Dec 7, 2010

Tips nak tukar address blog?

You all rasa nak tukar address blog tapi tak tahu?
Mudah dong sayang..
Ikut step ni ok?Jangan miss satu pun ok?
  1. Lepas you log in,you akan berada di dashboard kan?Sila click Settings.
  2. Then click Publishing, kat situ ada Blog*Spot Address kan? You taip je ape name address blog yang you nak tukar tu.

3. Masuk kan Word Verification then Save Settings. Kita nak tengok address blog tu dah digunakan orang lain ke belum, nanti akan ada kat situ available atau unavailable. Kalau unavailable tu cari la name address yang lain ok? Kalau available tu boleh lah teruskan.

Mudah kan?Apa tunggu lagi, pergi lah tukar. Eh,jap tapi tips ni untuk blogspot je tau. Tapi kalau you nak register domain name untuk your blog boleh lah click Custom Domain, caranya sama macam blogspot tadi cuma kena charge $10 (USD) setahun.
Ermm, faham ke ape yang beritahu? Kalau tak faham, buat-buat faham je la.
(^_*)

Dec 6, 2010

Seribu Kali Cinta tiru cerita 50 First Date?


                     
Tengok tak cerita Seribu Kali Cinta setiap hari Isnin sampai Khamis pukul 6.30 petang?
 Tengok kan?
I pun tengok gak, tapi tak selalu sebab kerja kan baru 3-4 kali kot tengok. Balik pun kadang-kadang malam baru sampai, eh silap-silap bukan kadang-kadang tapi selalu. Maklumlah berkhidmat untuk negara.cheewah!jangan muntah ye.
Walaupun bukan selalu I tengok cerita ni, tapi I macam terperasan persamaan cerita ni dengan filem 50 First Dates ala yang hero Adam Sandler dan heroin Drew Barrymore. You all perasan tak?
Yela, watak Intan Ladyana sebijik same dengan watak  Drew Barrymore gadis pulau menghidap penyakit Amnesia maksudnya apa je yang berlaku hari ni confirm esok dia lupa. Same jugak dengan watak Kamal Adli dan Adam Sandler yang takut commitment pada mulanya tapi jatuh cinta dengan gadis pulau tadi dan sentiasa berusaha untuk buat perempuan tersebut ingat dia setiap hari.
Alamak..tak best la macam ni, tak kan orang kita dah tak de idea kot. Tak kan sampai nak amik idea cerita orang luar.
Tak pe lah, cerita ni pun tak habis lagi. Kita tengok ending dia macam mane. Mana tahu ada yang tak same kan?
Apa-apa pun Kamal Adli dalam Seribu Kali Cinta hensem yaww!!!

Dec 5, 2010

Rahsia terbaru dalam beg Wanita ini

  Semua orang kate handbag WANITA ini macam poket Doraemon sebab Macam-macam Ada.
Jangan kate purse, barang make up, external hardisk, ubat sakit kepala, chocolate, sos cili pun ade tau. Maklum lah Doraemon la kate kan.
Kalau nak tahu sekarang dia dah tambah barang baru dalam handbag dia tu.
Nak tahu apa dia?
Jeng..jeng..jeng..

Taarrrrraaa...
disebabkan kini saya bergigi besi terpaksa la mengusung benda-benda ni semua ke mane saje..untuk pastikan gigi besi saya berkilat seperti Sunlight.
Ehh, ape ko ingat ko diva?artis? orang nak terjah ape ade dalam handbag ko?
Ada aku kisah?
Ermm..ok. *merajuk lari kat belakang pintu sambil tutup muka (-_-)


Ehh, bila tengok gambar kat atas sekali tu teringat kat Kak Chik Didie.
Ada sesiapa tahu kat mane Kak Chik tak? Kat dalam gambar atas tu dia kat tengah-tengah antara saya dan Eisya.
Maaf, ini bukan kaunter pertanyaan.
Ermm, ok. Merajuk kembali. (-_-')

Dec 4, 2010

harga minyak RON95 naik 5sen dan gula naik 20 sen?

"Subsidi sebanyak 5 sen/ liter petrol RON95 dan diesel,
5 sen/kg  bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen/kg gula dikurangkan berkuatkuasa hari ini"
so

Harga petrol RON95 = RM1.90/liter
Diesel = RM1.80/liter
LPG = RM1.90/kg
Gula = RM2.10/kg


Speechless but no wonder!
Tak pe lah maybe ada hikmah untuk kita semua.
(-_-)

duduk je kat rumah dan minum air milo tak de gula.
(-_-)

Dec 1, 2010

I'm officially Ms. Gigi Besi

Braced on 4.00p.m, 1st December 2010.
Excited sangat-sangat!!!


Saya Kini Si Gigi Besi yang Comel
 muntah jom!ngeee~