Jan 6, 2011

Happy Birthday Kampung Baru!!!


6 Januari 1900 diwujudkan dan hari ni 6 Januari 2011
so Kampung Baru dah umur 111 hari!!
Wahhh!!Tuanyeeeee!
Apa-apa pun Kampung Baru makanan memang best.

Gambar ni tak pasti bubur lambuk Kg Baru ke tak.


Bubur Lambuk Kampung Baru!!!
Memang tak dapat tanding dengan bubur lambuk seantero dunia!!
Selalunye bubur lambuk ni akan famous bila bulan puasa dan orang ramai akan serbu Masjid Jamek Kg. Baru untuk dapatkan bubur enak ni. 
Sekarang bulan tak puasa pun ade cuma kena beli lah dan tak pasti kesedapannya.

Bulan Ramadhan, masak bubur lambuk beramai-ramai kat Masjid Jamek Kg. Baru


Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru!!
Nasi lemak kat Kg. Baru memang marvelous, sekarang ni pun dah commercial kan so tak payah la susah-susah datang Kampung Baru. Yela, kat Jusco pun ada Nasi Lemak Antarabangsa.
Tapi kan rasa sedap dia tak sama dengan nasi lemak antarabangsa kat Kg. Baru tu. Tak pasti kenapa?Ermmm...

nyum..nyum..nyum..

 Steak yang lazat.
Makanan Western kat Kg. Baru ni bukan takat murah tapi sedap.
Tempat I selalu makan kat Kampung Baru ni HR Steak House. Memang murah.
Kalau makan macam makanan kat atas tu kat TGI Friday ke, Tonny Roma's ke confirm dah RM300-RM400 kan?

Makanan semua ni lebih kurang RM50.
HR Steak House dekat dengan Masjid Jamek

Banyak lagi makanan-makan yang enak-enak, takut terliur lak kat sini. 
Betul kata orang, Kampung Melayu memang Syurga Makanan!!

Happy Birthday Kampung Melayu!!

Jangan Sentuh Saya!!

Attention to Jelitawan-Jelitawan dan Gadis-Gadis Cantik,


kalau orang cuba buat sentuh,pegang,kat bahagian-bahagian tu
JANGAN MALU jerit;
JANGAN SENTUH SAYA!

Jan 5, 2011

Bila gigi saya ronggak!

Braces saya sudah berumur 1bulan.
2nd Appointment dengan Doktor Zahrin.
Yaaaaa, Beliau rongak kan gigi saya!!

Ohhh..Tidaaaakkk!!!
2 batang atas 2 batang bawah. Adusss! Boleh pengsan tau kalau tengok.
Sebelum cabut tu, dia injection mulut dan gusi guna bius, awww..gile tak sakit.bius tu nanti tak de lah diorang terkejut dengar jeritan batinku ni bila cabut gigi nanti.
Bila dah bius tu sumpah tak sakit. Kalau sakit bukan bius la namanya kan.
Mulut time tu memang dah rase cam mulut Angelina Jolie campur Ning Baizura campur Meagan Good campur Jay Z campur Kim Kardashian. Banyaknya campur? Ye, susah nak digambarkan. Tapi itu yang dirasa.huhu.
Kebas gila sampai hidung nak bernafas pun susah. Betul la kan hidung bernafas?
Lepas dah cabut, doktor suruh balik dan datang pagi esok untuk pasang bracket.
So hari ini gigi saya sudah ada bracket yang cantik.



Kali ni, PURPLE menjadi pilihan!!
Ingat nak pilih pelbagai colour tapi nanti takut pulak kalau pergi meeting confirm orang lagi kate saya macam budak-budak.haisshh..untuk menjadi kelihatan lebih matang dan skema pilih 1 colour je la.( -_-)

Warning!!
Cuma nak ingatkan sesiapa yang baru cabut gigi jangan gatal-gatal gigit kuat-kuat kapas yang kat gigi berdarah tu dan jangan ngada-ngada tunjuk ganas bila cabut kapas tu dengan kasar. Takut ubat tahan darah tu melekat kat kapas, nanti jadi Raja Bersiung pulak makan darah. Raja Bersiung tak pe lagi makan darah orang ni darah sendiri.e...yeeeeeww~~
Ya,experience sendiri. Semalaman kot telan darah sendiri. Sadiskan? 
 Ya, saya lah waris Raja Bersiung (-_-')

Jan 4, 2011

Makanan di awan biru

Walaupun dah terdelay 4 hari nak juga wish
HAPPY NEW YEAR 2011!!!!
Amacam New Year korang?
Best?
Tak begitu best untuk diriku ini. Celebrate new year di awan biru.
 Orang lain syok-syok cuti celebrate Malaysia menang AFF Suzuki Cup dan jerit-jerit kat KLCC celebrate New Year. Ini semua gara-gara berkhidmat untuk negara.


Tapi MAS buat diriku begitu berharga dengan memberi sesuatu yang best!

Apakah yang ada di dalam kotak ini?Jeng..jeng..jeng

Taraaaaaaaaaa!!
*sambil membuat gaya dania yang tangan dia ke atas mulut ternganga.
Sila layan kan ye.
Yuppp!makanan!I kan suka makan so excited la bile jumpa makanan. nyum..nyum..nyum..
Kire ok la kan tak dapat ayam turki yang besar tu dapat makan ayam turki kecik ni pun jadi lah kan.


Yang ini pulak makanan bila balik ke tanah air.
Cheewah!konon-konon K.K. dengan K.L jauh la kan padahal 2 jam je.


 Sumpah chicken beriyani sedap ok!
Plus I memang lapar gile kan so memang la sedap. Thank you MAS!

So kawan-kawan macam mane dengan New Year? Azam baru? 
Erkk..kenapa setiap kali new year kena ade azam baru eyy? Kenapa tak buat hari-hari?Hmmmm..

Jan 1, 2011

Al-Fatihah to Faizal Yussof


Faizal Yussof pelakon dan bekas suami kepada Siti Nordiyana yang nyanyi Bola-Bola Api dah meninggal dunia tadi pukul 1.45 tengah di PUSRAWI sebab heart attacked.
Dari berita terkini tadi Abang dia Saiful Yusof bagitahu Faizal pengsan kat bilik air rumah dia dalam pukul9 pagi tadi.
Yang lagi sedih, isteri baru dia tengah pregnant 5bulan.
Al-Fatihah