa yang nak turn back balik adalah zaman universiti!! Maybe time tu dah pandai berfikir dan matured sikit kot.

Semalam lalu depan UTHM universitiku yang tercinta, nak menitis air mata!
Dalam hati dah jerit-jerit nak balik zaman belajar!!tak nak kerja!! Boleh tak nak doraemon bagi pintu ajaib untuk balik pada masa yang kita nak. Ermm..semua orang tahu, tu semua angan-angan. Kita tak boleh turn back masa ikut suka je kita nak. 
Apa yang perlu kita buat just move on.

 Banyak kenangan kat sini..isk.isk.isk..

Cuma nak pesan kat adik-adik tak payah lah berangan nak kerja cepat. Hargai zaman muda anda. Kerja sememangnya sangat-sangat tak best. Betul! Kalau ikutkan time belajar dulu kita akan stress bila nak exam je kan tak pun time nak buat final project, tapi bila kerja ni hari-hari kita stress. Hari-hari macam exam, kadang-kadang time cuti pun stress sebab kita akan dapat call tanya pasal kerja. Silap haribulan time cuti tu kena pergi kerja, balik pulak tengah malam baru balik. Masuk kerja pukul8 pagi belum tentu pukul8 malam dah balik. Amboi!mengeluh nampaknya?
 

Eh, tak. Cuma luahan perasaan. (dengan muka nak kena innocent) Lagipun boss kesayangan I pernah cakap, kerajaan bayar kita gaji bulanan meaning kita kena kerja 30-31 hari sebulan dan 24 jam sehari. Masalahnya ada je yang cakap;
"Syokla kerja gomen boleh balik on time" (=_=)
Erkkk..memang time makhluk tu berkata begitu I rasa nak ketuk je kepala dia bertubi-tubi. Tapi tidak mengapa. Mungkin memang typikalnya begitu. 


Apa-apa pun semua pengalaman tu mengajar kita menjadi lebih matang dan bersabar. 
 (-_-)

May 25, 2011

Penang Syurga Makanan!!


Setelah berpuluh tahun hidup (chehh!gaya cam dah lama je hidup) baru lah I tahu Penang rupanya banyak gila makanan yang enak-enak, sedap-sedap, best-best, lazat-lazat, malatopsss..semua lah!
So Jalan-Jalan ke Penang kali ni umpama Jalan Jalan Cari Makan versi Missy ye.ewahh!

1. Roti Canai Jalan Argyll


Pagi-pagi pergi breakfast Roti Canai Jalan Argyll!!! Tengok macam roti canai biasa je kan? Tapi yang special kat sini, tu kari ayam dan kari daging dia tu. super sedap ok!! Kari dia tak macam kari mamak yang rasa cam masam-masam tu, kari ni memang lain la. Susah nak cakap kesedapan!!psycho tak?


Roti Canai Argyll ni pekerja dia semua orang tua, kata Vince diorang ni kerja dari muda. So siapa nak jadi pelapis atuk-atuk ni boleh la apply kerja di situ ye?
Roti C

2. Nasi Ketam Warung Pak Su, Juru.



Sudah!Sudah! Sila lap air liur yang menitik. Lazat kan nampak Nasi Ketam tu? Memang lazat pun. Lazat hingga menjilat kulit ketam tau. Ketam kat sini sangat fresh dan banyak isi. Kat sini jugak I suggest kan you all makan Mee Ketam, Nasi Udang dan Mee Udang. Lazat yawww! Paling best Nasi Ketam!

Bagan Nyiur Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (detail tempat tu, boleh call no. kat gambar tu atau kat Facebook Warung Pak Su.

3. Ikan Bakar Teluk Tempoyak
 Jangan tanya "Kat sini ada tempoyak ke?" sebab soalan tu I dah tanya kat our tour guide Milo.
Jawapannya tiada, yang ada cuma ikan bakar yang best!
Malang sekali time kitorang pergi tu dah pukul9, dah lambat. Seafood banyak habis, yang ada ikan (tapi sorry I tak tahu nama ikan, failed!)


Memandangkan kitorang makan berempat je dan tiada pilihan kena lah ambil ikan dan kupang.
Ermm, kupang kan nama tu. 
Ok, sekali lagi failed! (-_-)


Memang makan tak pandang kiri kanan lah time ni.
Hah, ada satu lagi yang I suka kat sini.


Yup!!Air Jagung nyumm..nyumm..nyumm..
Memang best. Ikan dan kupang yang fresh!! Cuma kena datang awal supaya tak jadi macam kami.
Tambah untung kalau datang awal, boleh tengok sunset yang cantik. Kedai ni tepi laut. Kalau tak tahu tempat boleh tanya kat Facebook Ikan Bakar Teluk Tempoyak ni. 
I pun tak reti nak bagi direction sebab ikut Milo dan GPS yang bersedia berkhidmat.

4. Mee Udang Sg. Dua


Mee Udang yang memang sumpah sedap!!!Kat sini you all boleh pilih berapa banyak udang yang you nak sebab kat sini udang timbang. RM8/100gram. 
Sepinggan mee RM3 so nanti tambah la dengan udang-undang yang ambil tadi.
Mahal sikit tapi memang puas hati tau!!

Nak pekena mee udang ni. Mai la sini Restoran Aur Gading, Sg. Dua.
Kalau nak try Mee Udang kat kedai lain pun boleh, kat Sg. Dua memang sangat famous dengan Mee Udang.
Rasanya semua kedai Mee Udang kat Sg. Dua tu sedap kot!

5. Cendol Teo Chew, Lebuh Keng Kwee

Mula-mula datang sini, terfikir tak kan nak makan cendol berdiri, tengah panas lak tu.
Rupa-rupanya..


Diorang sediakan tempat duduk berair-conditioner dalam bangunan hijau ni. Bagus kan?
Mementingkan keselesaan pelanggan.

rojak buah malatop!!

 
6. ABC New World Park


Memang kaya dengan buah-buahan!! Tak nak cerita, sebab korang tengok pun boleh tahu sedap ke tak kan?

Mee Rojak Mamak pun ada yaaaa!!yummmy~
Mamak 

Tamat!!!Itu je yang sempat yang I rasa selama kat Penang tu.
Sebenarnya banyak lagi yang tak dapat rasa, Nasi Kandar Line Clear, Nasi Briyani Claypot, Char Kue Teow Penang, Laksa Janggus, Passembor, Sotong Bakar, Jagung Bakar (ni lupa Milo kata sedap gila),wahhh..sedihnya tak dapat makan semua tu. Tak apa, next time I will make sure. Semua tempat makanan kat sana I pergi. Amboi, halobanya? Faham-faham je la orang kuat makan.ngeeee~~
 Tak hairan lah kalau orang kata PENANG SYURGA MAKANAN!!


May 24, 2011

She's the 1st!


Untuk pengetahuan korang ini lah house mate ku time belajar kat UTHM. 
Dulu, semua main teka-teka siapa kahwin dulu. Tak sangka Anis (si baju putih antara diriku dan si baju coklat tu) pulak yang menjadi orang pertama dari kitorang berlima. 





Tahniah Nurhanis Abu Hassan!!
For no longer being Anak Dara. (^_*)
Doa kan untuk diriku pula ye..


p/s: Ermmm..patutnya I post entry ni last week. Malangnya, lupa tekan PUBLISH POST.
*dush!dush!dush!
Erkkk..maap ya~