Sep 22, 2010

Cendol Kuala Pilah~


Sesiapa yang pernah tinggal atau kampung di Kuala Pilah mesti pernah makan Cendol di Kuala Pilah kan? 

KP Cendol Corner ni memang famous kat Kuala Pilah. Sejak I kecil lagi setiap kali balik kampung mama dan ayah mesti bawak kami adik beradik makan cendol ni.
Dah jadi kebiasaan balik kampun mesti makan cendol, 4 hari di kampung memang I tak lepas peluang  makan cendol kat sini. 
KP Cendol Corner ni ada 2 cawangan; 1 kat Pasar dan 1 lagi kat Station Bus.
2-2 tempat I pergi. Nampak sangat memang cendol lover kan?
Memang pun. Tapi Cendol Kuala Pilah je.
 Di Kuala Lumpur ada juga jual Cendol Kuala Pilah tapi rasa dia tak sama langsung. 
Cendol Kuala Pilah nyum..nyum..nyum..(^_^)
dekat dengan Pasar.

 Station Bus Kuala Pilah.

Selain daripada sedap dan pelbagai jenis. Cendol dia pun murah, untuk cendol biasa RM1 je.
Tapi harga  Station Bus macam lain sikit, mahal 30sen. So maksudnya menjadi RM1.30. Maybe sebab sewa kedai kat Station Bus tu mahal kot. Kat Pasar tu kedai dia buruk je.Rasanya tetap sama. 
Sedap banget!!

Bukan takat cendol je ada, mee rojak pun ada. Yela, kalau makan cendol mesti nak kena ada mee rojak kan? Tapi sorry I tak dapat ambil gamba mee rojak. Time I makan kat Pasar tu mee rojak kitorang tapau bawa balik, bila dah sampai rumah melantak sampai tak ingat.
Pastu time makan kat Station Bus pulak, mee rojak dah habis pula. Maaf ya~
Tak apa lah, nanti kalau you ada kat Kuala Pilah pergi lah pekena cendol dan mee rojak ok?


Sep 21, 2010

Berhari Raya di Kuala Pilah~



Sorry ye readers seminggu dah I tak post apa-apa entri.
Maklumlah, berhari raya di kampung ayahnda dan bonda. (^_*) 
Raya kali ni beza sikit dengan raya sebelum ni, sebab raya kali ni my cousin Eddy getting married!!hoooyeayyy~

 Congrate bro!!

Antara cousin yang sempat untuk diambil gambar~

Tak ketinggalan Sisterssss~

 tuan-tuan dan puan ini dia thunder-cat woman~hohoho~

 ugly me (-_-)

si chubby Ikhwan!

Raya yang sangat different di Kuala Pilah.
Entri seterusnya, I akan ceritakan apa yang best di Kuala Pilah. tungguuuu~

Sep 14, 2010

Jom Masak Masak Rendang Ayam Ala-Negeri Sembilan




Nampak enak kan Rendang Ayam Ala-Negeri Sembilan ni? Memang enak!Sangat nyum..nyum..nyum..
Tambah-tambah raya ni mesti ramai teringin nak makan rendang kan?
Nak tahu camna nak buat rendang ayam seenak ini?I ada resepinya plus tadi pun I tanya my sister untuk reconfirm.thanks ayong!ngeee~
 Bahan-bahannya cuma;
ayam, santan kelapa, kunyit + cili padi siap blend, kerisik, serai tumbuk dan garam.
 Caranya pula;
Masukkan kunyit + cili padi blend tadi dengan ayam dalam kuali. Gaulkan sampai kering maksudnya ayam tu dah tak mentah sangat dan tak de air.
Then baru kita masukkan santan kelapa, kalau mama, uwan panggilan nenek untuk orang negeri sembilan dan aunty-aunty saya tak suka kan santan kotak. Takut dah ada campuran bahan lain.
So guna lah santan plastik tu ye. Lebih original.
Masukkan santan tadi dengan kerisik ke dalam kuali tadi. Disamping tu, masukkan juga serai yang dah ditumbuk tadi dengan garam secukup rasa. Lepas tu gaulkan dan jangan sampai santan jadi tahi minyak pulak tau. Biarkan kering sampai jadi macam gambar kat bawah ni.


Pastu boleh la angkat untuk di makan bersama lemang dan ketupat. Boleh dimasak bila-bila masa tak kira raya ke tak, mama pun masak je kalau bukan raya pun.

Eyhhh, I lupa nak bagitahu untuk sukatan I mintak maaf sangat-sangat sebab I tak sure sebab semua pun mengikut berapa ekor ayam dan sesedap rasa.
Lagi satu kalau tak nak ayam boleh gantikan dengan daging. Enak juga dehhh!!


Kalau you all tak dapat nak buat sendiri, boleh je order kat I. Harga I akan kemukakan kepada sesiapa yang berminat mengikut berapa banyak yang anda semua mahu kan ye. 
Tapi untuk mereka yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor je tau.
Anything for you guys!!


Sep 9, 2010

Esok raya~



Esok raya!!
Hoooyeayyy~~
So Sempena Hari Raya ini mohon maaf atas segala kesilapan tulisan saya dalam blog ni yang disengajakan dan tak disengajakan!
 Ampun ya~

Sep 7, 2010

Demi Malaysiaku!



Walaupun beberapa hari lagi nak raya. Kerja tetap kerja! 
Meeting tetap habis pukul 7.
Berbuka lah dengan apa yang ada.
Adoyaaii~~
Haip! Jangan mengeluh!
Berkhidmat untuk negara, Berkorban apa sahaja (-_-)